omniture

Tindakan Terkini China dalam Perlindungan Harta Intelektual Membawa kepada Penghakiman Undang-undang Tanpa Duluan untuk Jenama Teknologi Kulit Sweden, FOREO

FOREO
2019-11-07 08:00 101

SHANGHAI, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Dalam satu keputusan mahkamah tanpa duluan di Shanghai, FOREO, satu jenama teknologi kulit Sweden dianugerahkan penghakiman bernilai 3 juta RMB - dipercayai merupakan bayaran balik terbesar berkaitan produk tiruan untuk pelanggaran reka bentuk dalam sejarah Mahkamah Harta Intelektual Shanghai menurut rekod awam.

FOREO Founder Filip Sedic
FOREO Founder Filip Sedic

Keputusan mahkamah ini menyebelahi syarikat teknologi kecantikan FOREO, selepas prosiding mahkamah hartaa intelektual yang berlangsung selama 24 bulan dan perbicaraan selama 12 bulan mendapati defendan, Kingdom Zhuhai Company bersalah melanggar paten reka bentuk LUNA FOREO dengan produknya sendiri, KD803.

Mahkamah memutuskan untuk menyebelahi FOREO dan mencipta sejarah apabila menganugerahkan bayar balik pampasan untuk kerugian ekonomi dan perbelanjaan munasabah sebanyak 3,000,000 RMB (kira-kira 450,000 USD) - jumlah bayar balik terbesar diputuskan mahkamah untuk pelanggaran reka bentuk dalam sejarah Mahkamah Shanghai.

Defendan, Kingdom Zhuhai Company, dipercayai telah memperoleh lebih 35 juta RMB daripada jualan e-dagang dalam talian terutamanya di platform Alibaba dan Tianmao.

Mahkamah telah menimbangkan sama ada produk KD308 defendan telah melanggar paten reka bentuk barisan produk LUNA serta cara untuk mengira kerugian.

Bagi kedua-dua isu, defendan telah diarahkan untuk membayar pampasan dan serta-merta menghentikan pelanggaran paten reka bentuk FOREO selepas menyimpulkan bahawa sementara KD308 memiliki beberapa pengubahan sengaja, seperti bonjolan dan garisan berombak tambahan, ia masih dikira melanggar paten reka bentuk LUNA.

Bercakap tentang prosiding ini, Pengarah Undang-undang Global FOREO, Kelsay Tang memberi komen,  "Mahkamah mengeluarkan waran yang membolehkan kami mendapat jumlah objek secara relatif dari platform Tianmao dan Alibaba. Dengan teknologi platform rangkaian, kami mendapati 358,074 buah KD308 telah terjual , dan jumlah jualan ialah  RMB 35,262,990 .  

"Mengambil kira harga runcit, keuntungan munasabah dan sumbangan paten reka bentuk LUNA kami ke dalam pertimbangan, mahkamah memutuskan bahawa tuntutan kami sebanyak RMB 3,000,000 adalah kukuh.  Memandangkan perlindungan hak milik intelektual adalah secara relatifnya suatu konsep baharu di China, jangan terkeliru dengan undang-undang paten yang dibentuk pada 1984, kami melihat kemajuan besar dalam perlindungan hak milik intelektual beberapa tahun belakangan dan kes ini menggalakkan trend ini.

"Di FOREO, kami ada banyak kes di China di mana pemalsu yang membuat produk tiruan FOREO telah dipenjarakan, satu pencapaian yang tidak dapat kami capai tanpa sokongan kerangka undang-undang domestik China," tambah Tang.

Menurut Laporan Pemalsuan Jenama Global 2018, kerugian yang ditanggung di seluruh dunia akibat pemalsuan berjumlah lebih daripada 230 bilion pada 2017, dengan 80% pemalsuan dunia datang dari China.

Pada 1 Januari 2019, undang-undang e-dagang baharu China  mula beroperasi dan boleh jadi merupakan tanda perubahan pertama untuk masalah pemalsuan di China. Undang-undang baharu ini diguna pakai kepada tiga jenis pengendali; pengendali platform e-dagang seperti Taobao, pedagang pihak ketiga yang menjual barangan dan perkhidmatan di platform e-dagang pihak lain dan penjual barangan dalam talian yang mengendalikan tapak web mereka sendiri atau yang melakukan perniagaan menerusi saluran rangkaian lain, seperti tapak media sosial.

Undang-undang baharu ini membawa bersamanya peningkatan tekanan kepada peruncit dalam talian untuk menggalakkan penentangan ke atas jualan barangan palsu dan tiruan di tapak mereka. Selain meliputi keperluan pendaftaran dan pelesenan pengendali e-dagang, percukaian, pembayaran elektronik dan penyelesaian perbalahan e-dagang, undang-undang baharu ini juga memberi perlindungan harta intelektual, menurut satu siaran oleh Deacons, firma undang-undang berpangkalan di Hong Kong.

Memberi kesan kepada penggiat e-dagang China, undang-undang baharu ini kini membuat semua pengendali platform e-dagang  sama-sama bertanggungjawab dengan pedagang kerana menjual barangan jualan palsu atau tiruan di tapak web mereka di bawah beberapa keadaan undang-undang yang perlu. Sebelum ini, pedagang tunggal bertanggungjawab secara bersendirian apabila ditangkap kerana menjual barangan palsu atau tiruan dan kini pengusaha e-dagang boleh didenda sehingga 2 juta RMB.

Pengasas FOREO, Filip Sedic berkata bahawa menentang pemalsu produk di tempatnya sendiri di China menjadi jauh lebih cekap daripada di Amerika Syarikat atau Eropah, yang agak berlawanan dengan kepercayaan Barat, dengan kes semasa menjadi bukti hal ini. "Sementara penghakiman ini merupakan kemenangan hebat untuk FOREO, fakta penting yang kekal ialah mahkamah China sedang memerangi pemalsuan di negara sendiri dan cara ini berhasil. Kami benar-benar berterima kasih atas sokongan hebat sistem undang-undang China bukan sahaja di Shanghai dan bagi kes ini secara eksklusif, tetapi di seluruh China di mana sistem undang-undangnya menyokong perubahan dan memerangkap punca perang perdagangan di China secara umumnya.

"Peruncit dan pasar, bukan hanya di China tetapi di seluruh dunia, perlu meletakkan lebih pertimbangan kepada perlindungan harta intelektual untuk jenama. Bekerjasama dengan perundangan e-dagang terbaru China, dan melawan pemalsuan dengan cara melibatkan pasukan undang-undang, kami mempunyai kepercayaan penuh dalam penentangan pemalsuan produk yang sedang berlangsung dengan sokongan sistem undang-undang China. Di FOREO kami mempunyai pasukan undang-undang khas yang bekerja tanpa mengira waktu dalam penentangan peribadi kami melawan pemalsuan, kadang-kadang sehingga lebih 30 kes berlangsung pada satu-satu masa. Pemalsuan global bernilai lebih 460 bilion USD dan ini menjadikannya sekitar 2.5% daripada nilai dagangan di seluruh dunia, sesuatu yang sangat mencabar," tambah Sedic. 

Di sebalik pemalsuan ini, kedudukan FOREO di China kekal utuh sementara ia memasuki tempoh jualan runcit paling sibuk tahun ni dengan jualan dijangka melepasi 100 juta pada hujung tahun. Betapa besarnya perrmintaan dan kesedaran terhadap barisan produk LUNA, FOREO berada pada tangga kedua selepas iPhone ketika jualan sempena Hari Orang Bujang tahun lepas, menjana jualan 100 juta RMB dalam satu hari.

FOREO diasaskan pada 2013 dengan peranti pembersih wajah ikonik LUNA dan sejak itu telah berkembang pada prestasi terbaik, dengan satu peranti LUNA terjual setiap tiga minit di seluruh dunia. Syarikat yang sangat berkuasa ini kini wujud di 77 negara di seluruh dunia, menguasai ruang runcit kembara dan boleh didapati di lebih daripada 10,000 peruncit dan pasar di peringkat global. Jenama ini dikenali kerana mengubah sempadan kecantikan lanjutan dan teknologi kulit secara teknologi dan menjadi satu kuasa utama dalam industri kecantikan dalam tempoh kurang enam tahun, memenangi lebih 160 anugerah reka bentuk dan produk setakat hari ini.

Untuk melindungi lebih 20 juta pelanggannya, setiap produk FOREO yang dihasilkan mempunyai nombor bersiri unik yang boleh disahkan dengan jenama itu secara langsung dengan cara mendaftar di halaman warantinya menerusi FOREO.com.

Untuk maklumat lanjut berkenaan FOREO atau untuk menyiasat sama ada anda telah membeli peranti LUNA FOREO yang palsu sila ke  www.foreo.com.

Nota kepada editor 

·  Paten reka bentuk FOREO No.ZL201330013432.2 diguna pakai untuk barisan produk bersiri LUNA FOREO dan inilah paten yang dilanggar dalam prosiding mahkamah.

·  Produk yang melanggar paten ini ialah KD308 daripada Kingdom Zhuhai Company yang dijual di platform e-dagang.

·  Laporan mahkamah penuh dan dokumen prosiding tersedia atas permintaan.

Recent FOREO IP Raid in China
Recent FOREO IP Raid in China

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1023587/Recent_FOREO_IP_Raid_In_China.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1023585/FOREO_Founder_Filip_Sedic.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1023586/FOREO_Logo.jpg

Source: FOREO
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Legal issues