omniture

Trip.com Group dan TripAdvisor Umum Perkongsian Strategik

Trip.com Group Limited
2019-11-11 10:18 252

SHANGHAI dan NEEDHAM, Massachusett, 11 November 2019 /PRNewswire/ -- Trip.com Group Limited (Nasdaq: TCOM) ("Trip.com Group", sebelum ini dikenali sebagai Ctrip.com International Ltd. (Nasdaq: CTRP)) dan TripAdvisor, Inc. (Nasdaq:  TRIP) ("TripAdvisor") hari ini mengumumkan perkongsian strategik untuk meluaskan kerjasama global, termasuk usaha sama, perjanjian kandungan global dan perjanjian pentadbiran.

Pertama sekali, Ctrip Investment Holding Ltd., subsidiari Trip.com Group telah memeterai usaha sama dengan subsidiari TripAdvisor, TripAdvisor Singapore Private Limited. Trip.com Group akan menjadi pemegang saham majoriti dalam entiti usaha sama baharu dan akan menyumbangkan tunai dan kepakaran pasaran. TripAdvisor akan memiliki 40% usaha sama dan akan menyumbang jenama eksklusif dan lesen kandungan serta aset-aset lain perniagaan Chinanya untuk jangka panjang. Kedua-dua syarikat bersetuju untuk berkongsi inventori dalam kategori pengembaraan di peringkat usaha sama. Usaha sama ini akan beroperasi di peringkat global sebagai TripAdvisor China.

Kedua, Trip.com Group dan TripAdvisor telah memeterai perjanjian kandungan global menyediakan pengedaran kandungan TripAdvisor terpilih pada jenama Trip.com Group, termasuk Trip.com, Ctrip, Skyscanner dan Qunar. 

Tambahan pula, Trip.com Group dan TripAdvisor turut memeterai Perjanjian Pentadbiran yang membolehkan Trip.com Group mempunyai hak pencalonan bagi satu kerusi Lembaga TripAdvisor, Inc. Bermula pada waktu kelulusan transaksi oleh badan-badan kawalselia yang berkaitan. Untuk mengekalkan tempat duduk Lembaga, Trip.com Group perlu memperoleh 6.95 juta saham TripAdvisor atau nilai saham TripAdvisor sebanyak USD317.6 juta menerusi transaksi pasaran terbuka dalam tempoh satu tahun selepas kelulusan kawalselia. TripAdvisor dan pemegang saham utama Liberty TripAdvisor Holdings, Inc. ("LTRP") telah bersetuju secara berasingan untuk menyediakan Trip.com Group dengan hak maklumat tertentu berkaitan kemungkinan transaksi untuk jualan saham Kelas B TripAdvisor atau saham Siri B LTRP, masing-masing.

Perkongsian strategik meluas menggandingkan kepimpinan pasaran Trip.com Group dalam keupayaan tempahan pengembaraan dan kepakaran pasaran pengembaraan China dengan kekuatan unik jenama TripAdvisor, kandungan dijana pengguna global yang beraneka, dan pangkalan data tempat menarik, serta bekalan dalam destinasi yang terbaik dalam kelasnya. Perkongsian strategik ini menandakan langkah penting bagi Trip.com Group untuk merealisasikan visi globalisasi dengan perkhidmatan kualiti yang lebih hebat, dan untuk TripAdvisor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pengembaraan global. 

"Kami berbesar hati mengumumkan perkongsian strategik ini dengan Trip.com Group untuk meluaskan capaian global TripAdvisor dan membantu pengembara keluar China merancang perjalanan yang lebih bermakna," kata Stephen Kaufer, presiden dan ketua pegawai eksekutif, TripAdvisor. "China ialah salah satu pasaran pengembaraan yang terbesar dan paling pantas berkembang di dunia. Trip.com Group, dengan jenama yang mantap dan kepimpinan pasaran pengembaraan, merupakan rakan kongsi yang tepat untuk membantu kami mencapai matlamat jangka panjang kami di rantau ini.

"TripAdvisor ialah platform pengembaraan global peneraju dan merupakan rakan kongsi ideal untuk Trip.com Group," kata Jane Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Trip.com Group. "Semasa kami meluaskan jejak kami di luar negara, penting bagi kami menawarkan bukan sahaja akses kepada inventori pengembaraan global, tetapi juga dengan ulasan, pendapat dan gambar berkualiti yang dijana oleh rakan pengembara lain. Kami amat teruja dengan perkongsian strategik ini, yang akan lebih meningkatkan lagi pengalaman pengembaraan para pelanggan kami di seluruh dunia."

Latar Belakang Trip.com Group

Trip.com Group Limited (Nasdaq: TCOM) ialah penyedia perkhidmatan pengembaraan sehenti terkemuka yang terdiri daripada Trip.com, Ctrip, Skyscanner dan Qunar. Di seluruh platformnya, Trip.com Group membolehkan rakan kongsi tempatan dan pengembara di seluruh dunia membuat penempahan termaklum dan menjimatkan untuk produk dan perkhidmatan pengembaraan, menerusi agregasi maklumat dan sumber berkaitan pengembaraan yang komprehensif, dan platform transaksi termaju terdiri daripada aplikasi mudah alih, laman sesawang Internet, dan pusat perkhidmatan pelanggan 24/7. Diasaskan pada tahun 1999 dan disenaraikan pada nasdaq dalam tahun 2003, Trip.com Group menjadi salah satu syarikat pengembaraan terbesar di dunia dari segi nilai barangan dagangan kasar.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190626/2507570-1-LOGO?lang=0

Source: Trip.com Group Limited
Related Stocks:
NASDAQ:TCOM
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel Joint ventures Licensing/marketing agreements