omniture

Cedokkan Keseronokan di Minggu Makanan Coex 2019 November Ini di Seoul

Coex
2019-11-14 10:14 356

SEOUL, Korea Selatan, 14 November 2019 /PRNewswire/ -- Edisi ke-14 festival makanan yang terkemuka dan terbesar Korea, Minggu Makanan Coex, akan berlangsung mulai 20 hingga 23 November di Coex menerusi penyertaan oleh 872 buah syarikat antarabangsa merentas 1,943 reruai dan 60,000 pembeli dan penggemar makanan tempatan serta luar negara dijangka hadir.

Hall A outside
Hall A outside

 

Hall D
Hall D

Sejak pelancarannya pada tahun 2006, Minggu Makanan Coex telah berkembang menjadi pameran perdagangan terkemuka Korea untuk industri makanan dan minuman global, merangkumi empat dewan pameran dan ruang berkeluasan 36,007 meter persegi.

Ekspo tahun ini dibahagikan kepada sektor-sektor termasuk Pameran Bakeri Antarabangsa Seoul (SIBA), jentera dan makanan am, sebuah dewan pertanian tempatan dan sebuah 'zon trend'.

Dewan A Minggu Makanan Coex akan mempamerkan bahan-bahan dan hasil wilayah Korea dengan tumpuan pada trend makanan pertanian premium dan menampilkan Astaka Pertanian Korea khusus.

Di Dewan B, pengunjung boleh melihat jenama-jenama yang menerajui pasaran pengedaran makanan, selain seleksi komprehensif jenama-jenama daripada rantaian nilai makanan. Zon ini akan memperlihatkan pertumbuhan radikal dan terkini industri Gantian Makanan di Rumah Korea, pempakejan makanan dan rantaian sejuk.

SIBA dwitahunan, iaitu ekspo terkemuka Korea untuk sektor makanan dibakar dan konfeksi sejak tahun 1983, akan dihoskan di Dewan C. Dianjurkan bersama Persatuan Konfeksi Korea, pameran ini akan menawarkan pengunjung dengan pelbagai makanan dibakar, acara membuat kek dan peluang untuk menikmati peraduan Top Patisserie Asia ke-4 yang akan diadakan di Korea buat julung kalinya.

Dewan D akan mempamerkan trend makanan global yang unik bagi minuman dan minuman beralkohol, vegan dan barangan vegetarian serta pencuci mulut. Sepanjang acara selama empat hari itu, demonstrasi memasak oleh pakar-pakar kulinari domestik dan antarabangsa serta pelbagai acara amali akan turut berlangsung.

Pembeli-pembeli yang ingin menjalin perkongsian perniagaan di Minggu Makanan Coex boleh mendaftar untuk program pertemuan perniagaan 1:1 percuma ekspo ini dengan penyertaan dijangkakan daripada syarikat-syarikat seperti E-Mart, Lotte Mart, GS25, Shinsegae Food dan CJ Freshway. 'Persidangan Teknologi Makanan Korea 2019' serta seminar-seminar lain turut ditawarkan bagi menggalakkan perkongsian maklumat dan pembinaan perangkaian.

www.coexfoodweek.com 

Sekretariat Minggu Makanan Coex
foodweek.info@coex.co.kr
+82-2-6000-8126

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2626782-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2626782-1-b?lang=0

Source: Coex
Keywords: Food/Beverages Trade show news Future Events