omniture

Xinhua Silk Road: Bandaraya tanah bencah Changde anjur acara maraton antarabangsa

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-14 19:33 412

BEIJING, 14 November 2019 /PRNewswire/ -- Changde, bandaraya di tengah-tengah wilayah Hunan China pada hari Ahad menjadi tuan rumah kepada Maraton Antarabangsa Tasik Liuye Changde, mengumpul 18,000 pencinta maraton ke bandaraya tanah basah yang indah ini.

Acara ini menarik peserta-peserta dari dalam dan luar negara, dengan atlet luar negara yang datang dari negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, Kenya, Ethiopia, Pakistan dan Poland.

Atlet Ethiopia Tesema Mindegiso Gobena memecahkan rekod perlumbaan Changde sebelum ini, melepasi garisan penamat di Taman Budaya Baimahu dalam masa 2:13:24.

Derartu Debela Delesa, juga dari Etiopia, memenangi perlumbaan wanita dengan mencatatkan masa 2:44:01.

Atlit Cina Chai Yongsheng dan Yi Hong, memenangi larian separuh maraton lelaki dan wanita, masing-masing.

Pertama kali dilancarkan dalam tahun 2016, larian Maraton Tasik Liuye Changde tahunan dinilai sebagai Gold Label Match oleh Persatuan Atlet Cina (CAA) dalam tahun 2018 dan tersenarai di kalangan 100 teratas acara maraton berpengaruh China. Ia juga telah menjadi kad nama Changde sebagai pentas untuk pengumpulan pencinta maraton dan sukan dan satu platform untuk menunjukkan usaha bandaraya ini dalam meningkatkan kebersamaan.

Berbeza daripada laluan tahun lepas, larian tahun ini bermula dari pusat pelawat Tasik Liuye, berlari melalui trek perlumbaan tasik bulat dan beberapa tarikan pemandangan istimewa Changde seperti menara Si Ma, Happy Waterworld, serta Vision Land dan berakhir di Taman Budaya Baimahu.

Telah diketahui bahawa dalam tahun 2018, Changde telah diberi penghormatan sebagai salah satu daripada 18 bandaraya tanah basah antarabangsa dari tujuh negara di bawah skim Akreditasi Bandaraya Tanah Basah.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309320.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Sporting Events Sports