omniture

Produk canggih dan teknologi terkini dipamer di Shenzhen

CHTF Organizing Committee Office
2019-11-18 10:23 938

Lebih 70: bilangan pelancaran teknologi dan produk baharu di Pameran Teknologi Tinggi China 2019

SHENZHEN, China, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Antara acara kemuncak dalam Pameran Teknologi Tinggi China (China Hi­-Tech Fair) 2019 – yang berlangsung mulai 13-17 November 2019 di Shenzhen, wilayah Guangdong, Selatan China – merupakan pelancaran produk dan teknologi yang terkini.

Pameran Teknologi Tinggi China 2019 dibuka pada 13-17 November 2019 di Shenzhen China
Pameran Teknologi Tinggi China 2019 dibuka pada 13-17 November 2019 di Shenzhen China

Menyediakan lebih banyak perkhidmatan sokongan kepada pempamer, CHTF 2019 mengundang institusi-institusi penyelidikan saintifik dan syarikat-syarikat teknikal di dalam dan luar negara untuk melancarkan produk dan teknologi baharu mereka di acara tersebut yang membantu mempromosikan produk dan teknologi tersebut, menurut pihak penganjur acara.

"Sebagai pameran sains dan teknologi China yang terkenal di dunia, Pameran Teknologi Tinggi China ialah platform pameran cemerlang untuk perusahaan inovasi, membolehkan kami bukan sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dari pelbagai negara, tetapi juga mendengar banyak maklum balas dan cadangan daripada pengguna tentang produk-produk," kata Liu Zihong, Ketua Pegawai Eksekutif Royole Corp, pengeluar berpangkalan di Shenzhen bagi paparan fleksibel.

CHTF 2019 dijadualkan untuk mengadakan kira-kira 70 pelancaran teknologi dan produk baharu selama lima hari. Pempamer mempersembahkan barangan mereka dengan menyampaikan ucapan dasar, bagi memberikan pengunjung pemahaman penuh tentang produk dan penyelidikan teknikal.

Teknologi dan produk rintis yang dilancarkan semasa CHTF 2019 meliputi bidang-bidang termasuk: maklumat elektronik, 'internet plus', penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, bahan baharu, kesihatan bioperubatan, paparan elektro-optik, bandar raya pintar, kecerdasan buatan dan pembuatan canggih.

Sebagai contoh, syarikat gergasi teknologi China ZTE akan mempamerkan kamera internet ultra definisi tinggi 5Gnya. Kamera berkenaan membolehkan transmisi video tanpa wayar 5G, bagi membantu pelanggan mengurangkan kos pelaburan dengan mudah dan stabil.

China National Nuclear Corp bakal membawakan teknologi reaktor nuklearnya, CNNC Hualong One (HPR 1000), ke CHTF 2019. Teknologi tersebut menyenaraikan China sebagai antara beberapa negara yang membangunkan sendiri teknologi kuasa nuklear generasi ketiga. Ia juga membantu negara berkenaan mengurangkan emisi karbon dan meningkatkan kebolehcapaian tenaga.

Pada tahun 2018, CHTF mengadakan lebih 80 pelancaran untuk lebih 1,000 teknologi dan produk rintis. Ini termasuk televisyen berteknologi tinggi oleh syarikat gergasi elektronik pengguna TCL Corp, tablet boleh lipat oleh pembekal OLED Visionox Co dan kereta elektrik pintar yang dibangunkan oleh syarikat baharu kenderaan tenaga baharu, Singulato Motors.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191113/2641421-1?lang=0

Source: CHTF Organizing Committee Office
Keywords: Computer/Electronics Trade show news