KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Pelaburan yang bertanggungjawab secara sosial semakin meningkat di seluruh dunia, didorong oleh kebimbangan awam berhubung cabaran global seperti perubahan iklim, pencemaran, penebangan hutan dan ketaksamaan sosial. Menurut kajian baharu daripada Bain & Company, KEMAMPANAN DIUTAMAKAN TATKALA PELABUR-PELABUR DI ASIA TENGGARA ALIHKAN TUMPUAN, lebih 50 peratus tawaran ekuiti persendirian di Asia Tenggara kini menyokong model perniagaan inovatif yang menyumbang kepada kemajuan alam sekitar dan sosial.
Berdasarkan definisi yang disesuaikan kepada negara-negara yang sedang membangun, pelaburan kemampanan di Asia Tenggara telah berkembang pesat. Daripada kesemua tawaran ekuiti persendirian di Asia Tenggara pada separuh pertama tahun 2019, 56 peratus melibatkan syarikat-syarikat yang memenuhi kriteria kemampanan Bain & Company untuk negara-negara yang sedang membangun, meningkat daripada 30 peratus pada tahun 2017.
Pelabur-pelabur menyedari bahawa ia akan menyebabkan perbelanjaan yang lebih banyak apabila mengabaikan kriteria alam sekitar dan sosial dalam pelaburan mereka dan rakan-rakan kongsi terhad memberi tekanan kepada pengurus-pengurus dana global untuk menggabungkan kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam proses pelaburan mereka. Hasilnya, semakin banyak dana membina portfolio syarikat-syarikat yang memenuhi Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu -- dan membangunkan keupayaan dalaman untuk membantu mereka berkembang.
"Pengguna dan pemegang saham semakin menuntut agar syarikat-syarikat mendedahkan isu-isu etika yang dikaitkan dengan pelaburan mereka," kata Suvir Varma, penasihat kanan dengan amalan Ekuiti Persendirian Global Bain & Company dan pengarang bersama laporan tersebut. "Kebimbangan ini mencetuskan gelombang pertama pelaburan kemampanan lebih kurang sedekad yang lalu tatkala dana-dana berusaha untuk mengurangkan risiko-risiko kewangan dan reputasi."
Pada ketika itu, kebanyakan pelabur besar di Asia Tenggara menyasarkan pelaburan dalam industri-industri utama seperti minyak dan gas, perlombongan dan komoditi pertanian. Hari ini, ramai pelabur membiayai model perniagaan inovatif yang menangani keperluan alam sekitar dan sosial. Ini termasuk syarikat-syarikat yang membangunkan projek-projek tenaga boleh diperbaharui, platform-platform yang menyediakan perniagaan mikro dengan akses kepada pembiayaan dan pasaran serta jaringan hospital berasaskan keuntungan yang menawarkan penduduk yang terabai dengan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Pelaburan yang mampan mendorong pertumbuhan, berbanding perubahan semata-mata dalam pemilikan kewangan semata-mata dan memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada tiga kriteria berikut:
"Rangkaian pelaburan kemampanan berpotensi di negara-negara yang sedang membangun boleh dikatakan lebih luas berbanding negara-negara maju," jelas Alex Boulton, prinsipal dengan amalan Ekuiti Persendirian Global Bain & Company dan pengarang bersama laporan tersebut, yang berpangkalan di Singapura. "Kami telah melihat jumlah nilai urus niaga pelaburan kemampanan mencecah US$3.2 bilion untuk separuh pertama tahun 2019, iaitu meningkat 60 peratus berbanding separuh pertama tahun 2018 dan berada di landasan untuk melangkaui jumlah pelaburan tahun-tahun sebelumnya."
Dengan Asia Tenggara memberikan nilai tawaran ekuiti persendirian keseluruhan melebihi US$10 bilion pada tahun 2018 buat tahun kedua berturut-turut dan meningkat dengan mendadak di Vietnam dan Indonesia, pasaran ini terus meningkat dengan kukuh. Memandangkan pelaburan yang mampan menjadi semakin penting di sini, tinjauannya kelihatan baik untuk perubahan sosial di seluruh rantau berkenaan.
Latar Belakang Bain & Company
Bain & Company ialah perunding global yang membantu pencetus perubahan yang paling bercita-cita tinggi di dunia menakrifkan masa depan. Merentas 58 pejabat di 37 buah negara, kami bekerjasama dengan pelanggan kami sebagai sebuah pasukan dengan cita-cita bersama untuk mencapai keputusan yang luar biasa, mengatasi persaingan dan menakrifkan semula industri-industri. Kami melengkapi kepakaran tersuai dan bersepadu kami dengan ekosistem rancak melibatkan penginovasi digital bagi membawakan hasil yang lebih baik, lebih pantas dan lebih lama bertahan. Sejak penubuhan kami pada tahun 1973, kami telah mengukur kejayaan kami menerusi kejayaan pelanggan kami. Kami mengekalkan dengan bangganya tahap sokongan pelanggan yang tertinggi dalam industri dan pelanggan kami telah mengatasi pasaran saham 4-kepada-1. Ketahui lebih lanjut di www.bain.com dan ikuti kami di Twitter @BainAlerts.