omniture

Blue Jadi Penanggung Insurans Pertama di Hong Kong Terima Pakai Sepenuhnya Teknologi Tencent Cloud untuk Infrastruktur Terasnya

Goncang pasaran insurans dengan ketangkasan dan kepantasan yang unggul ke pasaran
Blue
2019-11-21 10:16 342

HONG KONG, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Blue, penanggung insurans nyawa digital yang pertama di Hong Kong, hari ini mengumumkan kejayaan transformasi dan penggunaan infrastruktur teras didayakan awannya, menjadikannya penanggung insurans pertama di Hong Kong untuk mengendalikan sistem terasnya semata-mata pada Tencent Cloud. Blue menyertai pelbagai jenis perniagaan merentas pelbagai industri yang mendapat manfaat daripada teknologi canggih Tencent Cloud, memanfaatkan keselamatan, keandalan dan prestasi tinggi penyelesaian ini.

Blue menggoncang pasaran insurans tradisional dengan pencapaian rintisnya ini. Penggunaan Tencent Cloud untuk infrastruktur terasnya, berserta penyingkiran sistem legasi tradisional, akan membolehkan Blue untuk membawa ketangkasan, kebolehskalaan dan inovasinya ke tahap seterusnya. Infrastruktur ini meletakkan asas untuk teknologi baharu yang lain untuk berhubung dan berfungsi pada sistem teras Blue, meningkatkan perjalanan pelanggan keseluruhannya dan mempercepatkan proses pembangunan produknya.

Peristiwa penting dalam sejarah insurans Hong Kong 

Charles Hung, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Blue berkata, "Kami berasa bangga dapat mencapai kejayaan penting ini iaitu sebagai penanggung insurans pertama di Hong Kong yang menerima teknologi Tencent Cloud untuk sistem teras kami. Dalam era digital ini, pelanggan mengharapkan jenama-jenama untuk menjadi tangkas, dan kepantasan dibawa ke pasaran adalah amat penting bagi memberi pengalaman pelanggan yang memuaskan. Sistem legasi tradisional tidak lagi mampan atau cekap buat kami untuk bertindak balas kepada keperluan pengguna yang pantas berubah. Dengan pelanggan menjadi tumpuan dalam segala-gala yang kami lakukan, transformasi sistem ini akan membolehkan kami untuk mencipta proposisi yang lebih pintar dan pengalaman yang lebih baik buat mereka."

"Kami berbangga dapat menyediakan Blue dengan sokongan penuh kami untuk penerimagunaan Tencent Cloud ke dalam infrastruktur terasnya dan menjadi sebahagian daripada langkah rintis yang mengujakan ini untuk merevolusikan sektor insurans Hong Kong. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan Blue untuk membentuk semula landskap Teknologi Insurans (Insurtech) dan kami berharap agar inisiatif ini dapat mewujudkan lebih banyak peluang untuk kolaborasi pada masa depan," kata Norman Tam, Pengurus Besar, Kumpulan Perniagaan Antarabangsa, Tencent.

Hung menambah, "Tencent mempunyai rekod prestasi terbukti dalam menyediakan infrastruktur awan yang selamat dan andal kepada institusi-institusi kewangan. Piawaian keselamatan telah dinaik taraf khususnya untuk sektor kewangan dan penaiktarafan digital boleh dilaksanakan dengan pantas. Kami turut menguatkuasakan tadbir urus keselamatan siber dan perlindungan data yang ketat pada infrastruktur awan kami bagi mematuhi peraturan industri."

 

Source: Blue
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance New products/services