omniture

Remitly, Rakan Kongsi Xpress Money bakal Perluas Perkhidmatan Pemindahan Wang Rentas Sempadan

Xpress Money
2019-11-21 17:00 219

Pelanggan Remitly kini boleh menghantar wang ke lokasi-lokasi Xpress Money di Asia dan Afrika

DUBAI, UAE, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Remitly, perkhidmatan kiriman wang dalam talian yang digunakan oleh hampir dua juta orang dan Xpress Money, sebuah syarikat Finablr, telah bergabung untuk meningkatkan pilihan bayar keluar rentas sempadan untuk pelanggan di Asia dan Afrika. Perkongsian ini memanfaatkan jejak global Xpress Money dan keupayaan pengedaran omnisalurannya, menambah beribu-ribu lokasi pengambilan tunai ke rangkaian Remitly selain membolehkan pemindahan wang yang mudah ke akaun bank dan juga dompet mudah alih.

Promoth Manghat, Group CEO of Finablr, and Sudhesh Giriyan, CEO of Xpress Money, along with Matt Oppenheimer, CEO and Co-Founder of Remitly.
Promoth Manghat, Group CEO of Finablr, and Sudhesh Giriyan, CEO of Xpress Money, along with Matt Oppenheimer, CEO and Co-Founder of Remitly.

Perikatan tersebut menghimpunkan keupayaan digital Remitly untuk menghantar wang dengan pantas melalui aplikasinya atau platform dalam talian, dengan legasi Xpress Money dalam memproses pemindahan wang rentas sempadan yang selamat merentas rangkaian bayar keluarnya yang tangkas, dibina sejak dua dekad yang lalu.

Mengulas tentang perkongsian ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xpress Money, Sudhesh Giriyan berkata, "Tumpuan kami sentiasa untuk membolehkan pelanggan kami melaksanakan pilihan mereka dari segi bagaimana, bila dan di mana mereka ingin menghantar dan menerima wang. Perkongsian antara Xpress Money dan Remitly ini menekankan komitmen kami untuk memudahkan pengalaman pemindahan wang yang lancar. Didorong oleh kekuatan kolektif daripada kepakaran kami, kami percaya bahawa perkongsian ini akan menambah skala kepada perniagaan kami."

Matt Oppenheimer, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Remitly, berkata, "Peluang untuk menghantar wang secara dalam talian mengubah cara orang ramai di seluruh dunia untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarga dan rakan taulan. Penting untuk pelanggan mengetahui bahawa penerima mereka akan mendapat wang mereka dengan cara yang paling mudah buat mereka. Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Xpress Money untuk meluaskan lagi rangkaian Remitly dan menawarkan pelbagai pilihan penerimaan yang diharapkan oleh pelanggan kami."

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1011074/Xpress_Money_Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1032844/Image_Xpress_Money_PR.jpg

Source: Xpress Money
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Joint ventures Financial Technology