omniture

Megaport Lancar Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) di Jepun, Dayakan Akses Langsung ke Khidmat Awan Utama Melalui Rangkaian Global Tunggal

Megaport
2019-11-22 08:47 479

Platform saling sambung tentuan perisian pertama seumpamanya, global dan neutral membolehkan perusahaan multinasional berpangkalan di Jepun dan global dengan sambungan awan terus bagi mempercepatkan, memudahkan dan memaksimumkan pelaburan awan mereka

BRISBANE, Australia, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Megaport (ASX: MP1), penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) global yang terkemuka, hari ini mengumumkan peluasan perkhidmatan ke Jepun. Perkhidmatan sambungan awan kini boleh didapati di Tokyo, melalui pelbagai pusat data termasuk Equinix TY2, TY4 dan AT TOKYO CC1. Lokasi-lokasi akan datang akan melibatkan NTT DATA Otemachi, Colt Shiohama, NEC Kanagawa, MC-Digital Realty Mitaka dan TELEHOUSE TOKYO Otemachi. Pelanggan boleh memanfaatkan sambungan terus ke 'onramp' awan AWS, Azure, Oracle dan IBM di Jepun. Kini tersedia di 102 buah bandar seluruh dunia, Megaport menghubungkan lebih 525 pusat daya didayakan dan 141 'onramp' awan, membolehkan perniagaan di Jepun mengakses perkhidmatan awan dan IT secara lancar dan terus di peringkat global tanpa perlu mengurus infrastruktur rangkaian yang rumit.

Perniagaan yang mempunyai jejak IT global boleh memanfaatkan kehadiran Megaport di Jepun untuk menghubungkan ke pusat data utama atas permintaan. Keupayaan untuk memperuntukkan kapasiti tulang belakang IT antara kawasan perkhidmatan, kawasan awan dan pusat data hampir pada waktu sebenar melalui fabrik saling sambung Megaport dapat mempercepatkan pertumbuhan keupayaan awan hibrid secara global dan menyokong pertumbuhan data serta penyetempatan aplikasi misi kritikal.

Pasaran awan Jepun telah memasuki tahap matang, menurut IDC. Ini menunjukkan peluang yang besar untuk perangkaian awan bagi menyokong penerimaan berterusan perkhidmatan awan di seluruh Jepun. Peluasan Megaport ke Jepun membawa nilai kukuh baik kepada pengguna akhir mahupun rakan kongsi, meluaskan pilihan penyedia perkhidmatan dan memberi akses lebih besar kepada sambungan awan terus. Peluasan ini juga memberi kebolehan kepada Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) untuk meluaskan jangkauan mereka dengan pantas dan membolehkan lebih ramai pelanggan berhubung kepada perkhidmatan mereka dengan mudah dari Jepun. Pelanggan dapat membina sambungan awan-ke-awan yang tangkas bagi menyokong seni bina berbilang awan dengan Megaport Cloud Router, perkhidmatan penghala maya yang berkuasa.

Faedah-faedah termasuk:

  • Pilihan: Megaport menyediakan akses persendirian langsung kepada 141 'on-ramp' awan yang utama dalam industri dan lebih 525 pusat data termasuk 'onramp' awan di Tokyo.
  • Keselamatan dan Prestasi: Sambungan andal, terus dan peribadi yang memintas internet awam.
  • Pasaran: Ekosistem global dengan lebih 350 penyedia perkhidmatan termasuk Alibaba, AWS, Google Cloud, IBM Cloud, Microsoft Azure, Nutanix, Oracle Cloud, Salesforce dan SAP.
  • Kemudahan penggunaan: Mendayakan seni bina awan hibrid, berbilang awan dan awan-ke-awan melalui peruntukan titik-dan-klik dengan Megaport Cloud Router pintar.
  • Prestasi: Menyetempatkan aplikasi dan menghentikan trafik berhampiran pinggir yang mementingkan prestasi.
  • Kebolehskalaan: Sambungan elastik menyokong keperluan perniagaan dan sejajar dengan model penggunaan awan.

"Jepun telah terbukti menjadi salah satu pasaran awan yang terkemuka di rantau Asia Pasifik dan semakin berkembang pada kadar yang pesat sejak beberapa tahun yang lalu," kata Josh Munro, Naib Presiden Eksekutif APAC di Megaport. "Megaport amat teruja untuk melancarkan perkhidmatan di Tokyo. Ini akan memberi peluang kepada pelanggan sedia ada kami untuk berkembang dengan Megaport dan mencipta peluang baharu untuk Megaport bagi menyediakan perkhidmatan kepada rakan kongsi tempatan dan pelanggan kami. Kami amat berterima kasih kepada pusat data dan rakan kongsi awan kami yang membantu kami untuk mendayakan jejak yang tangkas dan jangkauan perkhidmatan yang luas di Jepun. Kami berharap dapat terus berkembang ke Osaka pada tahun 2020 dan meneruskan asas yang amat kukuh yang telah diwujudkan oleh kami."

"Penyedia Perkhidmatan Awan telah membuat pelaburan yang besar di Jepun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan berasaskan awan," kata Vincent English, Ketua Pegawai Eksekutif di Megaport. "Perniagaan di Jepun semakin menggunakan pelbagai penyedia perkhidmatan untuk membina perkhidmatan IT generasi seterusnya. Megaport berasa gembira untuk bekerjasama dengan pusat-pusat data yang terkemuka di seluruh negara untuk memperluas jangkauan perkhidmatan awan ke lokasi perusahaan menempatkan infrastruktur IT persendirian kritikal mereka. Dengan Megaport Cloud Router disediakan di Jepun, pelanggan boleh menghubungkan terus penyedia perkhidmatan mereka bersama-sama untuk aplikasi awan-ke-awan. Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) Megaport menawarkan pilihan, kefleksibelan dan kemudahan penggunaan melalui rangkaian global tunggal, lalu membolehkan perniagaan untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan mereka ke awan."

Perkhidmatan Megaport kini beroperasi di Tokyo dengan peluasan perkhidmatan ke Osaka dijangkakan pada penghujung Mac 2020.

Latar Belakang Megaport

Megaport ialah penyedia global yang terkemuka bagi perkhidmatan Saling Sambung Elastik. Menggunakan Rangkaian Tentuan Perisian (SDN), platform global Syarikat membolehkan pelanggan untuk menghubungkan rangkaian mereka dengan pesat kepada perkhidmatan lain dalam Rangkaian Megaport. Perkhidmatan boleh dikawal terus oleh pelanggan melalui peranti mudah alih, komputer mereka atau API terbuka kami. Megaport menghubungkan lebih 1,500 pelanggan di lebih 525 pusat data didayakan di seluruh dunia. Megaport ialah Rakan Kongsi Teknologi Alibaba Cloud, Rakan Kongsi Teknologi AWS, Rakan Kongsi Kecekapan Perangkaian AWS, Rakan Kongsi Saling Sambung Google Cloud, penyedia IBM Direct Link Cloud Exchange, Rakan Kongsi Microsoft Azure Express Route, Rakan Kongsi Nutanix Direct Connect, Rakan Kongsi Salesforce Express Connect dan ahli dalam ekosistem terbuka SAP PartnerEdge.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Megaport, sila kunjungi: www.megaport.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2582958-1logo?lang=0

 

Source: Megaport
Related Stocks:
Australia:MP1
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion New products/services