omniture

JA Solar Bekalkan 134MW Modul Dwikaca PERC Berkecekapan Tinggi untuk Loji Solar di Jordan

JA Solar Co., Ltd.
2019-11-25 07:39 378

BEIJING, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia membekalkan semua modul dwikaca PERC berkecekapan tinggi untuk loji solar Mafraq I 67MW dc dan loji solar Empire 67MW dc di Jordan. Kedua-dua loji solar Mafraq I dan Empire merupakan antara set projek pertama di rantau Timur Tengah yang menggunakan modul dwikaca. Penyempurnaan projek-projek ini menjadi satu rujukan penting untuk aplikasi modul dwikaca PERC di kawasan gurun.

Loji solar Mafraq I dan Empire, dengan gabungan skala 134MW, dibangunkan oleh Fotowatio Renewable Ventures (FRV). FRV ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian tenaga boleh diperbaharui yang komprehensif di seluruh dunia dengan projek-projek tenaga baharunya tersebar merentas geografi berbeza. JA Solar telah mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik dengan FRV sejak tahun 2016 dan kedua-dua syarikat telah bekerjasama untuk pembinaan loji solar skala GW.

Loji solar Mafraq I dan Empire, yang mana FRV dan JA Solar mengusahakannya bersama-sama, telahpun disambungkan ke grid di Jordan. Loji-loji ini terletak di kawasan gurun Jordan yang terkenal dengan keadaan persekitaran yang melampau dengan ribut pasir, suhu yang tinggi, iklim gersang dan perbezaan suhu yang besar antara siang dan malam. Akibat daripada keadaan melampau sedemikian, keperluan prestasi biasanya tinggi untuk modul PV yang digunakan di rantau berkenaan. Modul dwikaca JA Solar mempunyai pekali suhu serta rintangan beban mekanikal yang unggul. Di samping itu, modul berkecekapan tinggi ini menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa keadaan lain termasuk lelasan, angin dan pasir, api serta rintangan cuaca. Ini membolehkan modul ini meminimumkan kemerosotan prestasi dan pengecilan kuasa yang disebabkan oleh perbezaan suhu yang mendadak. JA Solar memberi jaminan selama 30 tahun untuk output kuasa linear bagi modul dwikaca PERCnya, memastikan kestabilan dan penjanaan kuasa yang tinggi daripada loji solar. Kedua-dua loji solar berkenaan, yang kini beroperasi, dijangka untuk menjana sejumlah 260 juta kWj tenaga elektrik setiap tahun dan mengurangkan emisi gas karbon dioksida sebanyak 210,000 tan setahun.

En. Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah JA Solar, berkata, "JA Solar ialah salah satu peneraju pasaran solar dalam pasaran Timur Tengah. Khususnya, ia mempunyai lebih 30% daripada pasaran solar Jordan dan penghantarannya ke UAE, Mesir, Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah yang lain turut berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menuju masa depan, JA Solar akan terus bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan dan menyediakan produk fotovolta berkecekapan tinggi kepada pelanggan di rantau ini."

Latar Belakang JA Solar  JA Solar ialah pengeluar bagi produk fotovolta berprestasi tinggi. Dengan 12 tapak pengilangan dan lebih daripada 20 cawangan di seluruh dunia, perniagaan syarikat mencakupi wafer silikon, sel, modul dan stesen janakuasa fotovolta. Produk JA Solar boleh didapati di lebih 120 buah negara dan wilayah serta digunakan secara meluas dalam loji kuasa yang dipasang di tanah, sistem PV atas bumbung komersial & perindustrian serta sistem PV atas bumbung kediaman. Menerusi kelebihannya melibatkan inovasi teknologi yang berterusan, prestasi kewangan yang baik serta jaringan jualan dan perkhidmatan global yang mantap, JA Solar telah diterima baik dan amat diiktiraf oleh pelanggan dari dalam dan luar negara. Syarikat disenaraikan dalam Fortune China 500 dan 500 Perusahaan Tenaga Baharu Terbaik Global selama beberapa tahun berturut-turut. (www.jasolar.com)

Latar Belakang FRV  FRV ialah sebuah syarikat pembangunan tenaga boleh diperbaharui global yang terkemuka dalam pasaran-pasaran termasuk Australia, Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Memanfaatkan pengalaman dan kepakaran terbuktinya dalam industri, FRV membina model perniagaan yang menggabungkan pemilikan portfolio terpelbagai untuk aset penjanaan kuasa bersih dalam pasaran-pasaran utama kami, mengusahakan pengoptimuman operasi dan kewangan jangka panjang, dengan tumpuan yang meningkat terhadap keperluan pelanggan yang timbul hasil daripada transformasi sektor kuasa. Setakat ini, dalam 5 tahun akan datang syarikat menjangkakan pelaburan sebanyak lebih USD 4 bilion dalam aset tetap dengan matlamat untuk meningkat sebanyak lapan kali ganda jumlah kapasiti yang dipasang, bermula daripada 0.7 GW pada tahun 2019 kepada 5.8 GW pada tahun 2024. (www.frv.com)

Source: JA Solar Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts