omniture

'Stars of Christmas' OUE Sambut 10 Tahun Sebarkan Keriangan Krismas kepada Benefisiari Kanak-kanak di Singapura

Meritus Hotels & Resorts
2019-11-26 09:34 401

SINGAPURA, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- Stars of Christmas, sebuah program kemasyarakatan tiga bahagian tahunan yang diperjuangkan oleh OUE Limited (SGX-ST: "OUE") dan Meritus Hotels & Resorts, kembali untuk tahun kesepuluhnya bagi membawakan keriangan Hari Krismas kepada benefisiari daripada pertubuhan-pertubuhan bukan untung yang menyediakan program serta perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan juga mereka yang memerlukan keperluan khas dan menghidap penyakit.

OUE Executive Adviser, Mr Lee Yi Shyan, is joined by Meritus Hotels & Resorts COO, Mr Tan Kim Seng, Mandarin Orchard Singapore Hotel Manager, Mr Danny Wong, as well as Takashimaya Singapore Ltd Promotions Executive, Roger Koo, at the ceremonial kick-off of Stars of Christmas 2019
OUE Executive Adviser, Mr Lee Yi Shyan, is joined by Meritus Hotels & Resorts COO, Mr Tan Kim Seng, Mandarin Orchard Singapore Hotel Manager, Mr Danny Wong, as well as Takashimaya Singapore Ltd Promotions Executive, Roger Koo, at the ceremonial kick-off of Stars of Christmas 2019

Sejak bermula pada tahun 2010, Stars of Christmas telah meminta bantuan lebih 8,000 hadiah untuk pelbagai benefisiari kanak-kanak, yang dijayakan dengan sokongan daripada rakan kongsi dan komuniti yang lebih luas.

Bahagian 1: Upacara Permulaan

Stars of Christmas 2019 bermula dengan upacara menggantung bintang Krismas di lobi Mandarin Orchard Singapore pada 21 November. Mulai sekarang hingga 16 Disember, bintang-bintang yang membawa nama, umur dan jantina benefisiari akan disediakan kepada orang awam untuk memilih dan membeli hadiah buat mereka. Kemudian, hadiah akan ditinggalkan di tempat pengumpulan yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 15 Disember di Marina Mandarin Singapore serta Downtown Gallery dan pada 16 Disember di Mandarin Orchard Singapore.

Bahagian 2: Jamuan Makan Tengah Hari Stars of Christmas

Bahagian kedua program tersebut akan menyaksikan benefisiari Stars of Christmas 2019 bersama ibu bapa mereka, adik beradik dan penjaga turut serta dalam jamuan makan tengah hari Krismas yang dihoskan oleh Pengerusi Eksekutif OUE Dr Stephen Riady di Dewan Besar Grand Mandarin, Mandarin Orchard Singapore. Kanak-kanak akan dilayan dengan hiburan waktu petang dan jamuan makan 'yuletide' yang enak—diakhiri dengan nyanyian Hari Krismas (merry note) bersama Santa dan pembantu-pembantunya yang menyampaikan hadiah Krismas. 

Part 3: Aktiviti Toy Run Stars of Christmas

Stars of Christmas 2019 mencapai kemuncaknya dengan aktiviti Toy Run pada sebelah pagi 14 Disember, dengan penunggang sukarelawan bersama sekumpulan motosikal Harley-Davidson bagi mengadakan pertunjukan perayaan di bahagian depan Orchard Road, Mandarin Gallery ketika mereka berlepas untuk menyerahkan hadiah Krismas ke pelbagai lokasi.

Sekali lagi membentuk barisan rakan kongsi sokongan untuk Stars of Christmas 2019 ialah Komoco Motorcycles Pte Ltd (Harley-Davidson of Singapore—Satu-satunya Pengedar Sah); Community Chest—cabang pengumpulan dana dan penglibatan National Council of Social Service; Downtown Gallery; dan Takashimaya Singapore Ltd.

Tahun ini, program kemasyarakatan Stars of Christmas memberi sokongan kepada Children's Cancer Foundation, Club Rainbow, KK Women's and Children's Hospital, Ronald McDonald House Charities Singapore, SPD, Rainbow Centre, HCSA Dayspring Residential Treatment Centre, Lutheran Community Care Services, Marymount Centre dan pelbagai pertubuhan kebajikan kanak-kanak lain di bawah Community Chest.

Stars of Christmas terbuka buat semua dan bertujuan untuk menyerahkan hadiah Krismas kepada kira-kira 2,000 benefisiari tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi meritushotels.com/stars.

-  Tamat -

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191125/2652581-1?lang=0

 

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Children-related news Corporate Expansion Not for profit