omniture

Xinhua Silk Road: Ningbo China kagumkan wartawan Asia Tenggara dengan pembangunan pesatnya

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-27 03:08 405

NINGBO, China, 27 November 2019 /PRNewswire/ -- Ningbo, sebuah bandar pantai di timur China, telah mengagumkan beberapa wartawan Asia Tenggara menerusi pembangunan ekonomi pesatnya semasa kunjungan mereka ke bandar tersebut baru-baru ini.

Southeast Asian reporters visit Ningbo City Exhibition Hall on Nov. 21.
Southeast Asian reporters visit Ningbo City Exhibition Hall on Nov. 21.

Baru-baru ini, Kerajaan Perbandaran Ningbo menganjurkan sebuah acara untuk menunjukkan wartawan Asia Tenggara sekitar bandar tersebut, mulai 19 hingga 23 November.

Semasa berlangsungnya acara berkenaan, wartawan dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura melawat perusahaan-perusahaan tempatan termasuk AUX Group, Ningbo Cixing, JOYSON Electronics, Youngor Group, Peacebird Group dan sebagainya dengan memberi tumpuan pada bidang pengilangan pintar dan pakaian.

"Ningbo telah melaksanakan tugas yang amat baik dalam pengilangan pintar," kata Lim Siok Yean, seorang wartawan kanan dengan Oriental Daily News dari Malaysia, "Apa yang paling mengagumkan saya ialah semua perusahaan berdedikasi untuk memupuk budaya korporat mereka sendiri."

Ketika melawat Youngor Group, sebuah perusahaan tekstil dan pakaian yang terkemuka di China, Hestianingsih, editor bersama Indonesian Detik.com, berkata bahawa beliau berasa kagum dengan pengilangan pintar perusahaan berkenaan, khususnya teknologi pemotongan lasernya.

"Pelabuhan tersebut merupakan sumber terbesar Ningbo dan dasar buka pintu merupakan kelebihan terbesar buat Ningbo," menurut slogan yang disiarkan di Dewan Pameran Bandar Ningbo.

"Kini, saya benar-benar memahami ciri-ciri pembangunan Ningbo," kata Lee Huat Lian, seorang wartawan kanan dengan Sin Chew Daily dari Malaysia, menyatakan bahawa di Malaysia, lantaran sekatan geografi, tiada pelabuhan antarabangsa seperti Pelabuhan Zhoushan Ningbo.

Pelabuhan Zhoushan Ningbo mengendalikan daya pemprosesan kargo sebanyak 1.08 tan metrik (tonne) pada tahun 2018, menduduki tempat pertama di dunia selama sepuluh tahun berturut-turut dan daya pemprosesan kontenanya mencecah 26.35 juta TEU tahun lalu, menduduki tempat ketiga di seluruh dunia.

Zon Pembangunan Ekonomi Qianyang ialah zon e-dagang yang terdiri daripada sebuah daerah perniagaan pusat, sebuah zon industri, sebuah pusat logistik e-dagang dan kawasan kediaman. Ia meliputi jumlah kawasan berkeluasan 16.5 kilometer persegi. Ia telah dibina sejak Ningbo memulakan langkah gigih untuk membangunkan e-dagang rentas-sempadan bertahun-tahun yang lalu.

Zon e-dagang menikmati kelebihan geografi dan ia terletak berhampiran dengan pelabuhan yang terbesar di dunia, dengan pengaruhnya meliputi kawasan Delta Sungai Yangtze di timur China. "Saya percaya bahawa zon ini akan mempunyai masa depan yang cerah," kata Li Li, seorang wartawan dengan Chinese Headline New Media Singapura.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, para wartawan turut mengunjungi laman budaya dan muzium seperti Muzium Tianyige, Muzium Ningbo dan Dewan Pameran Bandar Ningbo.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309570.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191125/2652935-1?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Machinery Mining/Metals Textiles Transportation