omniture

SA BIRTH perkenal kepingan barang kemas 20.20 karat mewah bagi raikan ketibaan tahun 2020 yang bakal menjelma

SA BIRTH Co., Ltd.
2019-12-05 10:00 555

Item-item lain dalam senarai tersebut termasuk aksesori untuk kegunaan harian dan majlis istimewa

SA BIRTH GINZA × Hello Kitty ganding bahu cipta bersama barang kemas

TOKYO, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- SA BIRTH Co., Ltd., terletak di Minato-ku, Tokyo, ialah sebuah syarikat di bawah Tukang Perhiasan Berlian Antarabangsa UCHIHARA GROUP. Kumpulan ini meraikan ulang tahun ke-100nya pada tahun 2020. Presiden syarikat ialah Ichiro Uchihara. Bagi memperingati acara berkenaan, SA BIRTH melancarkan senarai item barang kemas dengan kerjasama "Hello Kitty" Sanrio. Prapesanan boleh dibuat mulai hari Khamis, 21 November manakala prajualan akan bermula pada hari Jumaat, 3 Januari 2020, kedua-duanya di kedai utama SA BIRTH di Ginza.

Loket, cincin berlian platinum
Loket, cincin berlian platinum

Barang kemas yang bersama-sama dicipta oleh kedua-dua entiti tersebut menyasarkan "wanita matang dan cantik yang tidak dibatasi oleh usia mereka" serta "wanita yang ingin kelihatan sungguh cantik sepanjang masa". Kepingan barang kemas ini dihiasi berlian untuk meningkatkan lagi daya tarikannya untuk audiens sasaran. Ini juga merupakan acara istimewa untuk Hello Kitty, ketika jenama ini menyambut ulang tahun ke-45nya tahun ini.

Loket berlian (kerongsang) platinum /K18
Loket berlian (kerongsang) platinum /K18

- Barang kemas bersama-sama dicipta oleh SA BIRTH GINZA × Hello Kitty

Senarai barang kemas tersebut terdiri daripada 5 kepingan, bermula dengan aksesori untuk kegunaan harian termasuk set yang mengandungi loket, cincin dan manset telinga dengan motif reben simbolik Hello Kitty dan loket dengan rupa bentuk Hello Kitty, hinggalah kepingan barang kemas berlian-penuh (20.20 karat) istimewa yang mewah berharga 20.20 juta yen.

Prapesanan: Mulai Khamis 21 November 2019 di kedai utama SA BIRTH di Ginza

Prajualan: Mulai Jumaat 3 Januari 2020 di kedai utama SA BIRTH di Ginza

- Semua penjual runcit SA BIRTH GINZA yang lain di Jepun boleh mula mengambil stok item-item ini pada lewat Januari.

- Loket berlian platinum /K18 (kerongsang)

Loket tersebut, yang diperbuat sepenuhnya daripada berlian, menyasarkan "wanita matang dan cantik yang tidak dibatasi oleh usia mereka" serta "wanita yang ingin kelihatan menawan sepanjang masa".

- Barang kemas istimewa dan mewah bagi meraikan ketibaan tahun 2020

  • Berlian yang digunakan untuk loket ini ialah 20.20 karat. Reben dilekapkan dengan berlian besar yang berkualiti (2.02kt) dari Selatan Afrika.
  • Pakaian Hello Kitty diukir dengan logo SA BIRTH GINZA dan nombor 2020.
  • Postur Hello Kitty kelihatan bersemangat penuh matlamat, tatkala kucing terkenal tersebut melangkah ke hadapan dengan yakin menuju tahun baharu 2020.

- Hasil ciptaan agung oleh tukang Jepun yang handal

  • Badan Hello Kitty dihiasi sepenuhnya dengan berlian, menggunakan teknik yang dikenali sebagai 'pave setting'. Anda boleh melihat satu lagi imej Hello Kitty pada bahagian belakang atas loket tersebut.
  • Rantainya berukuran kira-kira 70cm panjang dan boleh dilaraskan agar sesuai dengan gaya peribadi anda. Loket pada bahagian atas rantai tersebut, yang juga boleh berfungsi sebagai kerongsang, bersaiz kira-kira 7 cm X 5 cm.

Bahan: Emas kuning dan emas merah jambu platinum/K18

Mata dan misai – Saduran rodium platinum

Reben - Pemprosesan pematangan warna UV platinum

Harga: 20.20 juta yen

Lot: 1 keeping

Loket, cincin berlian platinum
Loket, cincin berlian platinum

- Loket berlian platinum

Loket kecil ini merupakan rupa bentuk Hello Kitty, lengkap dengan berlian yang berkilau.

Bahan: Platinum

Harga: 98,000yen

Lot: 100 keping

- Loket, cincin dan manset telinga berlian platinum

Set 3 keping ini terdiri daripada loket, cincin dan manset telinga, didatangkan dengan reben simbolik Hello Kitty sebagai motif. Kami bersedia untuk menjual setiap kepingan secara berasingan.

Bahan: Platinum

Harga: 125,000 yen setiap satu

Lot: 30 set

- Semua harga tidak termasuk VAT

- Reka bentuk produk masih sedang dimuktamadkan.

Pertanyaan

https://dyeb.f.msgs.jp/webapp/form/20907_dyeb_51/index.do?_ga=2.101630726.68048359.1575433869-1866839735.1560241417

HP: https://www.sabirthginza.com/en/

Rujukan

Buat wanita yang ingin kelihatan menawan sepanjang masa – Kecantikan sebenar berlian daripada SA BIRTH GINZA  

SA BIRTH GINZA, tukang perhiasan berlian di Ginza, ditubuhkan pada 20 Oktober 2018 hasil daripada minat kami untuk menghasilkan aksesori yang cantik dan berkualiti tinggi daripada SA BIRTH disediakan kepada para pembeli belah dengan misi untuk membolehkan setiap wanita menyerlah.
Tema jenama ini ialah perkataan "Sejagat"( "Universe"), yang mana bagi kami, melambangkan rahmat daripada alam semula jadi nan indah yang mengelilingi kita serta keindahan kehidupan, manakala produk-produk kami menonjolkan keindahan alam semula jadi yang mengelilingi dan menyelubungi kita saban hari. Aksesori ini dikhususkan buat semua wanita pada zaman moden dengan jadual yang ketat, untuk memberikan mereka galakan menerusi tenaga semula jadi daripada Bumi dan menambah kilauan yang membuatkan mereka menyerlah.

Berlian etika SA BIRTH

SA BIRTH Co., Ltd., terletak di Minato-ku, Tokyo, ialah sebuah syarikat di bawah Tukang Perhiasan Berlian Antarabangsa UCHIHARA GROUP. Kumpulan ini meraikan ulang tahun ke-100nya pada tahun 2020. Presiden syarikat ialah Ichiro Uchihara.  

- Berlian yang paling cantik di dunia dari selatan Afrika
Selatan Afrika, yang mencakupi Afrika Selatan, Botswana dan Lesotho, seringkali dirujuk sebagai tempat suci untuk berlian dan telah lama dikenali dengan berlian semula jadinya yang besar dan berkualiti tinggi. SA BIRTH berjaya mencipta dan menghasilkan kepingan barang kemas yang paling cantik dan paling jelas di dunia dengan memilih khususnya berlian yang berasal dari kawasan ini. Kami mengambil perhatian khusus dalam memilih dengan teliti batu-batu yang paling berkilau mengikut piawaian kualiti ketat Jepun.

- Berlian beretika, bersih dan semula jadi
Berlian kami dilombong dan didagangkan melalui proses beretika di Selatan Afrika. Selain itu, kami menyumbang kepada peningkatan pendidikan, perkhidmatan perubatan dan kualiti hidup di kawasan ini dengan mengambil beberapa orang penduduk tempatan, termasuk pakar-pakar gilap yang bekerja di kilang-kilang moden yang kami tempatkan di sana.

- Asal usul dan kebolehkesanan
Semua berlian kami, setiap satu melebihi 0.17kt ialah batu beretika dan semula jadi yang dipilih dengan teliti daripada apa yang tersedia di Selatan Afrika, tempat suci untuk berlian. Asal usul dan kebolehkesanannya didedahkan kepada semua. Kami mempunyai sistem pengurusan pengeluaran yang ketat, dengan nombor siri yang diukir dengan laser pada girdel di bawah berlian tersebut.

- Barang kemas yang mematuhi piawaian ketat Jepun
Kami berusaha untuk mencapai kualiti yang terbaik apabila melibatkan reka bentuk dan pengeluaran kepingan barang kemas akhir. Kami melakukan penjagaan terbaik dan tidak berkompromi dalam proses berkenaan, dengan matlamat untuk memuaskan hati pelanggan kami yang cerewet di Jepun. Kami berbangga dengan penyiapan yang sungguh baik, hasil daripada tukang Jepun kami yang sangat mahir. Aksesori kami selesa dipakai: cincin meluncur dengan lancar ke jari anda, manakala rantai leher berasa benar-benar lembut apabila diletakkan pada kulit anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2655518-1-b?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2655518-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2655518-1-c?lang=0

Source: SA BIRTH Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Precious Metals Retail Licensing/marketing agreements New products/services