omniture

Borderless Access Sokong Fokus Perniagaannya dengan Tambah Alat Generasi Seterusnya dan Pemahaman Pengguna Holistik tatkala ia Sempurnakan 11 Tahun

Borderless Access
2019-12-09 10:00 140

BANGALORE, India, 9 Disember 2019 /PRNewswire/ -- 10 tahun pertama menyaksikan Borderless Access berkembang daripada sebuah syarikat panel dalam talian & mudah alih kepada salah sebuah syarikat penyelesaian penyelidikan pasaran digital global yang terkemuka.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mendepani penerimaan teknologi dan berusaha untuk menyediakan pemahaman pengguna yang berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka, Borderless Access telah membawa kualiti data ke tahap seterusnya dengan melapisi algoritma penipuan proprietari dan alatan cap jari digital yang terbaik dalam industri dengan Kecerdasan Buatan (dan Pembelajaran Mesin) pada platform proprietarinya, SmartSight™.

Kualiti adalah penting untuk syarikat memandangkan ia menggandakan kekuatan panel pihak pertamanya kepada lebih 5.81 Juta responden unik di seluruh dunia, menurut pengumuman yang dibuat baru-baru ini.

"Dalam dunia yang sangat bersifat digital dan berbilang peranti hari ini, yang mana usaha memastikan ketulenan panelis dan kualiti respons menjadi suatu cabaran, Borderless Access dilengkapi dengan platform dipacu ML & AInya SmartSight™ untuk memberikan pemahaman yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami," kata Ruchika Gupta, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Borderless Access. "Ini dapat membantu kami mendekati pelanggan yang mempunyai audiens khusus yang sukar dalam Penjagaan Kesihatan, B2B dan pasaran-pasaran dengan yakin seperti Afrika Selatan, yang mana meskipun penerimaan digital adalah tinggi, penyelidikan digital masih belum dapat menyainginya."

Ketika Ruchika bercakap tentang Afrika Selatan, syarikat ini mempunyai rancangan yang agresif untuk benua Afrika apabila ia melantik Bev Tigar sebagai Perunding Pembangunan Pelanggan Peneraju untuk Afrika pada Mac tahun ini untuk menjadi lebih popular dan mengurus jangkaan pelanggan.

Di samping itu, Borderless Access mempunyai panel MR dalam talian pihak pertama yang terbesar di Afrika Selatan dan mempunyai kumpulan panel yang amat besar dalam pasaran-pasaran utama lain di benua tersebut.

Borderless Access juga merupakan penerima Anugerah Kertas Kajian Rakan Kongsi Terbaik di persidangan PAMRO ke-21 yang diadakan pada Ogos 2019 untuk kertas kajian yang bertajuk #10YearChallenge – Data drives insights and insights drive decisions' (#10YearChallenge – Data dorong pemahaman dan pemahaman dorong keputusan), dibentangkan bersama-sama Unilever, yang terbaik dalam penonjolan matlamat persidangan.

"Sebagai sebuah organisasi dengan fokus 'Keperluan Pelanggan Diutamakan' ('Client Needs First') dan semangat untuk kekal mendepani keluk kemajuan, Borderless Access akan terus membuat pertaruhan awal dalam produk dan penyelesaian teknologi era baharu serta pasaran untuk mendorong satu lagi dekad dengan pertumbuhan yang luar biasa," ujar Dushyant Gupta, Naib Presiden Eksekutif, Borderless Access.

Kunjungi: www.borderlessaccess.com

Hubungan Media:
Anshul Agarwal
marketing@borderlessaccess.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/747964/Borderless_Access_Logo.jpg

Source: Borderless Access
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards