omniture

Jumeirah Group Sertakan Capri Palace, di Itali dalam Portfolio Antarabangsanya yang Semakin Berkembang

Jumeirah Group
2019-12-09 22:57 115

DUBAI, UAE, 9 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Jumeirah Group, syarikat hospitaliti mewah bertaraf global dan ahli Dubai Holding, mengumumkan bahawa ia telah dilantik untuk mengendalikan dan mengurus Capri Palace yang terkenal di Itali.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8659651-jumeirah-group-adds-capri-palace/

Dibuka semula sebagai Capri Palace, Jumeirah pada April 2020, hartanah Itali yang indah ini menikmati lokasi yang mempesonakan di Anacapri yang sibuk: salah satu daripada bahagian pulau tersebut yang paling eksklusif dan tidak terjejas. Hotel ini, yang ditubuhkan oleh Tonino Cacace, berdiri megah di Teluk Naples dan merangkumkan sepenuhnya Dolce Vita Itali; dengan gaya Capri yang tulen serta pemandangan samudera.

Direka bentuk dengan gaya palazzo Neapolitan abad kelapan belas, Capri Palace menarik minat ramai orang sejak ia mula membuka pintunya pada tahun 1960-an, seraya mengukuhkan kedudukannya sebagai hotel yang paling ikonik di pulau tersebut. Di bawah hala tuju Jumeirah, hartanah ini bersedia untuk terus berkembang menerusi kerja-kerja penaiktarafan dan pengubahsuaian menarik yang sedang dirancang.

Bahagian dalam ruang terbuka yang menarik terbentang kepada 68 buah bilik tamu. Warna-warna putih, biru dan neutral mewujudkan suasana Mediterranean, manakala jubin seramik dan perabot yang ditempah khas membangkitkan suasana rumah keluarga Itali, lalu memastikan tetamu benar-benar menyelami persekitaran mereka.

Selaras dengan komitmen Jumeirah untuk menawarkan pengalaman kulinari yang luar biasa, Capri Palace, Jumeirah merupakan tempat bermulanya bintang-bintang Michelin pulau ini. Restoran utama hotel berkenaan, L'Olivo, menyajikan hidangan klasik Mediterranean; manakala Il Riccio- kelab pantai peribadi hotel ini, serta merupakan satu-satunya kelab pantai di dunia yang mendapat satu bintang.

Capri Palace, Jumeirah turut dihormati sebagai destinasi kesejahteraan, dengan Capri Beauty Farm eksklusif yang mendukung ikutan antarabangsa yang setia. Di bawah arahan Profesor Francesco Canonaco yang disegani, kemudahan spa kelas-perubatan dunia ini- menjadi peneraju dalam penyelidikan perubatan- menawarkan rawatan utama yang sangat khusus termasuk 'Leg School®' dan 'Metabolic Response' yang meraih pujian seluruh dunia.

Capri Palace, Jumeirah akan dibuka untuk musim 2020 pada 23 April 2020, membawakan portfolio antarabangsa Jumeirah sedia ada kepada enam buah hotel di Eropah, termasuk Jumeirah Frankfurt, Jumeirah Port Soller, Jumeirah Lowndes Hotel, Grosvenor House Suites Jumeirah dan juga The Carlton Tower, Jumeirah. Di samping portfolio kumpulan berkenaan, daripada hotel-hotel di Timur Tengah, Jumeirah terus mengurus hotel-hotel di China dan Maldives dengan hartanah tambahan dirancang untuk tahun 2020 di Indonesia dan Oman.

Untuk maklumat lanjut tentang Capri Palace, Jumeirah, kunjungi www.capripalace.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1040567/Jumeirah_Group_Capri_Palace.jpg

Hubungi: miet.saelens@jumeirah.com

 

Capri Palace Outdoor
Capri Palace Outdoor

 

Source: Jumeirah Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Acquisitions, mergers, takeovers Broadcast feed announcements New products/services