omniture

Xinhua Silk Road: Kawasan Baharu Nanjing Jiangbei China Timur berhasrat kembangkan industri kesihatan dan kehidupan

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-13 08:10 356

BEIJING, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Kawasan Baharu Nanjing Jiangbei, sebuah kawasan baharu peringkat negara di Wilayah Jiangsu, China Timur, bertekad untuk membina kluster bangunan industri yang berjumlah 100 bilion yuan yang memfokus dalam bidang kesihatan dan kehidupan dan menjadi sebuah bandar gen di China.

Berita tersebut diumumkan oleh Luo Qun, seorang ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat CPC Jawatankuasa Perbandaran Nanjing sewaktu berucap dalam Kesihatan, Sains dan Kehidupan Antarabangsa Nanjing 2019 yang berlangsung di Nanjing pada 9 Disember.

Luo Qun, pegawai Jawatankuasa Kerja Parti Kawasan Baharu Jiangbei
Luo Qun, pegawai Jawatankuasa Kerja Parti Kawasan Baharu Jiangbei

Menurut Luo, yang juga seorang pegawai kanan bersama Jawatankuasa Kerja Parti Kawasan Baharu Jiangbei, kawasan baharu tersebut akan memfokuskan pengumpulan sumber inovatif yang berpusat sekitar data raya penjagaan kesihatan, rawatan jitu, kajian penyelidikan dan pembangunan ubat makromolekular, sains otak dan peranti perubatan kelas atasan, bagi membina sebuah sistem rawatan perubatan dan kesihatan serta rantaian industri kesihatan yang besar bagi meliputi keseluruhan kitaran.

Kawasan Baharu Jiangbei, yang merupakan sebahagian daripada Zon Dagangan Bebas Jiangsu Pilot (FTZ), akan menawarkan lebih sokongan dalam pembangunan industri kesihatan dan kehidupan pada masa hadapan dari segi perkhidmatan kelulusan, perlindungan hak harta, R&D terikat, dan pengenalan bakat, tambah Luo.

Setakat ini, kawasan baharu ini menempatkan lebih 800 perusahaan dalam bidang gen dan kesihatan hidup, termasuklah Luye Pharma Group dan Nanjing Simcere Dongyuan Pharmaceutical Co., Ltd. Sebuah tataletak rantaian industri kitaran hayat menyeluruh yang memaparkan R&D perubatan inovatif, peranti perubatan atasan, pengesanan gen, terapi sel, dan pengurusan kesihatan mula berkembang secara beransur-ansur di kawasan baharu ini.

Sebagai kawasan baharu peringkat negara yang ke-13 di China dan satu-satunya kawasan baharu di Wilayah Jiangsu, kawasan baharu ini telah menubuhkan enam sistem platform perkhidmatan awam, seperti ujian ubat baharu, bioteknologi dan perkhidmatan praklinik.

Maklumat yang diterima juga mengatakan yang industri kesihatan hidup dan gen di kawasan baharu ini dijangkakan akan mengeluarkan nilai output berjumlah 90 bilion yuan pada tahun 2019.

Kesihatan, Sains dan Kehidupan Antarabangsa Nanjing 2019 yang berlangsung selama tiga hari ini, dianjurkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Jiangbei New Area, menyorotkan pembinaan "Bandar Gen" bagi menjadi mercu tanda yang berpengaruh dalam industri bioperubatan di Nanjing. Antara acara yang telah dijadualkan dalam persidangan tersebut termasuklah sebuah forum sidang kemuncak, 26 sub-forum profesional, pelancaran produk inovatif, aktiviti pemadanan perniagaan sekitar R&D ubat-ubatan, peranti perubatan atasan, dan juga sub-bidang yang lain.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309878.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191211/2667356-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services