omniture

Xinhua Silk Road: Meja Bulat Antarabangsa SCO diadakan di Lianyungang China Timur galakkan kerjasama perdagangan dan logistik

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-13 17:53 178

BEIJING, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Meja Bulat Antarabangsa Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telahpun diadakan pada hari Jumaat di Lianyungang, sebuah bandar pelabuhan di Wilayah Jiangsu timur China, yang bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan logistik antara ahli-ahli SCO.

Acara ini dianjurkan oleh Sekretariat Pertubuhan Kerjasama Shanghai yang telah menarik minat peserta-peserta daripada kementerian-kementerian negara ahli-ahli SCO serta wakil-wakil lain daripada kedutaan-kedutaan mereka di China.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, satu kenyataan bersama dikeluarkan untuk meluaskan lagi saluran kerjasama dalam bidang perdagangan dan logistik antara ahli-ahli SCO dan bersama-sama membina saluran pengangkutan logistik antarabangsa rentas sempadan antara Asia dan Eropah.

SCO, ditubuhkan pada tahun 2001, kini melibatkan China, India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan, Rusia, Tajikistan dan Uzbekistan. Ia menyumbang sebanyak lebih 20 peratus kepada ekonomi global dan menguasai hampir separuh daripada penduduk dunia.

Bagi memudahkan kerjasama logistik antara ahli-ahli SCO, acara berkenaan menekankan peranan penting Lianyungang sebagai pangkalan pengangkutan laut dan pusat logistik pergudangan.

Taman Logistik Antarabangsa di Lianyungang, dengan kawasan yang telah dirancang berkeluasan 44.89 kilometer persegi, menyediakan perkhidmatan logistik kepada Asia Tengah dan Lingkungan Pasifik.

Sebagai salah sebuah bandar pantai terbuka yang pertama di China, Lianyungang ialah sebuah hab pengangkutan komprehensif negara manakala Pelabuhan Lianyungang ialah salah satu pelabuhan kontena utama China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lianyungang aktif memudahkan pembinaan infrastruktur di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan menubuhkan platform logistik antarabangsa dengan ciri-ciri tersendiri bagi menggalakkan pembinaan saluran pengangkutan logistik antarabangsa rentas sempadan.

Mesyuarat B2B Perusahaan Logistik Pertubuhan Kerjasama Shanghai turut diadakan di Lianyungang pada hari Sabtu yang telah menarik 10 perusahaan dalam industri logistik China. Mereka berbincang terutamanya tentang kerjasama perniagaan dari segi saluran pengangkutan logistik antara mod baharu antara Asia dan Eropah serta keperluan logistik yang berkaitan daripada ahli-ahli SCO.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309876.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Trade policy Trade show news