omniture

Agensi Media Global OMD Ungguli Kategori, Dahului Industri Tatkala Ia Perluas Bil Dan Bahagian Pasaran

OMD
2019-12-13 20:16 154

NEW YORK, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Agensi Omnicom Media Group OMD Worldwide mengungguli laporan kedudukan bil global COMvergence yang terkini berdasarkan unjuran bil agensi media dan kumpulan 2019.

Dengan unjuran bil global 2019 mencecah $19.6B dan kadar pertumbuhan +6.1%, OMD menerajui dengan $1.7 bilion berbanding pesaing terdekatnya; dan mengatasi dengan mendadak kadar pertumbuhan 0.6% industri yang mendatar.

Laporan berkenaan dikeluarkan tatkala OMD mencapai pertumbuhan perniagaan & pengekalan baharu bagi suku kesembilan berturut-turut, satu prestasi yang diterjemahkan kepada bil baharu sebanyak $3.5 bilion - 18% daripada jumlah semasa - ditambah dalam tempoh 2018-2019, paling banyak bagi mana-mana agensi media.

Senarai kedudukan COMvergence menyimpulkan tahun yang bermula dengan OMD dinamakan sebagai Agensi Media Global Terbaik Tahunan oleh bahan penerbitan perdagangan AS yang terkemuka Adweek, susulan penyusunan semula berkisarkan janji jenama untuk "keputusan lebih baik, lebih pantas." Sepanjang tahun 2019, pelaburan berterusan oleh agensi berkenaan dalam kakitangan, produk dan teknologi untuk menunaikan janji berkenaan telah diiktiraf menerusi lebih 20 anugerah Agensi Terbaik Tahunan serantau, kedudukan yang teratas dalam Indeks Keberkesanan Effie (Effie Effectiveness Index) dan 28 pingat di Cannes Lions tahun ini (paling banyak berbanding mana-mana agensi yang bersaing dalam festival 2019).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OMD Worldwide Florian Adamski, "Dapat meluaskan dengan ketara kedalaman tawaran kami serta keluasan senarai pelanggan kami pada tahun 2019, OMD melangkah ke tahun baharu dengan kedudukan yang luar biasa kukuh sebaik sahaja impak daripada semua kemenangan pada tahun 2019 mengenai lejar. Ketika kami memulakan dekad yang baharu, kami lebih bersedia berbanding sebelum ini untuk memberikan keputusan yang lebih baik, idea yang lebih baik dan hasil yang lebih baik kepada pelanggan - dengan lebih pantas."

LATAR BELAKANG OMD

OMD Worldwide ialah rangkaian media yang terbesar di dunia dengan lebih 13,000 orang bekerja di lebih 100 buah negara. Tatkala dunia berkembang dengan peluang, kuncinya adalah dengan bertindak balas ke atasnya, dengan membuat keputusan yang lebih baik, lebih pantas - menggabungkan inovasi, daya kreativiti, empati dan bukti bagi membawakan hasil perniagaan yang lebih baik. Dinamakan sebagai Agensi Media Global Terbaik Tahun 2019 Adweek, OMD, sebuah agensi Omnicom Media Group, disenaraikan sebagai rangkaian agensi media yang paling berkesan di dunia dalam Indeks Keberkesanan Effie (Effie Effectiveness Index).

Omnicom Media Group ialah divisyen perkhidmatan media Omnicom Group, Inc. (NYSE: OMC), syarikat pengiklanan, pemasaran dan komunikasi korporat yang terkemuka di dunia, menyediakan perkhidmatan kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 buah negara.

Source: OMD
Related Stocks:
NYSE:OMC
Keywords: Advertising Survey, Polls & Research