omniture

R+T Asia dijangka catat rekod kehadiran baharu

Komitmen awal melebihi jangkaan untuk pengunjung dan pempamer
R+T Asia
2019-12-20 06:16 335

SHANGHAI, 20 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pada bulan Februari 2020, acara utama tahunan untuk sektor-sektor teduhan-matahari dan pintu/pintu pagar dijangka mencatatkan rekod kehadiran baharu, bagi menarik lebih 42,000 pengunjung dan lebih 650 pempamer.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/vnu_20191218.shtml

R+T Asia 2020
R+T Asia 2020

Diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 24-26 Februari 2020, acara B2B bertaraf dunia R+T Asia sekali lagi akan menghimpunkan golongan profesional industri dan rakan media. Acara ini merupakan acara kemuncak tahunan untuk pengeluar dan penjual penutup tingkap, bidai dan tirai, sistem perlindungan matahari luar, penutup jendela gulung, pintu dan pintu pagar industri, garaj dan sistem letak kereta, pintu automatik dan produk-produk berkaitan.

Pihak penganjur edisi ke-16 acara ini melaporkan komitmen pempamer dan prapendaftaran pengunjung banyak diterima. Ratusan pempamer acara termasuk syarikat-syarikat Cina yang terkemuka seperti Yuma, Wistar, Dooya, Ruixiang, Bofu, Wintom, A-OK dan Novo, berserta syarikat-syarikat antarabangsa yang utama seperti Vertilux, Dongwon Industry, Winplus, Kirayteks Tekstil, Ateja Tritunggal, Recasens, Tachikawa dan banyak lagi dari seluruh dunia.

Satu ciri menarik acara ini ialah inisiatif perangkaiannya yang menghubungkan hadirin melalui perkhidmatan pemadanan pra-acara, program Pembeli Dihoskan, lawatan berpandu serta kehadiran media industri dan juga persatuan perdagangan global.

Lebih daripada 20 acara pendidikan dan perangkaian akan menarik minat pereka dalaman, arkitek, jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemaju hartanah, pengedar, ejen komersial, penjual runcit serta pedagang import & eksport. Acara pendidikan utama bagi acara ini, Sidang Kemuncak Tingkap dan Pintu Antarabangsa, akan memberi tumpuan pada trend terkini, teknologi 5G dan penyelesaian global untuk kediaman pintar, kemudahan tempat meletak kereta pintar, bangunan pintar dan sistem kawalan akses pintar.

Pameran istimewa acara akan menampilkan platform interaktif bagi melancarkan jenama-jenama yang terkemuka di dunia serta produk-produk dan bahan-bahan yang inovatif.

Bagi menyediakan pengunjung dengan peluang perniagaan yang baharu, acara bersama Home Decoration Asia 2020 (HD+ Asia) akan memberi tumpuan pada hiasan lunak, perabot luar dan kehidupan masa depan, dengan penekanan khas diberikan pada sistem bersepadu yang menghubungkan aplikasi untuk kediaman pintar. Acara bersama ini akan membawakan syarikat-syarikat teknologi utama seperti Haier Smart Home, Konke Technology, Ruyi Wu Homedeco, Hengqun Trading, Pekkotex Import & Export, XPower - Xiangyu Technology, Fantem Technologies, Raysgem dan banyak lagi yang lain.

Prapendaftaran digalakkan. Pengunjung pradaftar mendapat pelbagai faedah untuk R+T Asia 2020. Untuk membuat prapendaftaran, kunjungi en.rtasia.net. Kunjungi juga https://youtu.be/KCbxBFjVrwI.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2668974-1-e?lang=0

Source: R+T Asia
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Retail Trade show news