omniture

Not Taking a Break: Archipelago Tandatangan Tiga Perjanjian Baharu Sebelum Akhir Tahun

Archipelago International
2019-12-24 12:41 364

JAKARTA, Indonesia, 24 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Tatkala di tempat-tempat lain, catatan tahunan 2019 telahpun siap ditulis dan ditutup, dan semua orang bersiap sedia untuk perayaan akhir tahun, Pembangun Perniagaan Archipelago International, kumpulan pengurusan hotel milik persendirian dan bebas terbesar Asia, masih sibuk menandatangani urusniaga hotel dengan pengumuman yang dibuat oleh mereka baru-baru ini mengenai tiga penandatanganan baharu sebelum akhir tahun ini.

Lombok ditetapkan untuk jenama baru Harper Hotel Mandalika Kuta Lombok 226 bilik yang terletak betul-betul di Pantai Kuta Lombok dan dalam lingkungan akses mudah ke Moto GP Lombok yang amat dinanti-nantikan, yang akan dilancarkan pada tahun 2021. Hotel ini akan menampilkan tiga bilik mesyuarat, 'Rustik Bistro & Bar' istimewanya dan kelab pantai pertama Lombok.

Seterusnya dalam senarai ialah ASTON Minangkabau, membuka pintu di bandar Padang, Sumatera, yang terkenal dengan seni dan kebudayaannya. Sebagai pintu masuk ke Tanah Tinggi Minang yang menakjubkan, ini merupakan destinasi yang mesti dikunjungi untuk penggemar alam semula jadi dari dalam dan luar negara. Hotel ini dilengkapi dengan 312 bilik dan beberapa ruang acara inovatif, santapan yang berkualiti dan kemudahan kesihatan moden.

Akhir sekali, kehadiran kelapan Archipelago di Yogyakarta, salah satu destinasi yang paling bersejarah dan paling menarik di Indonesia untuk dikunjungi, ditandakan dengan kemunculan 150-bilik Royal Malioboro by ASTON yang sangat dinanti-nantikan, terletak tidak jauh dari jalan Malioboro yang terkenal. Bersedialah untuk rasa terpegun dan kagum, kerana hotel ini tidak sama seperti mana-mana ASTON sebelum ini.

 "Teruja mengumumkan tiga perjanjian ini dan menamatkan tahun yang sangat berjaya dengan sejumlah 20 perjanjian hotel baharu! Bukan sahaja kita berjaya mengembangkan lagi dominasi kita di pasaran domestik dan serantau, tetapi kita juga telah berkembang secara global dengan perjanjian baharu di Cuba. Dalam masa yang sama, jenama kami sedang berkembang kerana kami menyegarkan semula jenama-jenama kami sebagai respons terhadap perubahan trend pasaran. 2020 bakal menjadi tahun yang sangat menarik bagi kami, jadi bersiaplah untuk lebih banyak berita kerana kami baru saja bermula," kata Norbert Vas, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Archipelago International.

Latar Belakang Archipelago International

Archipelago International ialah kumpulan pengurusan hotel milik persendirian dan bebas terbesar di Asia Tenggara dengan 150 hotel operasi dan 50 hartanah baharu di bawah pembangunan di Asia Tenggara, Caribbean dan Timur Tengah. Dengan 20,000+ bilik di lebih 60 bandaraya, jenama mewah dan murah Kumpulan termasuk ASTON, Huxley, The Alana, Kamuela Villas, Harper, ASTON Heritage Collection, Quest Hotels, Hotel NEO, favehotels dan Nomad Hostels. Lawati archipelagointernational.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2657860-1logo?lang=0

Source: Archipelago International
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services