omniture

Makeblock Lancar Pencetak 3D mCreate Seluruh Dunia untuk Pendidikan STEAM, Pengarasan Pintar untuk Cetakan Tepat

Makeblock
2019-12-27 15:18 397

SHENZHEN, China, 27 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pada 23 Disember, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM global Makeblock melancarkan pencetak 3D mCreate secara rasmi di seluruh dunia. Dengan bertahun-tahun dedikasi dalam pendidikan STEAM, Makeblock sekali lagi meluaskan kemungkinan dalam senario pendidikan STEAM dengan menyediakan pencetak 3D pintar yang dikhususkan untuk menghidupkan idea yang kreatif. Ia dijangka memasuki bilik darjah seluruh dunia apabila semester baharu bermula.

mCreate dalam senario pendidikan
mCreate dalam senario pendidikan

Butiran lanjut mengenai mCreate http://bit.ly/2sjRtzQ

mCreate bukan sekadar mengkhusus untuk menghidupkan daya kreativiti, namun ciri yang paling menarik terletak pada pengarasan pintarnya. Kebanyakan pencetak 3D dalam pasaran mengaplikasikan sama ada pengarasan dasar secara manual atau automatik, yang boleh menyebabkan kekecewaan lantaran risiko kesilapan manusia atau mekanikal. Sementara itu, pengarasan pintar Genius mampu mengelakkan kesilapan dalam apa-apa bentuk, yang benar-benar dapat menjamin kadar kejayaan pencetakan lapisan pertama. Dengan beralih serta merta kepada model ukiran laser (fungsi pilihan), mesin ini dapat memenuhi keperluan pelbagai jenis penggunaan dalam pendidikan STEAM.

Bagi merealisasikan potensi penuh mCreate, gabungan kegunaan modul-modul mCreate dan mBuild akan membawakan hasil ciptaan yang lebih mengejutkan berbanding dengan mCreate sahaja. "Selalunya, penggunalah yang lebih imaginatif dalam menghasilkan projek-projek yang hebat yang benar-benar menginspirasikan kami," kata Jurutera kanan Makeblock, Andrew Gao. Alatan STEAM yang sempurna ialah alatan dapat menghasilkan sifat ingin tahu dan daya kreativiti tanpa had untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia imaginatif yang baharu.

Lapisan luar Baymax diperbuat dengan mCreate dan mBuild https://www.youtube.com/watch?v=ceiR89Azesg

Membawakan reka bentuk perindustrian yang kreatif daripada lukisan kepada kenyataan, mCreate, sebagai alat bantuan pembelajaran STEAM tambahan, memperkasa semua robot pengekodan Makeblock yang lain menuju lebih banyak keupayaan dan projek yang menginspirasikan. Dengan menambah mCreate ke dalam rangkaian produk, Makeblock menawarkan alatan utama yang dapat memperluaskan dunia yang imaginatif tanpa had kepada pengguna seluruh dunia.

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan penyelesaian perkakasan, perisian, kandungan yang paling lengkap serta pertandingan robotik unggul, dengan matlamat untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti @Makeblock di Facebook, Twitter atau kunjungi www.makeblock.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191225/2679138-1?lang=0

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Education New products/services