omniture

Jualan Kren Menara Zoomlion Langkaui 10 Bilion Yuan pada 2019

Zoomlion
2020-01-06 08:37 220

CHANGDE, China, 6 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") (1157.HK) meraikan pencapaian baharu apabila jualan kren menaranya melepasi angka 10 bilion yuan (USD 1.43 bilion) pada tahun 2019, lalu menjadikannya syarikat global yang pertama dalam pasaran yang mencapai tahap tinggi yang baharu.

Zoomlion meraikan permulaan fasa II kilang kren menara pintar.
Zoomlion meraikan permulaan fasa II kilang kren menara pintar.

Jualan tahunan kren menara Zoomlion telah meningkat dua kali ganda selama empat tahun berturut-turut. Jenama tersebut, yang menjadi peneraju utama dalam pasaran domestik dan mengeksport ke pasaran-pasaran berkualiti tinggi seperti Korea Selatan, Singapura dan AS, telah menjadi penanda aras industri dalam pengilangan peralatan moden sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Perniagaan jentera angkat pembinaan Zoomlion berkembang daripada sebuah syarikat jentera kecil-kecilan di Bandar Raya Changde menjadi sebuah perusahaan berbilang sektor dengan skala 10 bilion hanya dalam tempoh 14 tahun dan kini merupakan pengeluar kren menara yang terbesar di seluruh dunia. Zoomlion kini berada di kedudukan yang lebih baik berbanding sebelumnya untuk membuat sumbangan yang lebih besar terhadap pembangunan industri dan memberi nilai lebih besar kepada rakan kongsi dan pelanggan kami," kata Zhan Chunxin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion.

Sejak tahun 2009, Zoomlion telah memegang bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran kren menara global. Pada Januari 2019, fasa I kilang kren menara pintar Zoomlion telah membawa skala dan kualiti pengeluaran ke tahap baharu. Satu siri teknologi canggih dan produk pintar turut meningkatkan kelebihan daya saing syarikat, lalu meluaskan lagi operasi pasaran.

Pada 25 Disember, Zoomlion meraikan permulaan fasa II kilang kren menara pintar. Dengan jumlah pelaburan sebanyak 950 juta yuan (USD 135.86 juta), Zoomlion akan memperkenalkan 16 talian pengeluaran baharu, 150 unit pembinaan robot dan 10,000 sensor data bagi meningkatkan kemampanan dan merangsang pengeluaran. Pengenalan kepada sistem maklumat baharu dalam fasa II – MES, WMS, APS, penjadualan AI, QM dan TMS – akan turut mendayakan pengurusan pengeluaran pintar yang berangkaian dan proses membuat keputusan yang pintar.

Kilang baharu tersebut bakal menjadi kilang kren menara yang terbesar di dunia. Talian pengeluaran semasa mengeluarkan terutamanya kren menara bersaiz besar dan sederhana. Penambahan fasa II kepada kilang tersebut akan membolehkan pengeluaran jentera berat tan super, kren menara berskala kecil dan lif pembinaan serta akan mendayakan pengilangan pintar yang lengkap dalam seluruh kemudahan tersebut.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (1157.HK) ialah perusahaan pengilangan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200103/2681774-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machinery Mining/Metals Transportation