omniture

Resonance Consultancy umum senarai kedudukan prestasi bandar paling komprehensif di dunia

Resonance Consultancy Ltd.
2020-01-09 02:20 98

BANDAR-BANDAR TERBAIK DUNIA BAGI TAHUN 2020 DIUMUM 

NEW YORK, 8 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Resonance Consultancy hari ini mengumumkan 100 bandar berprestasi terbaik di dunia dalam Laporan Bandar-bandar Terbaik Dunia tahunan mereka.

Resonance Consultancy's new 2020 World's Best Cities Report is lauded as the planet’s most thorough city ranking, based on original methodology that analyzes key statistics as well as user-generated reviews and online activity in channels such as Google, Facebook and Instagram. Download the full report at ResonanceCo.com/Reports and check out individual city profiles at BestCities.org.
Resonance Consultancy's new 2020 World's Best Cities Report is lauded as the planet’s most thorough city ranking, based on original methodology that analyzes key statistics as well as user-generated reviews and online activity in channels such as Google, Facebook and Instagram. Download the full report at ResonanceCo.com/Reports and check out individual city profiles at BestCities.org.

Senarai kedudukan Bandar-bandar Terbaik Resonance mengukur dan menanda aras kualiti relatif tempat, reputasi dan identiti kompetitif untuk bandar-bandar utama di dunia dengan populasi metropolitan sebanyak satu juta atau lebih. Ia mendapat pujian sebagai senarai kedudukan bandar yang paling lengkap di dunia, berdasarkan metodologi asal yang menganalisis statistik utama selain ulasan yang dihasilkan oleh pengguna dan aktiviti dalam talian menerusi saluran seperti Google, Facebook dan Instagram.

"Senarai Kedudukan Bandar-bandar Terbaik Dunia terdiri daripada faktor-faktor pengalaman yang dianggap paling penting oleh orang ramai bagi memilih bandar untuk didiami dan dikunjungi serta faktor-faktor empirikal yang dianggap penting oleh pembuat keputusan perniagaan bagi tujuan perniagaan atau pelaburan," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Resonance Consultancy Chris Fair.

Hasilnya, senarai kedudukan Bandar-bandar Terbaik Resonance bukan sahaja mengambil kira bandar-bandar sebagai tempat untuk didiami, bekerja atau dikunjungi—mereka mengambil pendekatan yang lebih holistik menggunakan pelbagai jenis faktor yang menunjukkan korelasi positif dengan menarik peluang pekerjaan, pelaburan dan/atau pengunjung—bermula dengan jumlah pengalaman kulinari, muzium serta tempat menarik dan mercu tanda yang ditawarkan oleh setiap bandar, kepada bilangan perbadanan Global 500, sambungan penerbangan terus dan sebutan yang diperoleh oleh setiap bandar dalam Instagram.

Berdasarkan prestasi setiap bandar melalui 22 faktor yang dianalisis, berikut merupakan Bandar-bandar Terbaik Dunia bagi tahun 2020:

1) London, England
2) Bandar Raya New York, AS
3) Paris, Perancis
4) Tokyo, Jepun
5) Moscow, Rusia
6) Dubai, Emiriah Arab Bersatu
7) Singapura, Republik Singapura
8) Barcelona, Sepanyol
9) Los Angeles, AS
10) Rome, Itali

Senarai kedudukan penuh bagi 100 bandar terbaik disediakan di ResonanceCo.com/Reports.

LATAR BELAKANG RESONANCE CONSULTANCY 

Sebagai penasihat yang terkemuka bagi hartanah, pelancongan dan pembangunan ekonomi, Resonance menggabungkan strategi perniagaan dan kreativiti pemasaran untuk membentuk masa depan masyarakat, bandar dan negara. Perkhidmatan kami mencakupi strategi pembangunan tempat, pemasaran tempat, pewujudan tempat dan penjenamaan tempat. Pasukan kami telah menyiapkan lebih daripada 100 projek destinasi dan pembangunan dalam lebih 70 buah negara. Kami bekerjasama dengan pemaju, perancang, arkitek, DMO dan agensi pembangunan ekonomi bagi mewujudkan tempat yang meriah dan makmur.

Sila kunjungi ResonanceCo.com untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut: Untuk kisah dan wawancara, sila hubungi: Rachel Thexton, Thexton PR, +1-604-729-1448, Rachel@thextonpr.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1062405/Resonance_Consultancy_Ltd__Resonance_Consultancy_announces_the_p.jpg

 

Source: Resonance Consultancy Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics