omniture

Quectel Lancar Modul-modul LTE Cat 1 "Semua-dalam-satu" di CES 2020

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2020-01-09 10:57 266

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul selular dan GNSS, melancarkan dua modul LTE Cat 1 berbilang mod "semua-dalam-satu" EG21-G dan variasi Mini PCIe di CES 2020 hari ini. Kedua-dua modul menyokong akses radio 4G, 3G dan 2G global sehingga 30 jalur dengan SKU tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan penerimaan IoT global dengan ketara dan juga mengurangkan kos.

Berasaskan modem MDM9x07 Qualcomm, kedua-dua modul Cat 1 mematuhi spesifikasi 3GPP Rel. 11 dan memberi kadar data maksimum dengan paut turun 10Mbps dan paut naik 5Mbps. Kedua-duanya amat sesuai untuk mempelbagaikan aplikasi IoT, yang memerlukan kadar data sederhana dan sambungan yang stabil, seperti pemeteran pintar, peranti boleh pakai, pemantauan persekitaran, keselamatan dan sistem penggera. EG21-G dan EG21 Mini PCIe mengintegrasikan penerima GNSS berbilang konstelasi pilihan (GPS, GLONASS, BeiDou/Compass, Galileo dan QZSS) bagi menyediakan penentududukan yang lebih cepat dan lebih tepat bagi tujuan pengesanan aset dan aplikasi pengurusan kumpulan.

"Kami gembira untuk memperkenalkan siri modul EG21-G baharu kepada pelanggan global, satu penambahan penting kepada rangkaian modul standard LTE kami yang laris terjual. Ciri 'semua-dalam-satu' modul-modul tersebut membolehkan pelanggan menggunakan peranti IoT mereka di seluruh dunia dengan reka bentuk perkakasan tunggal. Ini akan memudahkan reka bentuk dan pengujian dengan ketara serta menjimatkan kos pengedaran buat rakan-rakan kongsi yang ingin memanfaatkan perniagaan global," kata Delbert Sun, Naib Pengurus Besar Quectel.

Siri EG21-G dan EG21-G Mini PCIe telah memperoleh pensijilan pembawa, pengawalseliaan dan kepatuhan bertaraf global daripada Deutsche Telekom, GCF, CE, FCC, IC, Anatel, IFETEL, NCC, JATE, TELEC dan RCM.

Kedua-dua modul akan dipamerkan semasa CES 2020 di reruai No. 2601 Quectel.

Teks penuh disediakan di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/616.htm

Latar Belakang Quectel 

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS) ialah pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi tanpa wayar yang paling terkini iaitu 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular yang profesional, Quectel berupaya untuk menyediakan perkhidmatan sehenti kepada modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, gerbang tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang, LinkedInFacebook dan Twitter Quectel.

Perhubungan Media: 
Ashley Liu
media@quectel.com  

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news