omniture

Upacara penganugerahan Asia's 50 Best Bars bakal diadakan di Singapura pada 14 Mei 2020

Edisi kelima senarai tahunan ini akan diumumkan di Capitol Theatre dalam sebuah upacara yang akan menampilkan tokoh-tokoh berpengaruh industri bar benua ini
Asia's 50 Best Bars
2020-01-10 10:00 441

SINGAPURA, 10 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pada 14 Mei, Singapura akan mengalu-alukan tokoh-tokoh termasyhur dalam bidang koktel dan peminum-peminum yang arif dari seluruh rantau tersebut, apabila bandar raya berkenaan menjadi tuan rumah Asia's 50 Best Bars, ditaja oleh Perrier, buat tahun ketiga berturut-turut.

Singapura telah menjadi tuan rumah upacara penganugerahan sulung untuk Asia's 50 Best Bars pada tahun 2018, yang melambangkan permulaan perkongsian selama tiga tahun antara organisasi 50 Best dan Lembaga Pelancongan Singapura. Hubungan ini akan diteruskan ke 2021, di mana upacara The World's 50 Best Bar akan dianjurkan di Singapura.

Asia's 50 Best Bars 2020 juga menandakan acara pertama yang akan menyaksikan Perrier menjadi rakan kongsi utama buat Asia's 50 Best Bars dan The World's 50 Best Bars, sebagai sebahagian daripada hubungan yang akan menyaksikan logo jenama tersebut dibariskan dengan 50 Best.

Pada tahun 2019, sambutan Asia's 50 Best Bars menarik kehadiran daripada lebih 600 VIP industri, rakan media dan penggemar koktel dari seluruh benua tersebut. Tahun ini, sambutan 50 Best akan dimulakan dengan pengenalan secara berperingkat-peringkat siri kepimpinan-pemikiran #50BestTalks dan Bartenders' Feast di hotel The Capitol Kempinski pada 13 Mei.

Sambutan ini akan diikuti dengan upacara penganugerahan di Capitol Theatre pada 14 Mei dan parti selepas majlis rasmi di Cé La Vi SkyBar Singapore di bahagian atas Marina Bay Sands. '50 Minutes with 50 Best', satu siri kelas master koktel eksklusif bersama beberapa bakat terbesar daripada rangkaian 50 Best Bars, akan diadakan di Festival Koktel Singapura, Festival Village mulai 15-17 Mei.

Selain daripada kedudukan tahunan, anugerah-anugerah lain yang menjadi rebutan termasuk Michter's Art of Hospitality Award, The One To Watch, The Bartenders' Bartender dan Industry Icon Award.

Bar-bar dan para peminat koktel dari seluruh dunia dijemput untuk menyertai kiraan detik secara langsung senarai Asia's 50 Best Bars 2020, yang ditaja oleh Perrier, pada sebelah malam 14 Mei bermula jam 8:45 malam waktu tempatan. Upacara penganugerahan ini akan disiarkan melalui strim langsung di halaman Facebook The World's 50 Best Bars.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191226/2679440-1LOGO?lang=0 

Source: Asia's 50 Best Bars
Keywords: Beer, Wine & Spirits Food/Beverages Restaurants Retail Awards