omniture

Xinhua Silk Road: Haier aktif ambil bahagian dalam usaha kebajikan awam seluruh dunia

Xinhua Silk Road Information Service
2020-01-15 03:05 330

BEIJING, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi perkakas rumah Cina Haier telah lama komited untuk mengamalkan tanggungjawab sosial korporat dan meneruskan usaha kebajikan awam.

Foto diambil pada 5 Julai 2019 yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempauan menari di majlis sumbangan Haier di sebuah rumah kebajikan Filipina.
Foto diambil pada 5 Julai 2019 yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempauan menari di majlis sumbangan Haier di sebuah rumah kebajikan Filipina.

Tahun lalu, syarikat ini memulakan aktiviti kebajikan awam seluruh dunia, yang bertajuk "Temui Haier Global, Nikmati Kehidupan Pintar: Syot Kilat Haier", dengan tujuan untuk membawa kehidupan yang sihat kepada pengguna global dengan kekuatan dan kemesraan.

AQUA, jenama global Haier yang telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia pada tahun 2015, mengikuti falsafah Haier dan menganggapnya amat penting kepada usaha kebajikan awam. Tahun lalu, ia memberi respons positif kepada aktiviti "Syot Kilat Haier", menghantar TV, peti sejuk, mesin basuh, alat tulis dan buku kepada kanak-kanak di rumah anak yatim tempatan untuk menyampaikan aspek penjagaan dan kemesraan kepada mereka.

Di Filipina, Haier juga aktif mengambil bahagian dalam usaha kebajikan awam. Tahun lalu, syarikat ini menyumbang sekumpulan perkakas rumah yang amat diperlukan serta bahan bantu mengajar kepada rumah kebajikan tempatan.

Syarikat ini mempunyai pendekatan setempat bagi memenuhi permintaan pengguna global dengan produk-produk tersuai.

Haier telah memperoleh kedudukan yang kukuh di Thailand. Rahsia kepada kejayaan Haier di Thailand ialah pemasaran setempat, berkomunikasi dengan aktif bersama pengguna, menganalisis trend pasaran dan mencipta produk-produk yang berbeza. Syarikat ini terus mengenal pasti keperluan pengguna dalam usaha untuk membangunkan produk-produk tersuai kepada pengguna Thailand.

Di Rusia, Haier melancarkan kilang perkakas dobi pada tahun lalu, yang merupakan kilang pembuatan pintar binaan Cina yang pertama berasaskan platform COSMOPlat di Eropah. Syarikat ini mengambil bakat-bakat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan, pekerja kilang dan kakitangan jualan dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik terhadap pasaran tempatan dan mewujudkan kelebihan daya saing. Pada ketika ini, kilang ini telah mencipta lebih 800 peluang pekerjaan terus untuk pasaran tempatan dan memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/310485.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2690246-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility