omniture

Temui Pasaran 'Teknologi Pendidikan India' - Program 5-hari di Ibu Kota | 2-6 Mac 2020

Edtechreview Media Pvt Ltd
2020-01-24 19:40 96

NEW DELHI, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- EdTechReview dengan sokongan daripada penggiat-penggiat pendidikan/EdTech (Teknologi Pendidikan) utama di India menganjurkan Jelajah Penemuan Pasaran Teknologi Pendidikan (Ed Tech) India yang dirancang pada 2-6 Mac 2020 di Gurugram (Delhi-NCR), India.

Jelajah Penemuan Pasaran EdTech India ialah program intensif selama lima hari, menghimpunkan pemimpin-pemimpin pendidikan dari seluruh dunia untuk memperoleh pemahaman yang mendalam tentang pasaran pendidikan India yang dinamik dan mengenal pasti peluang perniagaan.

Program ini melibatkan penerokaan dalam sektor pendidikan India melalui Lawatan Syarikat & Pembentangan Pemimpin (2-4 Mac) dan menghadiri perhimpunan teknologi pendidikan (edtech) yang terbesar di India – EdTechReview 2020 (5-6 Mac) yang melibatkan Persidangan, Ekspo, Perkongsian Idea & Anugerah yang menjangkakan lebih 1000 pemegang kepentingan EdTech termasuk penyertaan antarabangsa dari lebih 10 buah negara.

Peneraju industri Amazon Web Services (AWS), melalui program EdStart AWS, menyokong EdTechReview 2020 - Persidangan, Ekspo, Perkongsian Idea & Anugerah sebagai penaja Berlian.

EdTechReview turut berbesar hati untuk mengumumkan peneraju teknologi pendidikan (edtech) Extramarks sebagai penaja Platinum.
Syarikat-syarikat EdTech terkemuka yang lain akan mengambil bahagian menerusi cara-cara berikut: Coursera sebagai rakan kongsi Pembelajaran Dalam Talian, Brainly sebagai Rakan Kongsi Pendidikan Dalam Talian, Cuemath sebagai rakan kongsi Pembelajaran Matematik, Harappa Education sebagai rakan kongsi Kemahiran, VIDU.TECH sebagai rakan kongsi Kelas Langsung, Altairika sebagai rakan kongsi Pendidikan VR, LEAD School sebagai Rakan Kongsi Perak, KLAY Schools sebagai rakan kongsi Prasekolah dan UIncept sebagai rakan kongsi Pemecutan Syarikat Baharu.

"Kami di EdTechReview menyedari bahawa pasaran pendidikan/EdTech India masih merupakan pasaran yang rumit buat banyak syarikat asing, pengasas dan pelabur mereka; atas sebab inilah kami melaksanakan usaha ini," kata Utkarsh Lokesh, Ketua Pegawai Eksekutif & Editor, EdTechReview.

Penggiat-penggiat utama dan syarikat-syarikat yang mengalami pertumbuhan di India daripada PreK-12, pengajian tinggi, latihan korporat, penilaian, persediaan ujian, penggunaan kemahiran dan pembelajaran bahasa menyertai program ini sebagai pembentang/penceramah pakar atau mengadakan kohort di ibu pejabat mereka.

Sekiranya anda berminat untuk belajar tentang pasaran pendidikan India, bertemu pemegang kepentingan atau mencari rakan kongsi, anda hanya perlu mengisi borang ini atau hantarkan emel kepada events@edtechreview.in bagi meminta agenda program, yuran, organisasi yang mengambil bahagian dan sebagainya.

Beberapa penceramahnya ialah:

  • Ashish Rajpal, Pengasas, XSEED Education
  • Zishaan Hayath, Ketua Pegawai Eksekutif, Toppr
  • Vamsi Krishna, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Vedantu
  • Aditya Malik, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Talentedge
  • Mohan Lakhamraju, Ketua Pegawai Eksekutif, Great Learning
  • Phalgun Kompalli, Pengasas Bersama, UpGrad
  • Manish Gupta, Pengerusi, JIMS & Pengasas, UIncept
  • Anuj Tiwari, Ketua Pegawai Eksekutif, Aakash Digital
  • Praveen Tyagi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, EduIsFun (STEPapp)
  • Srini Raghavan, Ketua Pegawai Eksekutif, Educational Initiatives
  • Manan Khurma, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cuemath
  • Vineet Gupta, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan, Jamboree Education
  • Aditya V. Berlia, Pengasas Bersama & Pro-Canselor, Apeejay Stya University
  • Pranjal Kumar, Ketua Dana Pendidikan & Ketua Pegawai Kewangan, Bertelsmann India Investments

Berikut merupakan senarai penuh penceramah yang telah disahkan.

Hubungan Media

Divya Prakash
Pengarah, EdTechReview
events@edtechreview.in
+91-7011894034

Source: Edtechreview Media Pvt Ltd
Keywords: Education Higher Education Trade show news