omniture

Zyro Melangkah Lebih Hampir Ubah Cara Laman Sesawang Dihasilkan

Zyro
2020-01-28 14:24 144

28 Januari menandakan tarikh penting untuk Zyro, sebuah syarikat baharu Lithuania, yang melancarkan pembina laman sesawang generasi seterusnya. Ia bermatlamat untuk memudahkan pelancaran mana-mana perniagaan secara dalam talian secara radikal.

VILNIUS, Lithuania, 28 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pembina laman sesawang bukanlah suatu idea baharu, namun Zyro mempunyai pandangan yang benar-benar berbeza terhadapnya.

Pembina laman sesawang sedia ada hanya menyediakan alatan, bukan hasil sebenar. Akhirnya, pengguna bergantung pada agensi-agensi atau pereka-pereka dan penulis-penulis bebas untuk membantu laman sesawang tersebut terhasil menjadi rupa akhir.

Ini menambah kerumitan, masa dan kos tambahan. Pasukan Zyro memahaminya melalui jalan yang sukar – dengan bekerjasama bersama pembina tersedia di agensi-agensi reka bentuk, penyedia-penyedia pengehosan dan syarikat-syarikat baharu SaaS.

Syarikat ini menyasarkan untuk merevolusikan penciptaan laman sesawang dengan memberi lebih banyak masa kepada orang ramai untuk menjalankan perniagaan sebenar mereka. Ciri-ciri berkuasa AI daripada Zyro membantu kesemua kerja teknikal, seperti menulis salinan web tanpa kesilapan atau menghasilkan laman sesawang yang benar-benar dapat membuat jualan.

Zyro  bermula dengan dua ciri rintis iaitu AI Writer dan AI Heatmap.

"Pembina web yang paling popular pada hari ini akan menjadi ketinggalan zaman dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zyro.com.

"Pembelajaran mesin merevolusikan seluruh idea pelancaran laman sesawang dan Zyro.com menerajui pencapaian penting ini. Ia merupakan pembina laman sesawang pertama yang akan menyertakan penjana teks berkuasa AI. Kami juga sedang mengusahakan ciri-ciri AI menarik yang lain yang akan menjadikan pembinaan laman sesawang lebih pantas dan lebih mudah buat pengguna kami."

AI Writer  membantu sesiapa sahaja, tanpa mengira kemahiran menulis mereka, untuk menghasilkan teks yang kelihatan profesional. Ia akan menghasilkan salinan unik mengenai topik-topik tertentu secara langsung dalam templat rekaan web. Pengguna kemudiannya akan dapat menyunting dan menyesuaikan teks dan akan memperoleh laman sesawang yang sedia diterbitkan dalam beberapa minit.

AI Heatmap  memberi maklumat tentang apa yang akan ditumpukan oleh pengunjung laman sesawang sebelum mereka benar-benar berkunjung. Maka, PKS boleh membuat keputusan yang lebih baik sebelum membelanjakan wang yang amat diperlukan pada pemerolehan pengguna.

Syarikat ini memberi tumpuan untuk mengoptimumkan setiap satu langkah dalam penciptaan laman sesawang. Atas sebab inilah ia turut melancarkan alatan grid intuitif yang membolehkan pengguna untuk mencuba sebanyak mana yang mereka suka dan masih kelihatan hebat dengan unsur-unsur reka bentuk yang konsisten dan seimbang.

Pembina laman sesawang Zyro.com juga mempunyai pelbagai jenis ciri termasuk antara muka yang mudah digunakan, templat buatan khas, sokongan pelanggan 24/7 dan masa pemuatan dan penerbitan laman sesawang yang amat pantas.

Zyro kini mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membawa perniagaan mereka ke dalam talian dengan mudah.

Pakej media boleh ditemui di sini.

Hubungi:
Gytis Labasauskas 
gytis@zyro.com 
+37061590152

 

Source: Zyro
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media New products/services