omniture

DANA E-Wallet kini tersedia sebagai kaedah bayaran untuk App Store dan khidmat Apple lain di Indonesia

Dana Indonesia
2020-01-29 12:43 444

JAKARTA, Indonesia, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Bermula hari ini, DANA E-Wallet kini disediakan sebagai kaedah bayaran untuk perkhidmatan Apple di Indonesia. Pelanggan boleh menggunakan akaun DANA E-Wallet mereka untuk membayar App Store, Apple Music, aplikasi Apple TV dan pembelian iTunes Store, storan iCloud dan banyak lagi.

Vincent Iswara, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama DANA berkata, "Kami berasa gembira kerana kini pelanggan dapat menggunakan DANA sebagai kaedah bayaran untuk App Store dan Apple Services. DANA ialah salah satu perkhidmatan dompet digital yang utama di negara ini dan pelanggan dapat menikmati kemudahan penggunaan, kebolehcapaian dan keandalan perkhidmatan ini yang dibangunkan oleh Indonesia, untuk Indonesia."

Penambahan DANA E-Wallet sebagai kaedah bayaran Apple ID menawarkan cara baharu untuk membayar perkhidmatan Apple tanpa memerlukan kad kredit dan masih membolehkan pembelian dibuat dengan mudah pada satu ketik daripada semua peranti Apple. DANA E-Wallet tidak berkongsi maklumat bank anda dengan Apple, menjadikannya mudah dan bersifat peribadi. Bagi DANA, ciri keselamatan dan pengalaman pengguna adalah paling penting.

Pelanggan boleh mengurus maklumat pembayaran Apple ID mereka dalam Tetapan pada iPhone, iPad dan iPod touch, atau pada Mac atau PC mereka. DANA memastikan agar pengguna berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan kisah yang sama: dompet digital yang dipercayai, bersifat intuitif apabila digunakan, boleh diakses bila-bila masa dan disediakan merentas pelbagai jenis platform.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menambah DANA E-Wallet sebagai kaedah bayaran, sila kunjungi https://support.apple.com/en-us/HT201266.

Pelancaran ini merupakan satu lagi pencapaian penting buat DANA tatkala ia terus membina infrastruktur yang kukuh dan inklusif bagi menampung transaksi digital di Indonesia.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200128/2702969-1LOGO?lang=0

Source: Dana Indonesia
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Financial Technology