omniture

Penghakiman Persetujuan Direkodkan Bagi Kes Membabitkan Salah Laku Anak Syarikat Q & M Dental Di Johor Bahru

Q & M memaklumkan keputusan terbaharu berhubung tindakan tidak wajar dalam operasi perniagaan syarikat pergigian
Q & M Dental Group (Singapore) Limited
2020-01-30 09:27 253

JOHOR BAHRU, Malaysia, 30 Januari, 2020 /PRNewswire/ -- Penyelesaian secara keseluruhan dan muktamad berhubung tuntutan antara Q & M Dental Group (Singapore) Limited, Q&M Dental Group (Malaysia) Sdn Bhd, Q&M Dental Surgery (Molek) Sdn Bhd & Q&M Dental Surgery (Austin) Sdn Bhd ("Syarikat Q & M") dan Dr Hong An Liang & Mdm Chong Lee Lee telah dicapai melalui Penghakiman Persetujuanbertarikh 10 September 2019 ("Penghakiman Persetujuan") yang direkodkan oleh Mahkamah Tinggi JB.

Berdasarkan terma daripada Penghakiman Persetujuan tersebut, Dr Hong dan Mdm Chong telah bersetuju untuk membayar Syarikat Q & M sejumlah RM3,500,000.00 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi semua tuntutan tanpa melibatkan asas liabiliti.

Selain itu, Dr Hong and Mdm Chong telah bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Syarikat Q&M dan disiarkan di salah satu akhbar di Malaysia dan juga di Singapura.

Dr Hong juga akan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah bagi Q & M Dental Surgery (Molek) Sdn Bhd dan Q & M Dental Surgery (Austin) Sdn Bhd. Kedua-dua mereka, Dr Hong and Mdm Chong juga bersetuju untuk mengundur diri daripada Q & M Dental Surgery (Molek) Sdn Bhd & Q & M Dental Surgery (Austin) Sdn Bhd melalui pemindahan pegangan saham bersama sebanyak 30% di dalam setiap syarikat berkenaan pada harga RM2. Dr Hong juga dilarang daripada membangunkan dan/atau mengoperasikan klinik pergigian di dalam jarak di antara 2.5 km daripada klinik pergigian Syarikat Q & M di Johor Bahru, iaitu Q& M Molek and Q & M Bukit Indah untuk tempoh selama dua tahun bermula 10 September 2019.

Pihak-pihak tersebut telah bersetuju untuk menyelesaikan semua tuntutan tertunggak dan tuntutan balas; dan menarik balik rayuan, laporan dan aduan yang dikemukakan dalam isu ini dan berkaitan dengan tindakan terhadap satu sama lain, kecuali bagi tiga perkara berkaitan rayuan yang mana dua daripadanya telah dihakimi.

Source: Q & M Dental Group (Singapore) Limited
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Legal issues Legal Services