LIDKÖPING, Sweden, 5 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Handheld Group, pengeluar yang terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan Algiz RT8 baharu — tablet Android 8-inci ultra tahan lasak yang menjadikan kerja lapangan lebih pantas dan lebih cekap.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8684351-handheld-launches-algiz-rt8/
Tablet ultra tahan lasak Algiz RT8 baharu bersiap sedia untuk apa jua yang diberikan oleh persekitaran luar — suhu melampau, getaran, jatuh, air dan debu. Beroperasi dengan Android 9.0 tablet 8-inci unik ini membolehkan kerja yang lebih pantas dan lebih cekap dilakukan di lapangan.
Tablet Algiz RT8 ultra tahan lasak menawarkan:
"Algiz RT8 adalah luar biasa ringan dan kompak untuk sebuah tablet ultra tahan lasak," kata Johan Hed, Pengarah Pengurusan Produk di Handheld Group. "Ia mempunyai skrin 8-inci yang teguh dan boleh dibaca di bawah sinaran matahari. Ciri ini, digandingkan dengan faedah-faedah daripada Android 9 dan barisan aksesori bertumpu perusahaan, menjadikan Algiz RT8 sebagai alat yang amat versatil untuk pekerja-pekerja lapangan."
"Kami melihat permintaan terhadap tablet dan phablet Android meningkat secara konsisten," kata Thomas Löfblad, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Kami memberi tumpuan untuk membangunkan produk-produk yang memenuhi keperluan sukar yang dihadapi oleh pelanggan kami dalam persekitaran kerja sebenar mereka. Algiz RT8 baharu dibina tahan lasak luar dan dalam, yang sudah menjadi jangkaan pelanggan kami."
Algiz RT8 didatangkan dengan perisian pengurusan peranti mudah alih (MDM) percuma daripada Handheld. Suit perisian MaxGo menyediakan aplikasi tetapan sejagat pantas kepada pelbagai peranti dan membolehkan akses aplikasi tersuai. Selain itu, pelbagai jenis aksesori Handheld yang dibina khusus untuk Algiz RT8 memperluaskan keserbabolehan tablet ini.
Pautan bermanfaat
Apakah komputer yang benar-benar tahan lasak?
Ketahui lebih lanjut tentang Handheld
Latar Belakang Handheld
Handheld Group ialah pengeluar dan pembekal global bagi komputer mudah alih, peranti pegang dan tablet yang tahan lasak. Handheld dan rakan-rakan kongsinya di seluruh dunia menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada perniagaan-perniagaan dalam industri-industri geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group, beribu pejabat di Sweden, mempunyai subsidiari-subsidiari di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di www.handheldgroup.com.
https://twitter.com/HandheldGroup
https://www.linkedin.com/company/handheld/
https://www.youtube.com/user/handheldeurope
Video: https://youtu.be/I4pNlTk6iQk