omniture

UAE Perkenal "Konsortium untuk Afrika" USD 500 Juta: Pelaburan dan Pembangunan untuk Afrika Baharu "Diperkasa" Dipacu oleh Belia

Expo 2020 Dubai
2020-02-12 02:52 96

- "Konsortium untuk Afrika" akan menggabungkan cita-cita dan sumber bagi menyokong kemajuan

- Pelaburan USD 500 juta untuk memberi tumpuan pada belia dan pendigitan

- Kesatuan Afrika mendengar sejauh mana Konsortium mendemonstrasikan komitmen berterusan UAE terhadap benua tersebut

ADDIS ABABA, Etiopia, 11 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Konsortium untuk Africa UAE, satu inisiatif baharu dengan komitmen pelaburan sebanyak USD 500 juta untuk membantu memenuhi visi untuk Afrika baharu yang "diperkasa" dan terhubung, dipacu oleh golongan belianya, telahpun diperkenalkan di Kesatuan Afrika (AU).  

Statistics show the potential impact of the fund
Statistics show the potential impact of the fund

 

Menteri Kerjasama Antarabangsa UAE dan Ketua Pengarah Expo 2020 Dubai, Puan Yang Terutama Reem Al Hashimy, memaklumkan anggota-anggota bahawa Konsortium tersebut akan menjadi pembina modal insan jangka panjang di benua tersebut dengan dua keutamaan segera: pendigitan dan belia.

Beliau berkata bahawa Konsortium tersebut akan menyelaraskan komitmen kerajaan UAE dan sektor swastanya terhadap Afrika, menggabungkan cita-cita demi kemajuan dan sumber bagi menyokongnya, kepada satu entiti tertumpu bagi membantu pembangunan dan pelaburan, lalu menyumbang kepada visi masa depan baharu yang optimistik buat Afrika dan bersama warga Afrika.

Puan Yang Terutama Reem Al Hashimy menjelaskan: "Lebih daripada sekadar menjadi penderma atau penyedia pinjaman konsesi, UAE memahami bahawa nilai sebenar terletak pada pembinaan modal insan dalam tempoh jangka panjang. Selain itu, kami komited untuk membantu menyediakan kelengkapan yang melaluinya syarikat-syarikat baharu dapat berkembang maju, usahawan dapat memimpin dan golongan muda dapat melihat ke hadapan dengan yakin menuju masa depan yang teguh dalam kawalan mereka."

Tumpuan pada pendigitan dan belia akan memastikan agar "penduduk kami yang muda dan berbakat tidak ditenggelami sebaliknya menerima peluang-peluang masa depan," tambah Puan Yang Terutama.

"Kami telah mendengar dengan teliti apa yang anda maklumkan kepada kami, sebagai sebuah benua yang diwakili oleh Kesatuan Afrika dan sebagai negara-negara yang membentuk negara-negara anggotanya. Kami juga telah mendengar seruan anda terhadap UAE: untuk mengambil manfaat daripada pengajaran yang diperoleh melalui pembangunan kami sendiri dan untuk menyasarkan pelaburan UAE ke dalam ekonomi digital Afrika," sambung Puan Yang Terutama.

UAE telah menjadi rakan kongsi yang aktif di benua ini sepanjang sejarahnya selama 49 tahun, melabur berbilion-bilion sepanjang tempoh berkenaan dan pada tahun 2016 menjadi negara pelabur kedua terbesar di Afrika, dengan sokongan untuk pelbagai jenis projek termasuk jalan raya, jambatan dan pelabuhan, sekolah, klinik serta hospital.

Konsortium untuk Afrika akan memastikan sokongan yang lebih bersepadu, adaptif dan berkesan pada masa depan, kata Puan Yang Terutama, yang merupakan Menteri UAE pertama yang memberi sepatah dua kata kepada AU menerusi ucapan kepada Majlis Eksekutifnya di ibu pejabatnya.

Puan Yang Terutama turut mengumumkan penyertaan pertama Kesatuan Afrika di Ekspo Dunia, memaparkan kekayaan sejarah dan banyak pencapaian benua tersebut dalam astakanya sendiri. Buat julung kalinya dalam sejarah 169 tahun Ekspo Dunia, setiap negara yang mengambil bahagian – sebanyak 192 buah negara yang memecah rekod – akan diwakili dengan astaka individu miliknya sendiri di Pameran Terbesar Dunia mengenai kecemerlangan dan pencapaian manusia.

Kira-kira 25 juta kunjungan dijangkakan di Ekspo Dunia pertama di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA). Terletak di Daerah Peluang (Opportunity District) Expo 2020, Astaka Kesatuan Afrika (African Union Pavilion) akan meninjau ucapan-ucapan oleh pemimpin-pemimpin hebat Afrika, menggambarkan betapa banyaknya yang telah dicapai oleh institusi berkenaan sejak penubuhannya sebagai Pertubuhan Perpaduan Afrika pada tahun 1963. 

Berjuta-juta pengunjung akan melangkah masuk ke ruang tanpa sempadan yang berwarna warni, di mana mereka akan menemui potensi besar dan optimisme Afrika untuk masa depan, diperlihatkan dalam aspirasi Agenda 2063 yang menumpukan perhatian pada pertanian, pengangkutan, sains dan teknologi serta kesihatan.

Selama enam bulan dari 20 Oktober 2020 hingga 10 April 2021, UAE akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat golongan intelek yang terbesar di dunia, mengalu-alukan pemikir kritis lagi kreatif ke platform hebat yang akan membentuk masa depan kita dan membawakan banyak peluang untuk diterokai oleh – dan di – negara-negara Afrika.

Infografik - https://mma.prnewswire.com/media/1088299/Expo_2020_Dubai_Consortium_for_Africa.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1088300/HE_Reem_al_Hashimy_AU_Summit.jpg 

 

Her Excellency Reem al Hashimy addresses the African Union Summit
Her Excellency Reem al Hashimy addresses the African Union Summit

 

Source: Expo 2020 Dubai
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Travel Accounting news, issues Environmental Issues Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)