omniture

Festival Habanos XXII Buka Tirai

HABANOS SA
2020-02-14 07:16 163

Havana bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Festival Habanos XXII, yang akan berlangsung mulai 24 hingga 28 Februari

Jenama-jenama yang akan menjadi tumpuan utama semasa Festival ialah: Bolívar, Montecristo dan Romeo y Julieta

La Casa del Habano akan menyambut ulang tahun ke-30 tahun ini

HAVANA, 13 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Havana menjadi tuan rumah Festival Habanos XXII, acara peringkat antarabangsa yang terbesar untuk peminat-peminat tembakau terbaik di dunia, Habanos, yang bakal diadakan mulai 24 hingga 28 Februari ini. Acara ini akan dihadiri oleh penggemar-penggemar produk unik ini dari serata dunia, dengan jenama-jenama Bolívar, Montecristo dan Romeo y Julieta menjadi tumpuan utama.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8692251-the-xxii-habanos-festival-opens/.

The XXI Habanos Festival Tribute Evening
The XXI Habanos Festival Tribute Evening

Para hadirin, dari lebih 60 buah negara, akan dapat menikmati program komprehensif yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk meneroka beberapa aspek budaya Habanos: lawatan ladang ke kawasan Partido*, San Antonio de los Baños*, di Artemisa dan lawatan ke kilang-kilang La Corona dan Partagás untuk mempelajari lebih lanjut tentang proses penghasilan Habanos dalam seluruh rantaian nilainya.

Pameran Perdagangan dan khususnya, Majlis Sambutan Malam, akan membuka tirai Festival Habanos XXII. Pameran Perdagangan ialah titik pertemuan dan penukaran untuk golongan profesional industri tembakau di seluruh dunia manakala Majlis Sambutan Malam, yang akan diadakan di Club Habana, akan memberi penghormatan kepada jenama Bolívar menerusi persembahan Bolívar Reserva Cosecha 2016

Program ini akan turut membawakan sesi-sesi praktikal dan ucapan-ucapan dasar yang dipimpin oleh pakar-pakar terkenal dalam dunia Habanos, bertemu bersama-sama di Seminar Antarabangsa, yang bakal dimulakan pada hari Rabu, 26 Februari. Edisi XXII bagi Festival Habanos akan menganjurkan, buat tahun ketiga berturut-turut, Cabaran Dunia Habanos.

Majlis Sebelah Malam yang dikhususkan untuk sambutan ulang tahun ke-30 La Casa del Habano dan ulang tahun ke-85 jenama Montecristo akan diadakan di Dewan Sambutan El Laguito pada hari Rabu, 26 Februari, dengan majlis makan malam untuk 550 orang tetamu disediakan untuk keseronokan peminat-peminat cerut premium yang paling berprestij di dunia.

Pada 28 Februari pula, Malam Gala yang dikhususkan untuk jenama Romeo y Julieta akan menjadi peringkat akhir Festival berkenaan. Malam ini, penuh dengan kejutan, akan melabuhkan tirai dengan Anugerah Habanos dan Lelong Humidors tradisional, yang mana semua hasil kutipan akan disalurkan kepada Sistem Kesihatan Awam Cuba.

*Apelasi Asal Terpelihara 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1089044/XXII_Habanos_Festival.jpg 

BCW: 

press.habanos@yr.com 

Izaskun Martínez Tel: +34-670-09-40-74
Carla Lladó Tel: +34-669-54-69-09

 

 

Source: HABANOS SA
Keywords: Art Entertainment Retail Tobacco Broadcast feed announcements New products/services MAT (Mature Audience)