omniture

Mystifly Umum Pelancaran Platform API Peruncitan & Beli Belah Syarikat Penerbangan Generasi Baharu

Mystifly
2020-02-14 15:46 146

SINGAPURA, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Mystifly, Pasaran Beli Belah dan Peruncitan Tambang Penerbangan Global yang terkemuka, mengumumkan pelancaran platform API peruncitan dan membeli belah syarikat penerbangan generasi baharu mereka 'Airline Shopping and Retailing Hub (ASR1.0)'. Dengan pengenalan ciri Tambang Berjenama & jualan produk sampingan sokongan, platform API ini ialah kedai sehenti untuk semua keperluan membeli belah syarikat penerbangan bagi perantara perjalanan. ASR1.0 menggabungkan peruncitan syarikat penerbangan Pembawa Berkos Rendah dan Perkhidmatan Penuh ke dalam platform API tunggal.

Selama bertahun-tahun, penawaran oleh syarikat penerbangan dihadkan sekitar pendekatan jualan tempat duduk yang membawa kepada persaingan yang dipacu oleh harga dan mengkomoditikan penawaran oleh syarikat penerbangan serta menjadikan setiap tawaran oleh syarikat penerbangan tidak dapat dibezakan daripada produk saingan. Batasan oleh pendekatan bertumpu tempat duduk yang disebabkan oleh platform pengedaran perantara juga bermakna wakil penjual perjalanan dalam talian kekurangan kebolehan untuk menawarkan pelbagai pilihan tambang dengan perkhidmatan sampingan kepada pengembara mereka. Mystifly merapatkan jurang ini dengan Tambang Berjenama dalam platform Pengedaran dan Niaga Dagang Kandungan Syarikat Penerbangan mereka iaitu 'Airline Shopping and Retailing Hub (ASR)1.0'. Dengan ASR1.0, Mystifly juga membolehkan keupayaan NDC & OneOrder syarikat penerbangan menawarkan kandungan mereka dengan berkesan kepada wakil penjual perjalanan.

Penawaran daripada platform ini memberi manfaat kepada pengembara dengan lebih banyak pilihan jadual perjalanan, lebih banyak tambang yang dinaik taraf dan lebih banyak perkhidmatan penerbangan dengan kemudahan untuk membandingkan pilihan-pilihan pada satu tempat. Perantara perjalanan kini dapat membantu pengembara memperibadikan perjalanan mereka dengan menambah perkhidmatan sampingan lain ke dalam troli mereka yang dapat meningkatkan keuntungan serta mendorong kesetiaan jenama syarikat penerbangan. Lebih 20 buah syarikat penerbangan global yang besar menyertai revolusi peruncitan ini dan lebih banyak syarikat penerbangan yang akan turut serta.

"Sepanjang sedekad lamanya, Mystifly berkembang menjadi pemimpin pemikiran dalam industri peruncitan syarikat penerbangan. Menerusi peningkatan ini, kami ingin menangani batasan pengedaran semasa dalam industri ini dan menjamin pengalaman membeli belah yang telus. Kami percaya bahawa usaha-usaha yang diambil untuk meningkatkan penawaran Tambang Penerbangan kami akan memberi manfaat kepada rakan-rakan kongsi perjalanan kami untuk mencipta pengalaman yang lebih baik buat pengembara mereka dan mendorong kesetiaan jenama untuk syarikat-syarikat penerbangan yang berpandangan jauh," kata Rajeev Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Mystifly.

Latar Belakang Mystifly:  

Ditubuhkan pada tahun 2009, Mystifly ialah Pasaran Tambang Penerbangan Global B2B yang menawarkan keupayaan peruncitan tambang penerbangan & syarikat penerbangan daripada lebih 750 syarikat penerbangan IATA dan bukan IATA, termasuk lebih 180 LCC. Pasaran Hub Nilai Mystifly, yang menjadi teras kepada strategi masa depannya, menambah inisiatif peruncitan udara termasuk NDC, One Order dan NewGen ISS yang membawakan pengedaran, penunaian dan pembayaran kepada platform tunggal. Suit produk Mystifly memperkasa lebih 2,500 perantara perjalanan dalam talian global.

http://mystifly.com/ 
LinkedIn: /company/mystifly
Twitter: /MystiflyWorld

Hubungan Media: 
Nama: Jyothi P S (Pengurus – Pemasaran)
E: jyothi@mystifly.com 
T: + 91-80-67046000

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1030072/Mystifly_Logo.jpg

 

Source: Mystifly
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Passenger Aviation Retail Travel New products/services