omniture

Moët Hennessy: komitmen kami terhadap Tanah Hidup

Moët Hennessy SNC
2020-02-15 00:00 130

PARIS, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Semasa ucapan pembukaan forumnya mengenai Tanah Hidup, Moët Hennessy membuat komitmen rasmi terhadap vitikultur mampan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8692351-moet-hennessy-commitment-to-living-soils/

Philippe Schaus, Chief Executive President of Moët Hennessy
Philippe Schaus, Chief Executive President of Moët Hennessy

"Melalui Tanah hidup, Moët Hennessy berhasrat menyatukan komunitinya di seluruh dunia dan membangunkan sebuah program tanggungjawab sosial." Philippe Schaus

Kebimbangan yang semakin meningkat sekitar perubahan iklim mempengaruhi kita semua. Forum "Living Soils" ini bertujuan membawa perbualan ke hadapan dan memudah cara perbincangan dan akhirnya meningkatkan kesedaran tanpa pantang larang.  

"Sebotol wain mengandungi lebih falsafah daripada semua buku di dunia ini" - Louis Pasteur. Falsafah ini telah menjadi tunjang visi Moët Hennessy untuk kemajuan berterusan pada sisi insan, serta dari segi pengetahuan, kaedah dan teknologi. Perubahan iklim, pemeliharaan tanah, pemuliharaan air dan tenaga, serta kemampanan dalam rantaian bekalan semua diambil kira dalam perlindungan "Tanah Hidup". Pada majlis ini, Moët Hennessy membuat tiga pengumuman:  

  • Pada 2020, semua ladang anggurnya di Champagne akan bebas racun herba dan Bahagian akan memberi sokongan kepada rakan pengusaha wain bagi membantu mereka diperakui mampan. 
  • Moët Hennessy akan melabur sebanyak €20M pada pusat penyelidikan di Rantau Champagne ditumpukan kepada penyelidikan saintifik sekitar vitikultur mampan 
  • "Universiti Tanah Hidup" akan dibangunkan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik. Hasratnya adalah untuk memperkayakan perbahasan pada kemajuan ke arah masa depan lebih mampan untuk wain dan spirit dalam cara yang inklusif. 

Visi Moët Hennessy merentasi semua Maison adalah menerajui cara untuk generasi akan datang, supaya semua pekerja, pengguna dan pengusaha wain boleh terus menikmati dan menemui wain dan spiritnya dalam cara konsisten dan bersepadu yang menghormati alam semula jadi.

Mengenai Moët Hennessy

Moët Hennessy ialah bahagian wain dan minuman keras LVMH, kumpulan produk mewah terkemuka dunia.  Moët Hennessy, syarikat wain dan minuman keras mewah terbesar di dunia, merangkumi 

22 jenama berprestij yang dikenali di peringkat antarabangsa atas kekayaan tanah mereka, mutu produk mereka dan kepakaran yang mereka hasilkan:

Hennessy, Moët & Chandon, Veuve Clicquot, Dom Pérignon, Ruinart, Krug, Mercier, Belvedere, Glenmorangie, Ardbeg, Chandon, Newton, Terrazas de los Andes, Cloudy Bay, Cape Mentelle, Numanthia, Ao Yun, Volcan De Mi Tierra, Woodinville Whiskey Company, Clos19, Château du Galoupet & Château d'Esclans.

HUBUNGI: Chrystel Brossette, Communication & Press Relations Manager Moët Hennessy Corporate, cbrossette@moethennessy.com

Source: Moët Hennessy SNC
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Chemical Environmental Products & Services Retail Broadcast feed announcements Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues