omniture

Sarine Technologies Ltd Gunakan Penggredan 4C Automatik ikut Kehendak Tiffany & Co.

Sarine Technologies Ltd.
2020-02-18 15:18 1134

HOD HASHARON, Israel, 18 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi berlian Israel yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Singapura Sarine Technologies Ltd ("Sarine") (U77:SI), peneraju dunia bagi pembangunan, pembuatan, pemasaran dan penjualan produk-produk teknologi jitu bagi tujuan penilaian, perancangan, proses, pengukuran dan penggredan berlian serta batu permata mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Tiffany & Co. ("Tiffany") untuk menyesuaikan teknologi penggredan berasaskan kecerdasan buatan (AI) automatiknya mengikut garis panduan dan kriteria penggredan yang ketat oleh Tiffany.

Tiffany and Sarine
Tiffany and Sarine

Tujuan untuk menyempurnakan cara berlian digredkan dan bagi menjamin penggredan yang tekal dan tepat merupakan elemen penting bagi mendapat kepercayaan pengguna terhadap berlian. Sarine telah melaburkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memberangsangkan dan menjadi peneraju perjalanan ini, penggunaan visi komputer, algoritma perisian canggih, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan bagi merealisasikan penggredan objektif dipacu AI berasaskan teknologi. Teknologi penggredan 4C automatik daripada Sarine menghapuskan sebahagian besar kesilapan manusia yang subjektif dan berat sebelah daripada proses penggredan, lalu memberikan tahap ketepatan, keandalan dan ketekalan yang baharu. Sarine dan Tiffany kini akan bekerjasama dengan lebih erat untuk terus membangunkan dan menyesuaikan penyelesaian Sarine bagi memenuhi piawaian penggredan tahapTiffany yang arif bagi Warna dan Kejelasan. Teknologi penggredan automatik Sarine, diperkenalkan pada awal tahun 2018, dibangunkan agar menjadi 'serasi GIA', yang bermakna dasar bagi pembelajaran mesin dan penggredan ialah sistem penggredan GIA. Piawaian penggredan ketat oleh Tiffany memberi cabaran tambahan, yang memerlukan perbaikan selanjutnya untuk menyesuaikan paradigma berkenaan mengikut kehendak Tiffany.

Sarine Technologies Ltd memeterai kerjasama strategik bersama Tiffany & Co. pada tahun 2011, tujuan ketika itu adalah untuk membangunkan sistem automatik yang baharu (kemudiannya dikenali sebagai DiaMension® Axiom) bagi menggred simetri berlian yang digilap mengikut piawaian baharu yang ditetapkan oleh Tiffany.

Andy Hart, Naib Presiden Kanan Pembuatan, Berlian & Batu Permata Tiffany, berkata, "Kemajuan yang diharapkan daripada teknologi penggredan oleh Sarine akan membolehkan penggred Tiffany Gemological Laboratory untuk terus menggunakan dan memantau teknologi terbaik yang terdapat dalam industri bagi mengukur dan mendukung secara objektif, tekal dan cekap piawaian penggredan kami yang mencabar untuk berlian Tiffany."

David Block, Ketua Pegawai Eksekutif Sarine Technologies, berkata, "Kami teruja kerana dapat bekerjasama lagi bersama Tiffany, salah sebuah organisasi penggilapan dan peruncitan yang terkemuka dalam industri kami. Penyusuaian penggredan berasaskan teknologi kami bagi memenuhi piawaian penggredan ketat Tiffany merupakan satu tugas yang tidak harus dipandang remeh, memerlukan pasukan khas yang terdiri daripada ahli gemologi, saintis dan jurutera untuk menerobos sempadan teknologi dengan lebih jauh."

Sarine Technologies Ltd. APAC
Gege Chen
gege.chen@sarine.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720926-1?lang=0

Source: Sarine Technologies Ltd.
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Licensing/marketing agreements