omniture

Parallel Wireless bakal Penuhi Visi OpenRAN Etisalat merentas Timur Tengah, Asia dan Afrika

Parallel Wireless
2020-02-18 19:00 1186

OpenRAN 2G, 3G, 4G & 5G bakal diuji merentas OpCos Etisalat

NASHUA, New Hampshire, 18 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat OpenRAN berpangkalan di A.S. terkemuka yang menyediakan satu-satunya penyelesaian OpenRAN 2G, 3G, 4G & 5G hujung-ke-hujung tentuan-perisian di dunia untuk liputan dan kapasiti, hari ini mengumumkan bahawa Etisalat, salah sebuah kumpulan telekomunikasi yang terkemuka di dunia dalam pasaran-pasaran baru muncul dengan lebih 148 juta pelanggan, bakal menguji OpenRAN 2G, 3G, 4G & 5G Parallel Wireless dalam pasaran-pasarannya di Timur Tengah, Asia dan Afrika.

Pictured: Etisalat: Hatem Bamatraf, CTO, Etisalat International; Khaled Abdulla, Hani, Yassin, Sr. Director, Technology Strategy; Group Vice President, IP Networks Technology and Network Strategy Parallel Wireless: Rajesh Mishra, President, Founder, and CTO; Amrit Heer, Director, Sales, MENA.
Pictured: Etisalat: Hatem Bamatraf, CTO, Etisalat International; Khaled Abdulla, Hani, Yassin, Sr. Director, Technology Strategy; Group Vice President, IP Networks Technology and Network Strategy Parallel Wireless: Rajesh Mishra, President, Founder, and CTO; Amrit Heer, Director, Sales, MENA.

Pengumuman hari ini selaras dengan objektif-objektif Etisalat Group untuk mencapai transformasi digital dengan penggunaan teknologi yang terbaik dalam kelas bagi menyokong sambungan 2G, 3G, 4G dan 5G.

Parallel Wireless mendayakan peralihan kepada seni bina rangkaian OpenRAN yang terbuka, berasaskan perisian dan maya untuk menangani cabaran penggunaan dan kos, di samping turut membawakan ketangkasan rangkaian dan kos penggunaan serta penyelenggaraan yang jauh lebih rendah.

Pendekatan OpenRAN Parallel Wireless natif-awan dan berasaskan perisian dalam seluruh 'SEMUA G' meningkatkan ekonomi rangkaian dengan ketara dengan menumpukan 'SEMUA G' termasuk 2G, 3G, 4G, 5G pada satu platform perisian seragam yang mudah diurus. Ini dapat menyingkirkan keperluan untuk mengekalkan rangkaian legasi bersilo yang dikhususkan kepada hanya satu perkhidmatan G yang menghasilkan pengurangan kos OPEX bagi mengekalkan rangkaian. Pendekatan ini akan membolehkan Etisalat Group memodenkan rangkaian legasi bagi tujuan pengurangan kos dan mengurangkan biaya kerumitan dan penyepaduan bagi memperkenalkan sistem 5G berbilang vendor.

OpenRAN Parallel Wireless telah menunjukkan faedah-faedah kos dan dalam masa yang sama buat kali pertamanya menyampaikan secara serentak ketiga-tiga teknologi RAN (2G, 3G, 4G/LTE) menerusi:

  • Dengan menyahgandingkan perisian RAN boleh atur cara daripada perkakasan dan membolehkannya untuk beroperasi pada platform pemprosesan tujuan umum, stesen utama OpenRAN berasaskan GPP tentuan perisian berbilang teknologi akan membolehkan Etisalat untuk menggunakan sistem SEMUA G dengan teknologi 2G, 3G 4G maya sepenuhnya yang boleh dinaik taraf dengan perisian kepada 5G. Etisalat boleh menjalankan 2G, 3G dan 4G secara serentak pada stesen utama yang sama bagi menyediakan perkhidmatan data dan suara komersial kepada pelanggan Etisalat, dalam senario bandar dan luar bandar. RRU berbilang teknologi merupakan tentuan-perisian dan boleh menggunakan sebarang pemecahan RAN patuh-3GPP untuk dihubungkan kepada sebarang vBBU COTS yang mendayakan kebolehoperasian vendor dan pengurangan kos pembekal yang selanjutnya.
  • Pengawal OpenRAN, perisian patuh O-RAN, merendahkan kos RAN melalui pemudahan, pengautomatan menerusi SON waktu sebenar dan pemayaan penuh rangkaian. Ia akan menyediakan mobiliti lancar antara teknologi-teknologi berbeza, pemecahan setempat dan kependaman rendah demi pengalaman pelanggan yang terbaik buat pelanggan Etisalat. Perisian ini mendayakan seni bina OpenRAN dengan menggunakan antara muka berasaskan standard dan terbuka, memudahkan pengurusan rangkaian dan penyepaduan produk-produk RAN baharu kepada bahagian teras dan membolehkan evolusi teknologi yang jelas dan berkesan kos.

Kata-kata sokongan

Hatem Bamatraf, Ketua Pegawai Teknologi, Etisalat International, berkata, "Pengumuman hari ini merupakan satu pencapaian global yang menetapkan penanda aras teknologi dalam pasaran-pasaran kami. Hal ini sejajar dengan strategi dan visi jangka panjang untuk 'Memacu Masa Depan Digital bagi memperkasa masyarakat' yang telah diterjemahkan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik dalam kelas dan memberi nilai terbaik kepada pemegang saham kami. Percubaan global OpenRAN dengan Parallel Wireless mengulangi komitmen Etisalat terhadap visi kami yang menggalakkan kami untuk menjadi peneraju dalam OpenRAN dengan menjalankan percubaan lapangan bersama pelbagai rakan kongsi teknologi terkemuka bagi mewujudkan ekosistem yang inovatif dalam semua pasaran kami. Ini juga merupakan OpenRAN 'SEMUA G' yang pertama di dunia yang bakal memberi kecekapan dan faedah kos kepada 4G dan 5G, di samping menetapkan hala tuju untuk generasi rangkaian telekomunikasi akan datang."

Amrit Heer, Pengarah Jualan, MENA, Parallel Wireless, berkata, "Sebagai salah satu penyedia komunikasi yang terkemuka dalam pasaran baru muncul, Etisalat memahami potensi sebenar leveraj yang lebih besar untuk perniagaan mereka, dalam kedua-dua pasaran atasan dan bawahan dengan kuasa membeli yang lebih besar dengan membentuk ekosistem telekomunikasi dan menerima seni bina rangkaian baharu, seperti OpenRAN. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Etisalat untuk penglibatan ini bagi memberi liputan dan kapasiti tanpa membuat pelaburan modal yang ekstensif yang dikaitkan dengan penggunaan rangkaian legasi. Kami berbangga kerana terpilih untuk menyokong Etisalat dalam menakrifkan semula infrastruktur tanpa wayar agar berkos jauh lebih rendah demi menjamin akses kepada perkhidmatan digital yang inovatif di rantau berkenaan."

Latar Belakang Parallel Wireless

Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat A.S. yang mencabar vendor legasi dunia dengan satu-satunya penyelesaian OpenRAN didayakan perisian SEMUA G (5G/4G/3G/2G) yang seragam dalam industri. Perisian rangkaian natif-awannya menakrifkan semula ekonomi rangkaian untuk pengendali mudah alih global dari segi penggunaan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka laluan untuk 5G. Syarikat terlibat dengan lebih 50 pengendali terkemuka di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka, berbilang teknologi telahpun diiktiraf menerusi lebih 65 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Latar Belakang Etisalat

Etisalat Group ialah salah sebuah kumpulan telekomunikasi yang terkemuka di dunia dalam pasaran baru muncul, dengan permodalan pasaran semasa mencecah AED 148 bilion (USD 40.3 bilion).

Beribu pejabat di Abu Dhabi, Etisalat ditubuhkan sejak empat dekad yang lalu di UAE sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama negara ini. Sebuah organisasi cip biru antarabangsa, Etisalat menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang inovatif kepada lebih 148 juta pelanggan di 16 buah negara merentas Timur Tengah, Asia dan Afrika.

Visi Etisalat Group untuk "Memacu Masa Depan Digital bagi memperkasa masyarakat" bertujuan untuk menyediakan pengalaman pelanggan menyeluruh yang terbaik dalam kelas di peringkat domestik dan antarabangsa, memberi pulangan menarik kepada pemegang saham sekali gus melabur dalam masa depan syarikat untuk tempoh jangka panjang serta menyokong pembangunan ekonomi dalam semua pasaran operasi kami. https://www.etisalat.ae/en/index.jsp

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1089331/Etisalat_and_Parallel_Wireless.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg

 

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment