omniture

ZTE Lancar Penyelesaian SuperDSS Unik Industri untuk Perkongsian Spektrum Dinamik Tri-RAT

ZTE Corporation
2020-02-19 18:46 521

SHENZHEN, China, 19 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini melancarkan penyelesaian SuperDSS, penyelesaian unik dalam industri untuk perkongsian spektrum dinamik tri-RAT. Ia merupakan satu langkah inovasi yang besar menuju ke hadapan bagi penyelesaian Magic Radio Pro dalam era 5G bagi mencapai perkongsian spektrum berbilang-RAT apabila jalur FDD legasi menjalani 'refarming' untuk 5G. Berkeupayaan untuk perkongsian spektrum dinamik antara 2G/4G/5G dan 3G/4G/5G, SuperDSS ialah cara yang ideal bagi penggunaan 5G yang pantas sekali gus menawarkan pengalaman perkhidmatan suara legasi melalui jalur 1800MHz atau 2100MHz agar dapat memaksimumkan pulangan pelaburan spektrum.

ZTE memanfaatkan teknologi canggihnya dan pengalaman penggunaan komersial yang beraneka dalam bidang perkongsian spektrum untuk melancarkan penyelesaian perkongsian spektrum dinamik tri-RAT ini, sebagai sebahagian daripada penyelesaian Magic Radio Pro terkenalnya, selain daripada penyelesaian dwi-RAT, menawarkan pengendali dengan lebih kefleksibelan penggunaan 5G, sekali lagi menerajui inovasi teknologi dalam bidang ini.

SuperDSS ZTE menyokong perkongsian dinamik penuh 2G/4G/5G atau 3G/4G/5G sekali gus melalui jalur 1800MHz atau 2100MHz bagi penggunaan spektrum juga melalui 2G atau 3G atas permintaan di samping memberi sebanyak mungkin sumber spektrum untuk LTE dan NR, yang menawarkan perkhidmatan suara legasi mahupun perkhidmatan 5G dengan keseimbangan optimum. Mengambil lebar jalur 20MHz sebagai contoh, sekurang-kurangnya satu pembawa UMTS dikhaskan untuk keperluan suara pengguna UMTS, maka 4G/5G DSS hanya dapat dilaksanakan dengan lebar jalur 15MHz, manakala dengan SuperDSS ZTE, 3G, 4G dan 5G boleh berkongsi semua lebar jalur 20MHz dan lebar jalur pembawa UMTS boleh diselaraskan pada waktu sebenar mengikut keperluan perkhidmatan.

Penyelesaian Magic Radio Pro ZTE ialah penyelesaian perkongsian spektrum dinamik berbilang-RAT yang paling komprehensif dalam industri, menawarkan perkongsian spektrum dinamik sehingga tujuh senario dengan lima teknologi akses radio (GSM, UMTS, LTE, NB-IoT dan NR). Sebagai peneraju inovasi dalam bidang ini, ZTE telah mengumpul pengalaman yang beraneka dalam perkongsian spektrum dinamik berbilang-RAT sejak tahun 2014, membantu pengendali meningkatkan pengalaman pengguna dan daya saing pasaran serta mendayakan penghentian secara berperingkat-peringkat teknologi legasi yang lancar dan pengenalan secara berperingkat-peringkat teknologi baharu yang lancar dengan peningkatan kecekapan pelaburan yang besar untuk pengendali.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services