omniture

Syarikat muzik interaktif berpangkalan di Vietnam Amanotes tersenarai antara penerbit aplikasi mudah alih terbaik seluruh dunia

Amanotes
2020-02-20 12:20 609
  • Penerbit aplikasi #1 dari SEA (Suku Keempat, 2019) – App Annie
  • Penerbit aplikasi #1 dari SEA (2019) – Sensor Tower
  • 15 Penerbit Permainan Mudah Alih Terbaik Seluruh Dunia – App Annie & Sensor Tower
  • 20 Penerbit Aplikasi Mudah Alih Terbaik merentas semua kategori seluruh dunia – App Annie & Sensor Tower

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 20 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Amanotes, penerbit permainan mudah alih di Vietnam, telah disenaraikan pada kedudukan tertinggi dalam dua tinjauan utama baru-baru ini terhadap pasaran mudah alih dunia yang berkembang pesat.

Pengasas bersama Silver Nguyen, dimasukkan ke dalam senarai 30 Under 30 Forbes Vietnam bagi wajah muda yang paling terkenal di Vietnam
Pengasas bersama Silver Nguyen, dimasukkan ke dalam senarai 30 Under 30 Forbes Vietnam bagi wajah muda yang paling terkenal di Vietnam

Menurut App Annie, Amanotes merupakan penerbit permainan mudah alih #1 dari SEA pada Suku Keempat Tahun 2019 berhubung dengan prestasi Muat Turun dalam iOS mahupun Google Play Store. Di seluruh dunia, App Annie menyenaraikan Amanotes antara 15 penerbit permainan mudah alih terbaik dan salah satu daripada 20 penerbit terbaik bagi aplikasi mudah alih merentas semua kategori.

"Mudah alih kini merupakan platform permainan yang paling popular di seluruh dunia manakala permainan kasual membentuk bahagian besar bagi muat turun," ujar Pengarah Urusan App Annie untuk APAC, Cindy Deng. "Amanotes ialah contoh hebat yang bukan sahaja memanfaatkan peranti mudah alih untuk memberi pengalaman permainan, tetapi dengan menggabungkannya dengan muzik, ia memastikan penglibatan pemain dan kembali untuk lebih lagi."

Store Intelligence Data Digest Sensor Tower menyenaraikan Amanotes sebagai penerbit permainan mudah alih #1 dari Asia Tenggara pada tahun 2019.

Permainan mudah alih telahpun menjadi lebih penting berbanding komputer peribadi (PC) dan permainan konsol, menyumbang sebanyak 45% daripada pasaran permainan global dan diramalkan untuk menjana pendapatan sebanyak $95.4 bilion menjelang tahun 2022 (NewZoo).

Amanotes mengkhusus dalam permainan muzik kasual dengan visual yang ringkas dan bergaya yang bersesuaian dengan irama dan melodi lagu-lagu popular dan komposisi asal. Semua permainan Amanotes boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma.

Meskipun terdapatnya landskap yang kompetitif, Amanotes telah mengalami pertumbuhan yang konsisten sejak lima tahun lalu, dengan sekitar 800 juta muat turun permainan keseluruhan, 10 juta pengguna harian dan kedudukan #1 dalam Permainan Muzik di lebih 140 buah negara.

"Matlamat jangka panjang kami adalah untuk membina ekosistem muzik yang lengkap, menghasilkan aplikasi yang cemerlang untuk peminat muzik dan membolehkan pembangun bebas lain untuk melakukan hal yang sama," kata pengasas bersama Amanotes Silver Nguyen. "Kami percaya bahawa dengan menggabungkan penyelesaian teknologi yang inovatif dengan muzik, kami dapat menyerikan hari-hari bahkan untuk individu yang paling sibuk bagi tempoh yang berpanjangan di masa akan datang."

Hubungi:

Ivy Chau
Ketua Penglibatan Media
Vero
+84-339-310-236
ivy@vero-asean.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200218/2723070-1?lang=0

Source: Amanotes
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Awards Survey, Polls & Research