omniture

Pembukaan Kampus ke-7 SKEMA Business School di Afrika Selatan

SKEMA Business School
2020-02-21 00:59 1199

STELLENBOSCH, Afrika Selatan, 20 Februari 2020 /PRNewswire/ -- SKEMA Business School telah membuka kampus ketujuhnya di Afrika Selatan [selepas Perancis (Paris, Lille, Sophia Antipolis), China (Suzhou), Amerika Syarikat (Raleigh) dan Brazil (Belo Horizonte)]. 'Kelas sulung' daripada kumpulan pertama pelajar-pelajar di kampus SKEMA Business School Afrika Selatan berlangsung pada 31 Januari 2020 di Stellenbosch.

Opening of SKEMA Business School's 7th Campus in South Africa.
Opening of SKEMA Business School's 7th Campus in South Africa.

Upacara rasmi telahpun diadakan dengan kehadiran wakil-wakil SKEMA dan rakan-rakan sejawat mereka daripada rakan kongsi tempatan sekolah berkenaan, Stellenbosch University. Konsul Besar Perancis, Laurent Amar dan wakil-wakil daripada CCI Perancis - Afrika Selatan turut hadir di upacara berkenaan, yang menandakan permulaan suatu 'pengembaraan glokal' yang baharu buat sekolah berkenaan.

Semasa memberi sepatah dua kata kepada pelajar-pelajar, Alice Guilhon, dekan SKEMA, berkata, "Anda merupakan perintis; saya berharap agar anda akan memanfaatkan sebaik-baiknya pengembaraan baharu ini di Afrika Selatan. Pengalaman ini mungkin akan dapat banyak mengubah anda. Anda akan banyak belajar dari segi gaya hidup, keterbukaan dan kepelbagaian budaya. Anda juga akan terus menjadi duta-duta SKEMA yang pertama di Afrika Selatan dan menunjukkan bahawa globalisasi pendidikan sememangnya merupakan satu aset, satu kelebihan kompetitif buat pelajar-pelajar, masyarakat dan perniagaan khususnya."

Profesor Emeritus Michael Osbaldeston, pengarah bersekutu bagi perkhidmatan berkualiti di EFMD dan penasihat strategik untuk Afrika Selatan di SKEMA Business School, menegaskan: "Saya percaya bahawa peluang-peluang di sini tiada hadnya. Selain daripada peningkatan bilangan pelajar peringkat ijazah dan lepasan ijazah SKEMA yang mendapat akses kepada program serta kemudahan daripada Stellenbosch University, kami berharap dapat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar Stellenbosch di kampus-kampus SKEMA seluruh dunia, sebagaimana yang telah kami lakukan bersama rakan-rakan kongsi kami yang lain di serata dunia."

Semasa beberapa hari awal, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk membantu pelajar-pelajar 'perintis' ini menyesuaikan diri dan meninjau persekitaran mereka. Mereka akan mendapat peluang untuk meneroka bandar Cape Town, Cape of Good Hope, serta kawasan sekitar kampus tersebut – terletak elok di tengah-tengah kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh ladang anggur – selain kehidupan pelajar yang beraneka di bandar Stellenbosch.

https://www.skema.edu/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1092599/SKEMA_Business_School_South_Africa.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/931024/SKEMA_Logo.jpg

 

 

Source: SKEMA Business School
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Corporate Expansion New products/services