omniture

Sistem Pengamatan Penyakit dan Pengurusan Wabak Utama Dalam Pasaran Conduent Perangi Coronavirus

Conduent
2020-02-21 01:00 301

Platform Fleksibel Syarikat, Maven®, Telahpun Disesuaikan dan Dilaksanakan oleh Kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan untuk Menjejak, Mengurus dan Melapor Kes Coronavirus yang Disahkan

Conduent akan Konfigurasikan dan Gunakan Modul Penjejakan Coronavirus untuk Kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Tambahan Mencari Sokongan

FLORHAM PARK, New Jersey, 21 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Conduent Incorporated (Nasdaq: CNDT) hari ini mengumumkan versi platform pengamatan penyakit dan pengurusan wabaknya, Maven®, untuk menjejak, mengurus dan melaporkan dengan selamat kes-kes coronavirus, COVID-19, yang dahulunya dikenali sebagai 2019-nCoV. 

 

Maven  ialah platform perisian yang dibangunkan untuk organisasi-organisasi, termasuk agensi-agensi kerajaan, bagi mengurus kes-kes sebanyak lebih 90 penyakit menular. Reka bentuknya yang fleksibel memberi keupayaan kepada organisasi-organisasi untuk menyesuaikan penjejakan penyakit yang paling lazim di kawasan-kawasan atau komuniti-komuniti tertentu.

Conduent akan mengehoskan versi Maven didayakan coronavirus pada platform berkenaan dalam awan selamat syarikat agar agensi-agensi kesihatan awam dan organisasi-organisasi lain boleh mendapat akses segera untuk menggunakannya. Conduent menjangkakan modul coronavirusnya dapat disediakan dalam bulan ini. Selain itu, mereka yang mendapat latihan lanjutan juga boleh memanfaatkan kefleksibelan penyelesaian ini bagi menyesuaikan platform Maven sendiri demi mengesan coronavirus.

Berdasarkan keperluan sesebuah organisasi, Maven berkeupayaan untuk mengesan penyakit seperti influenza, tuberkulosis dan Ebola. Sebanyak lebih 40 organisasi kini menggunakan Maven dan beberapa organisasi telahpun memanfaatkan kefleksibelan platform tersebut dengan mengkonfigurasikannya bagi mengesan penularan coronavirus dalam lokasi-lokasi masing-masing. Conduent juga aktif memudahkan perkongsian amalan terbaik antara pelanggan-pelanggan tatkala mereka mengkonfigurasikan sistem mereka bagi mengesan wabak berkenaan.

"Maven ialah alatan berharga yang boleh digunakan oleh organisasi-organisasi untuk mengenal pasti dan membuat tindakan susulan terhadap orang ramai yang mungkin telah bersentuhan dengan individu yang dijangkiti dengan penyakit yang menular atau berjangkit," kata Mark Brewer, President, Penyelesaian Sektor Awam Global, Conduent. "Tanpa adanya vaksin, penjejakan dan penganalisaan mereka yang berisiko untuk bersentuhan dengan individu yang dijangkiti ialah salah satu kaedah paling penting yang disediakan untuk mengawal penyakit seperti coronavirus dan mencegah penularan wabak.

"Teknologi Maven boleh diskalakan dan boleh dikonfigurasikan dengan pantas dan mudah mengikut perubahan teknologi, protokol dan lokasi geografi — kesemuanya merupakan kunci kepada tindak balas wabak penyakit yang berkesan. Ia turut diwujudkan bagi membolehkan perkongsian data yang lebih mudah dan penyepaduan antara agensi-agensi kesihatan di barisan depan yang memerangi penyakit tersebut."

Direka bentuk dengan penjejakan sentuhan, pengurusan dan pengesanan wabak yang beraneka, pertubuhan-pertubuhan kesihatan negeri dan tempatan boleh bekerjasama untuk mengawal krisis kesihatan awam dengan pantas dan berkesan. Ahli epidemiologi boleh menggunakan keupayaan pelaporan Maven untuk mencari dan menganalisis data terpusat yang dikumpul untuk mencari trend dan coraknya. Maven juga dapat digunakan untuk melaporkan secara luaran, menyokong keperluan pelaporan kes automatik kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau pihak berkuasa tempatan.

Latar Belakang Conduent 

Conduent menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian misi-kritikal bagi pihak perniagaan dan kerajaan – mencipta hasil yang luar biasa buat pelanggannya serta berjuta-juta orang yang bergantung padanya. Melalui kakitangan, proses dan teknologi, penyelesaian dan perkhidmatan Conduent mengautomasikan aliran kerja, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan mendayakan pertumbuhan pendapatan. Atas sebab inilah kebanyakan syarikat Fortune 100 dan lebih 500 entiti kerajaan bergantung pada Conduent setiap hari untuk mengurus interaksi penting mereka dan menggerakkan operasi mereka ke hadapan.

Perkhidmatan dan penyelesaian yang berbeza daripada Conduent meningkatkan pengalaman berjuta-juta orang setiap hari termasuk dua pertiga daripada semua pesakit yang diinsuranskan di A.S., 11 juta pekerja yang menggunakan Perkhidmatan HR serta hampir sembilan juta orang yang melakukan perjalanan melalui sistem tol setiap hari. Penyelesaian Conduent membawa hasil yang luar biasa kepada pelanggannya termasuk penjimatan bil perubatan sebanyak $16 bilion, peningkatan kecekapan sehingga 40% dalam operasi HR dan peningkatan kos pemprosesan sehingga 40%, di samping mendorong kepuasan pengguna akhir yang lebih tinggi. Ketahui lebih lanjut di www.conduent.com

Conduent beroperasi di Malaysia (Kuala Lumpur) dan Filipina (Cebu dan Manila) sebagai cabang penyumberluaran luar pesisir dan proses perniagaan Conduent Inc.

Catatan: Untuk menerima suapan berita RSS, kunjungi www.news.conduent.com. Untuk ulasan terbuka, perspektif dan pandangan indudstri, kunjungi http://twitter.com/Conduent, http://www.linkedin.com/company/conduent atau http://www.facebook.com/Conduent.

Conduent ialah tanda dagangan Conduent Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200219/2724439-1LOGO?lang=0

 

Source: Conduent
Related Stocks:
NASDAQ:CNDT
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Telecommunications New products/services