omniture

Gamuda Land Terima Pakai Yardi Elevate untuk Pengurusan Pemajakan dan Urus Niaga

Yardi
2020-02-22 01:39 1051

Mengukuhkan pengurusan pemajakan dan urus niaga dengan penyelesaian mesra mudah alih yang mudah digunakan  

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah Malaysia Gamuda Land akan diberi kedudukan untuk mengembangkan portfolio komersialnya menggunakan Yardi® Deal Manager, platform pengurusan aset berasaskan awan daripada Yardi.

Yardi® Deal Manager merupakan sebahagian daripada suit Yardi Elevate, yang memanfaatkan data hartanah pada waktu sebenar daripada Yardi® Voyager untuk memberi pandangan operasi dan prediktif yang mendalam dengan tindakan yang disyorkan.

Dengan menyepadukan semua aspek daripada proses pemajakan dalam satu penyelesaian terhubung, Gamuda Land akan mengurangkan masa kitaran pemajakan, meningkatkan komunikasi, menghubungkan prospek dan memperoleh pandangan mengenai kesihatan portfolio. Yardi Deal Manager menyediakan keterlihatan perancangan urus niaga yang lengkap berserta pengawasan urus niaga dan fungsian kelulusan tiada tandingan yang dapat membantu pasukan berkolaborasi dengan mudah berhubung hartanah, urus niaga dan prospek.

Gamuda Land akan turut melaksanakan Voyager bagi mengurus operasi perakaunan kewangan dan pengurusan pajakannya. Berciri agnostik-pelayar dan mudah alih sepenuhnya, Voyager mendorong kecekapan tenaga kerja, menggalakkan keterlihatan portfolio dan memberi perisikan perniagaan yang komprehensif.

"Akses segera kepada data kewangan dan pemajakan portfolio daripada Yardi Elevate akan memberikan kami kelebihan kompetitif. Kami menyedari bahawa platform ini akan menjadi elemen yang penting untuk mengurus operasi semasa kami dan meletakkan dasar untuk pertumbuhan yang strategik," kata Herbie Tan, Pengarah Pemajakan, Peruncitan dan Pusat Beli Belah untuk Gamuda Land.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Gamuda Land dan menyediakan mereka dengan penyelesaian teknologi yang bukan sahaja akan memberikan perisikan, ketelusan dan pelaporan bagi mendorong proses membuat keputusan yang menyokong pertumbuhan, malah mewakili satu set penyelesaian pengurusan hartanah terhubung sepenuhnya yang memberi kos pemilikan yang terendah," kata Neal Gemassmer, naib presiden antarabangsa untuk Yardi.

Latar Belakang Gamuda Land
Gamuda Land ialah cabang hartanah Gamuda Berhad - pembina negara yang agung dengan pelbagai pengalaman serta kepakaran dalam kejuruteraan, pembinaan dan konsesi infrastruktur. Gamuda Land mempunyai pengalaman selama dua dekad dalam membangunkan perbandaran, pembangunan bertingkat tinggi, kelab rekreasi dan pusat komersial. Beberapa projeknya yang berprofil tinggi dan memenangi anugerah di Malaysia termasuk Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive.7, Horizon Hills, Kota Kemuning, Bandar Botanic, Jade Hills dan Valencia antara lain; lebih ketara, jejak antarabangsanya diperkukuhkan lagi oleh projek-projek luar negaranya, masing-masing di Australia, Singapura dan Vietnam, sebahagiannya telah memenangi pelbagai anugerah.

Latar Belakang Yardi
Yardi® membangun dan menyokong perisian pengurusan pelaburan dan pengurusan harta tanah terkemuka dalam industri untuk semua jenis dan saiz syarikat hartanah. Ditubuhkan pada tahun 1984, Yardi berpangkalan di Santa Barbara, California dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana Yardi Bertenaga untuk Hari Esok, kunjungi yardi.asia

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/737275/Yardi_Logo.jpg

 

Source: Yardi
Keywords: Commercial Real Estate Computer Software Computer/Electronics Real Estate