LONDON, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei memperkenalkan produk siri AirEngine Wi-Fi 6 termasuk 10 model titik akses (AP) Wi-Fi 6 baharu di upacara pelancaran produk dan penyelesaian tahun 2020 di London. Produk-produk serba baharu ini amat sesuai untuk membantu perusahaan melangkah ke era kampus tanpa wayar sepenuhnya. Dikuasakan oleh penambahan baharu ini, perusahaan akan dapat mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka dengan membina rangkaian kampus pejabat dan pengeluaran terhubung sepenuhnya dan semua tanpa wayar dengan tahap pengalaman pejabat, pengeluaran dan perkhidmatan yang terulung.
Daripada penawaran baharu ini, AirEngine 8760 AP unggulan memberi kadar data udara-antara-muka sehingga 10.75 Gbps, dua kali ganda daripada purata industri. AP ini merupakan yang pertama dalam industri yang mencapai kadar data udara-antara-muka sebanyak lebih 10 Gbps, menetapkan penanda aras baharu untuk produk-produk Wi-Fi 6.
Di acara ini, Huawei melancarkan tiga siri produk: AirEngine 8700, AirEngine 6700 dan AirEngine 5700, mencakupi rangkaian luas senario aplikasi tertutup dan luar. Siri-siri ini akan meningkatkan pengalaman rangkaian dalam senario-senario berikut dengan ketara:
Semakin banyak perusahaan yang kini menggunakan atau mempertimbangkan untuk menggunakan Wi-Fi 6 sebagai teknologi akses rangkaian kampus pilihan mereka. Tam Dell'Oro, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dell'Oro Group, mengulas mengenai Wi-Fi 6: "Kami melihat Wi-Fi 6 mula meningkat dengan ketara tatkala pasaran beralih daripada penerima awal teknologi baharu kepada pasaran besar-besaran pada tahun 2020. Pengeluar-pengeluar kini memperkenalkan teknologi Wi-Fi 6 generasi kedua dan menyampaikan ciri-ciri beraneka pada harga yang sedikit lebih rendah daripada produk-produk Wi-Fi 5 atau Wi-Fi 4."
Tatkala kita menyambut era kampus tanpa wayar sepenuhnya, rangkaian Wi-Fi 6 harus mempunyai tiga ciri berbeza ini: kelajuan sepantas kilat, mobiliti sentiasa boleh diakses dan 100 Mbps @ merata tempat.
Kelajuan sepantas kilat: Huawei AirEngine Wi-Fi 6 membawakan kadar udara-antara-muka setinggi 10.75 Gbps, mencapai kadar udara-antara-muka lebih tinggi daripada kadar rangkaian berwayar pada lapisan akses rangkaian kampus buat julung kalinya.
Pada masa depan, akan adanya lebih 10 kali ganda peningkatan dalam bilangan terminal yang mengakses rangkaian Wi-Fi perusahaan dan setiap terminal akan memerlukan sekurang-kurangnya lebar jalur 50 Mbps untuk aplikasi video HD seperti video 4K. Hasilnya, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 diwujudkan dengan bilangan alir ruang yang terbesar dalam industri (16 secara keseluruhannya), mencapai kadar data udara-antara-muka sehingga 10.75 Gbps iaitu dua kali ganda daripada purata industri.
Mobiliti sentiasa tersedia: Huawei AirEngine Wi-Fi 6 menonjol dengan liputan mantap, sifar kehilangan paket dan kependaman ultra rendah, memenuhi keperluan kualiti rangkaian bagi perkhidmatan misi-kritikal perusahaan dan menjamin sifar gangguan.
Bagi membantu perusahan menghubungkan perkhidmatan utama ke rangkaian Wi-Fi, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 menggunakan antena pintar yang unik dalam industri untuk liputan yang lebih stabil. Dibandingkan dengan produk-produk Wi-Fi 6 yang lain dalam industri, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 menggandakan kekuatan isyarat, memberikan 20% jarak liputan yang lebih besar dan memastikan tiada degradasi isyarat di pinggir. Selain itu, teknologi perayauan tak lenyap yang unik daripada Huawei memastikan sifar kehilangan paket untuk perkhidmatan utama semasa perayauan dan mencapai kadar kejayaan perayauan sebanyak 100%, memberikan operasi mudah alih dan kerja pejabat yang lebih stabil. Huawei AirEngine Wi-Fi 6 menggunakan teknologi Dynamic Turbo (teknologi pemecutan aplikasi pintar) bagi mencapai kependaman 10ms ultra rendah iaitu separuh daripada purata industri. Kependaman ultra rendah ini menjadikan video VR, AR dan HD lebih stabil berbanding sebelum ini.
100 Mbps @ everywhere: Dikuasakan oleh teknologi 5G inovatif Huawei, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 mencapai perangkaian berterusan "100 Mbps @ everywhere " pertama seumpamanya secara meluas.
Dalam industri Wi-Fi, memastikan lebar jalur dan pengalaman tanpa gangguan untuk setiap terminal pada rangkaian berterusan secara meluas sentiasa menjadi suatu cabaran. Bagi menangani cabaran ini, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 telah menyepadukan berbilang teknologi 5G canggih ke rangkaian Wi-Fi. Hasilnya, dalam senario akses terminal berkepadatan tinggi, setiap terminal boleh memperoleh 100 Mbps yang stabil pada bila-bila masa, di merata tempat.
"Kami percaya bahawa penaiktarafan tanpa wayar kepada Wi-Fi 6 akan membawakan perubahan besar kepada perjalanan transformasi digital perusahaan, yang sangat berbeza dengan generasi Wi-Fi terdahulu. Huawei telah mengaplikasikan teknologi 5G utamanya kepada produk AirEngine Wi-Fi 6 yang terkini yang telahpun menyepadukan antena, algoritma dan teknologi perangkaian yang paling canggih dalam industri. Huawei AirEngine Wi-Fi 6 membantu perusahaan untuk membina rangkaian kampus tanpa wayar yang berkualiti tinggi," kata Zhao Zhipeng, Presiden domain rangkaian kampus daripada Barisan Produk Komunikasi Data Huawei. "Kami menjangkakan rangkaian kampus Wi-Fi berkualiti tinggi ini benar-benar dapat membantu perusahaan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam senario pejabat, pengeluaran dan perkhidmatan, di samping meningkatkan kecekapan dan juga pengalaman. Pada masa akan datang, kami akan terus menginovasi bersama-sama pelanggan bagi mencipta rangkaian kampus yang terhubung sepenuhnya, pintar dan mudah yang dikuasakan oleh AirEngine, lantas mempercepatkan kemasukannya ke era kampus tanpa wayar sepenuhnya secepat mungkin."
Huawei tidak pernah berhenti menggabungkan inovasi AirEngine Wi-Fi 6 dengan senario pelanggan tertentu bagi membawa faedah-faedah yang lebih besar kepada pelanggan.
Huawei melancarkan produk Wi-Fi 6 komersial pertama dalam industri pada tahun 2017. Sejak kemunculan sulungnya, produk ini telah diiktiraf secara meluas dan digunakan serta merta dalam pelbagai industri di serata dunia. Huawei menduduki tempat pertama dalam pasaran Wi-Fi 6 global (kecuali Amerika Utara) mahupun Cina, menurut bahagian pasaran AP tertutup Wi-Fi 6 global dari suku ketiga tahun 2018 hingga suku ketiga tahun 2019 oleh Dell'Oro Group.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi laman sesawang Huawei AirEngine Wi-Fi 6