omniture

Lebih Berkeupayaan, Kompak dan Lebih Pantas, ZTE Perkenal Portfolio Produk 5G RAN untuk Rangkaian Masa Depan

ZTE Corporation
2020-02-28 15:31 3214

SHENZHEN, China, 28 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK/000063.SZ), penyedia penyelesaian yang terkemuka bagi teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna berasaskan internet mudah alih, telah melancarkan penyelesaian "SuperDSS" yang menyokong perkongsian spektrum dinamik tiga-RAT, memanfaatkan sepenuhnya spektrum migrasi 5G untuk pengendali. Selain itu, ZTE memperkenalkan barisan produk 5G siri-penuhnya yang terkini tatkala syarikat melakukan usaha-usaha berterusan bagi membawa pengalaman internet premium kepada pengguna.

Dikuasakan oleh cip set proses 7nm yang utama dalam industri dan seni bina dwimod NSA/SA, siri 5G baharu daripada ZTE adalah ideal untuk penggunaan 5G senario-penuh dan jalur-penuh, memenuhi pelbagai keperluan termasuk liputan makro, dalaman, kawasan khas dan jalanan, terowong kereta api berkelajuan tinggi.

Memanfaatkan penyelesaian liputan sistem penerbangan 5G yang pertama dalam industri, ZTE membantu pengendali membina rangkaian 5G yang hebat dengan liputan penuh, berkapasiti tinggi, penggunaan pantas dan keberkesanan kos yang tinggi.

Siri produk ultra jalur lebar memudahkan perkongsian RAN dan evolusi fleksibel 

Bagi senario liputan makro 5G, ZTE melancarkan 5G AAU, produk unggulan yang dibina untuk lebar jalur 400 MHz dengan reka bentuk yang ringan. Ia merupakan produk yang paling kompetitif untuk jalur 3.5 GHz. Lebar jalur 400 MHznya memenuhi dengan sempurna keperluan berhubung perkongsian RAN atau integrasi spektrum dalam seluruh jalur N78, menawarkan kefleksibelan hebat dalam penggunaan rangkaian dan evolusi masa depan untuk pengendali. Dengan berat 22kg, di bawah keperluan EU bagi pemasangan seorang individu seberat 23kg, ia direka untuk mengurangkan tenaga buruh, masa dan kos-kos lain.

Selain daripada produk unggulan ini, portfolio produk 5G ZTE juga melibatkan AAU dengan kuasa output sehingga 320 W untuk senario perkongsian RAN. 5G AAU dwijalur yang menyokong kedua-dua 2.6 GHz dan 3.5 GHz dapat membantu pengendali menurunkan keperluan di tapak, memudahkan peralihan lancar daripada 4G ke 5G dan memastikan penggunaan sumber-sumber spektrum terserak yang lebih cekap.

Penyelesaian dalaman 5G QCell ZTE bukan sahaja menyediakan produk-produk 4TR berbilang mod, berbilang frekuensi, lebar jalur ultra lebar dan berkapasiti besar, tetapi juga produk 2TR yang lebih mesra bajet yang menyokong lebar jalur 300 MHz yang bersifat ideal untuk perkongsian RAN dalaman dan pengenalan pantas 5G dengan kos penggunaan yang lebih rendah.

Unisite+: mempercepatkan pembangunan tapak bersama 2G, 3G, 4G dan 5G dengan sedikit peranti

Didorong oleh idea untuk memaksimumkan RAT, jalur dan kapasiti dengan sedikit peranti yang mungkin, ZTE melancarkan UniSite+, versi dinaik taraf daripada penyelesaian UniSite. Reka bentuk A + P membolehkan penggantian semua antena dan menambah 5G AAU baharu kesemuanya dengan hanya satu unit radio. Bahagian aktif daripada penyelesaian tersebut menawarkan pilihan fleksibel antara 64TR dan 32TR melalui jalur N78, N41 dan N79, manakala bahagian pasif menawarkan 14 port dan menyokong semua jalur frekuensi sub-3GHz.

Penyelesaian ini menggunakan dua produk URB tiga jalur, produk 1.8G+2.1G+2.6G yang pertama dalam indsutri serta 700M+800M+900M dengan kapasiti terbesar dan faktor bentuk terkecil dalam industri.

Dengan menggunakan penyelesaian UniSite+, pengendali boleh merealisasikan dengan mudah "1 + 2 = 7," konsep menggunakan satu antena dan dua unit radio bagi menyokong penggunaan semua-RAT 7-jalur. Oleh itu, ia merupakan penyelesaian tapak yang paling mudah dalam industri yang mengurangkan bilangan peranti yang diperlukan sebanyak lebih 70%.

Selain daripada pemudahan radio, teknologi jalur asas yang terkini juga kini berada di satu lagi tahap yang hebat. ZTE melancarkan papan jalur asas semua-RAT yang pertama dalam industri, yang menyokong 2G, 3G, 4G dan 5G pada satu papan bagi memudahkan "campur-tangan-tapak-bebas" untuk evolusi 5G.

Biarpun tapak radio menjadi sangat mudah, ZTE turut mengurangkan penggunaan kuasa peralatan sebanyak 30% dengan cip set generasi baharu dan amplifier kuasa berkecekapan tinggi.

Bagi memenuhi keperluan transmisi 5G, penyelesaian UniSite+ juga termasuk produk gelombang mikro yang terkini dengan kapasiti transmisi sehingga 25 Gbps dan prestasi kependaman yang lebih baik. Di samping itu, penyelesaian ini dapat berfungsi dengan gelombang mikro jalur frekuensi biasa daripada penyelesaian pihak ketiga untuk membentuk kumpulan Berbilang jalur, lantas menyediakan penyelesaian penaiktarafan rangkaian MPLS/SDN yang terbaik bagi memaksimumkan pulangan pelaburan pengendali.

Dengan penyelesaian semua-dimensi ZTE, langit bukanlah batasannya

Selain daripada penyelesaian liputan makro dan liputan dalaman, ZTE turut menawarkan penyelesaian untuk talian pengangkutan berkelajuan tinggi seperti kereta api berkelajuan tinggi, levitasi magnet (maglev), terowong dan liputan sistem penerbangan. Bagi membantu pengendali mencapai kualiti liputan yang hebat di latitud berbeza, ZTE menyediakan produk-produk tapak-tiang berbilang mod dan berbilang jalur yang amat bersepadu yang boleh digunakan di kawasan khas, titik buta, jalanan serta produk-produk tapak-tiang mmWave dengan kuasa output tinggi dan faktor bentuk yang kompak.

Mengambil rangkaian levitasi magnet (maglev) 5G pertama di dunia sebagai contoh, ZTE telah bekerjasama dengan China Telecom bagi menyediakan pengguna dengan pengalaman perkhidmatan yang berterusan dan stabil di bawah kelajuan ultra tinggi. ZTE juga menggunakan penyelesaian ini untuk banyak kereta api berkelajuan tinggi yang lain.

Selain itu, penyelesaian liputan laluan sistem penerbangan 5G ZTE menawarkan lebih 100 kali ganda daya pemprosesan yang lebih tinggi berbanding penyelesaian satelit tradisional dan stesen utama tunggal meliputi lingkungan sehingga 300 km. Penyelesaian ini berkongsi sumber-sumber spektrum dengan rangkaian darat, menjimatkan pelaburan pengendali dalam infrastruktur rangkaian dan sumber-sumber spektrum. Penyelesaian laluan sistem penerbangan 5G bersedia untuk digunakan secara komersial di China pada tahun ini.

ZTE telah membentuk kolaborasi yang mendalam bersama lebih daripada 70 pengendali di seluruh dunia. Dengan pengalaman luasnya dalam bidang MIMO Besar-besaran dan inovasi berterusan dalam algoritma 5G, ZTE telah meningkatkan prestasi rangkaian komersial 5G dan membina rangkaian yang berkualiti untuk pengguna bagi menikmati pengalaman internet 1 Gbps tanpa gangguan.

Sebagai penyumbang yang proaktif dan utama kepada aplikasi 5G baharu, ZTE telah berkolaborasi dengan pengendali global bagi mengoptimumkan industri vertical 5G menerusi penyelesaian 5G SA hujung-ke-hujungnya. Melangkah ke hadapan, ZTE akan terus memanfaatkan produk-produk dwimod NSA & SA hujung-ke-hujungnya dan menerajui teknologi MIMO Besar-besaran untuk membantu pengendali membina rangkaian yang terbaik dengan pengalaman pengguna serta perkhidmatan yang unggul.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi pembangunan standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services