omniture

Trina Solar lancar modul baharu berkuasa ultra tinggi 500W, tetapkan penanda aras baharu untuk era PV 5.0

Trina Solar Co., Ltd
2020-02-29 03:37 755

CHANGZHOU, China, 29 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia global yang terkemuka bagi modul PV bersepadu dan penyelesaian tenaga pintar, dengan rasminya memperkenalkan produk baharu dalam talian bagi memperkenalkan secara rasmi modul dwikaca dwimuka Duomax V yang terkini dan modul panel belakang Tallmax V. Berasaskan wafer silikon bersaiz besar 210mm dan sel mnohabluran PERC, modul baharu ini didatangkan lengkap dengan beberapa ciri reka bentuk inovatif yang membolehkan output kuasa tinggi melangkaui 500Wp dan kecekapan modul sehingga 21%, lalu mengukuhkan kepimpinan Syarikat dan menerima era baharu PV 5.0. 

Menurut anggaran awal daripada stesen janakuasa dipasang di darat berskala besar di wilayah Heilongjiang China, dibandingkan dengan modul dwikaca dwimuka 410W konvensional, Duomax V 500W dapat mengurangkan kos imbangan-sistem (BOS) sebanyak 6 hingga 8 peratus dan kos tenaga terlaras (LCOE) sebanyak 3 hingga 4 peratus. Trina Solar secara rasminya akan mula menerima pesanan pada suku kedua tahun 2020 dan dijangka mencapai pengeluaran besar-besaran pada suku ketiga, dengan kapasiti pengeluaran dijangka melebihi 5GW menjelang penghujung tahun ini.

Berdasarkan teknologi berbilang busbar unggulnya, pasukan penyelidikan dan pembangunan Trina Solar memperkenalkan reka bentuk inovatif yang menyepadukan teknologi tiga kepingan canggih, pemotongan tidak memusnah dan pempakejan berkepadatan tinggi. Perkara ini mengurangkan lagi kehilangan rintangan dan meningkatkan prestasi anti-retak, anti-titik-panas modul-modul tersebut di samping memaksimumkan penggunaan ruang dengan ketara. Dengan berbuat demikian, para saintis mencipta mencipta modul-modul berkuasa tinggi yang dicirikan oleh kecekapan tinggi dan keandalan tinggi. Sekiranya rekaan sel potongan separuh tradisional digunakan pada wafer silikon unltra besar 210mm, ciri-ciri output arus tinggi modul boleh mencetuskan cabaran sistem, atau mengakibatkan modul retak atau melebihi had terminal DC.

Selain itu, reka bentuk unik modul-modul baharu tersebut dapat memastikan agar arus output, voltan litar terbuka dan beban mekanikal modul-modul tersebut mematuhi spesifikasi keselamatan teknikal hiliran dan boleh berhubung secara lancar dengan reka bentuk sistem PV aliran utama sedia ada. Di upacara pelancaran tersebut, Trina Solar menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan POWERCHINA Jiangxi Electric Power Construction, China Energy Engineering Investment cawangan Heilongjiang, Shouguang Power Investment Haobang New Energy, SEPCOIII Electric Power Construction serta firma-firma berkaitan penjanaan kuasa yang lain, lalu membuka jalan untuk penggunaan penuh modul-modul berkuasa ultra tinggi dalam pasaran terminal.

Naib pengurus besar dan naib presiden eksekutif Trina Solar Yin Rongfang berkata, "Trina Solar telah mengumpul berdekad-dekad pengalaman dalam reka bentuk dan pembuatan modul. Kami berharap agar dapat mendorong penyeragaman modul-modul melalui kelebihan reka bentuk dan pembuatan kami, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada banyak segmen dalam rantaian perindustrian, tetapi turut meningkatkan kesamaan reka bentuk modul-modul dari segi sistem." Tambah Yin. "Selain daripada produk itu sendiri, modul yang baik memerlukan pertimbangan prestasi yang sepadan dengan sistem sedia ada.  Hasil daripada pengalaman Trina Solar dalam sistem penjejakan, penyelesaian bersepadu dan projek stesen janakuasa darat, kami meneroka dan menyelesaikan cabaran berpotensi yang boleh timbul dalam aplikasi praktikal sistem pada peringkat awal dalam penyelidikan dan pembangunan serta memanfaatkan sepenuhnya potensi produk. Saya percaya modul-modul baharu kami akan membawa pasaran fotovolta ke peringkat seterusnya."

Imej: https://mgr.trinasolar.com/sites/default/files/Vertex_v_dual.png  
Kapsyen: Trina Solar memperkenalkan modul dwikaca dwimuka Duomax V yang terkini
Sumber: Trina Solar

Latar Belakang Trina Solar

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia global yang terkemuka bagi modul PV bersepadu dan penyelesaian tenaga pintar, dengan perniagaan utamanya memberi tumpuan pada produk PV, sistem PV dan penyelesaian tenaga pintar. Perniagaannya meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan modul PV, stesen janakuasa dan peralatan sistem, penjanaan kuasa PV serta perkhidmatan operasi, grid mikro pintar, pembangunan dan penjualan sistem berbilang tenaga selain operasi dan pengurusan platform awan tenaga. Pada tahun 2018, syarikat ini menjadi peneraju untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (internet pelbagai benda) tenaga, menubuhkan Perikatan Pembangunan Industri IoT Trina Solar dan Pusat Inovasi Industri IoT Tenaga Baharu bersama-sama pengeluar dan institut penyelidikan yang terkemuka dalam industri di dalam dan luar China, membina platform inovatif untuk penyelidikan dalam IoT tenaga serta ekosfera IoT bersama pelbagai rakan kongsi dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor tenaga pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Oil/Energy Utilities