omniture

Xinhua Silk Road: Yili terajui senarai finalis untuk Anugerah Inovasi Makanan Dunia 2020

Xinhua Silk Road Information Service
2020-03-02 09:23 485

BEIJING, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd., salah sebuah syarikat gergasi tenusu Cina, telah mendominasi senarai finalis untuk Anugerah Inovasi Makanan Dunia 2020, yang telah didedahkan baru-baru ini.

Yili mendominasi senarai pendek finalis untuk Anugerah Inovasi Makanan Dunia 2020
Yili mendominasi senarai pendek finalis untuk Anugerah Inovasi Makanan Dunia 2020

Sebagai satu-satunya calon daripada industri tenusu Cina, syarikat ini telah disenarai pendek sebagai finalis dalam lapan kategori anugerah tersebut.

Lapan kategori tersebut termasuk konsep makanan terbaik, inovasi snek sihat terbaik, makanan semula jadi atau produk organik terbaik, teknologi pembuatan dan pemprosesan terbaik, produk dapur profesional terbaik, reka bentuk pempakejan makanan terbaik, reka bentuk pempakejan minuman terbaik, identiti jenama atau kempen pemasaran terbaik, meliputi pelbagai produk seperti susu tepung organik Jinlingguan Seine Mouiller, ais krim Xujinhuan, Yili Yummy Freeze-Dried Yoghurt Bites, Yidianmeng Yoghurt, teh susu bru sejuk dan krim putar.

Diadakan setiap tahun, Anugerah Inovasi Makanan Dunia merupakan perayaan inovasi dan kecemerlangan merentas setiap kategori dalam industri makanan. Acara berkenaan menarik majoriti perusahaan makanan global untuk mengambil bahagian dan keputusan pemilihan menonjolkan trend termaju dan hala tuju industri berkenaan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Yili berdedikasi untuk menyediakan produk-produk kesihatan kepada pengguna global, menyumbang kepada punca kesihatan manusia.

Syarikat berkenaan bukan sahaja telah menyelidiki bidang produk tenusu, tetapi juga terus mencipta pencapaian baharu menerusi rangkaian lebih luas bidang makanan kesihatan dengan tujuan untuk merealisasikan dengan lebih baik impiannya yang gah iaitu "Dunia Berkongsi Kesihatan Bersama".

Dalam masa yang sama, syarikat tersebut, yang mengekalkan kedudukan sebagai firma tenusu yang terbesar di Asia, telah menggiatkan usaha untuk menggalakkan dengan bersungguh-sungguh inovasi dan memperkasa inovasi bagi menjadi "penujah" untuk pembangunan syarikat.

Dengan melabur sumber yang besar, syarikat gergasi tenusu itu telah menghasilkan susu Bebas Laktosa Shuhua yang pertama China bagi membolehkan pengguna yang mengalami intolerans laktosa untuk minum susu secara normal dan melancarkan Ambrosial – minuman PTE dan yogurt pulpa suhu bilik yang pertama di dunia selepas menyelesaikan beratus-ratus masalah teknikal. Pada masa kini, Ambrosial telah menjadi satu kejayaan hebat dalam pasaran China dan Asia Tenggara serta menjadi subjenama dengan jualan tahunan mencecah lebih daripada 20 bilion yuan.

Dalam tempoh yang lama, Yili meluaskan secara agresif susun atur luar negaranya, mempercepatkan integrasi sumber-sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam mahupun luar negara bagi menubuhkan rangkaian inovasi yang meliputi institusi-institusi R&D yang terkemuka di seluruh dunia dan menggalas tanggungjawab secara aktif untuk memimpin industri tenusu bagi menyelesaikan masalah dunia.

Pada masa depan yang dapat diramalkan, syarikat bersedia untuk mengekalkan momentum pertumbuhan mantapnya, menerajui pembangunan perniagaan makanan kesihatan dan memulakan lembaran baharu dalam pembangunan industri makanan global. 

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/311398.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200226/2731225-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Food/Beverages