omniture

Huawei Lancar Empat Produk Cemerlang untuk Pasaran Perusahaan dengan Prestasi Hebat, Kapasiti Ultra Besar, Kelajuan Ultra Tinggi dan Hayat Perkhidmatan Ultra Panjang

Huawei
2020-03-02 09:28 553

SHENZHEN, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei melancarkan empat produk yang cemerlang untuk pasaran perusahaan iaitu: OptiXtrans DC908, SmartLi UPS, berserta OceanStor Dorado generasi seterusnya dan AirEngine Wi-Fi 6 bagi tahun 2020 di Persidangan Transformasi Digital Perindustri yang distrim langsung secara global. Produk-produk ini telah diiktiraf secara meluas dan disyorkan oleh organisasi-organisasi pihak ketiga dan juga pelanggan-pelanggan lantaran prestasinya yang hebat, kapasiti ultra besar, kelajuan ultra tinggi dan hayat perkhidmatan ultra panjang bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan inovasi yang unik.

Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global, Huawei Enterprise BG
Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global, Huawei Enterprise BG

Huawei OptiXtrans DC908 membina rangkaian Saling Hubung Pusat Data (DCI) dengan lebar jalur ultra besar dan seni bina ringkas

Huawei OptiXtrans DC908 mempunyai kapasiti ultra besar iaitu 800 Gbit/s bagi setiap panjang gelombang yang menyokong konfigurasi fleksibel antara 100G dan 800G serta teknologi Super C+L kalis masa depan bagi mencapai 220 panjang gelombang. Produk yang canggih ini membantu pelanggan perusahaan menghadapi dengan mudah cabaran aliran data yang besar dalam era awan, terus mengurangkan kos setiap bit, memaksimumkan nilai gentian optik dan meningkatkan pulangan pelaburan pelanggan. Satu peranti 2U dapat menyokong sehingga 12.8 Tbit/s integrasi ultra-tinggi. Dari segi seni bina, Huawei OptiXtrans DC908 menyokong integrasi optik mahupun elektrik dan menumpukan lima jenis papan menjadi satu, mengurangkan jejak peranti dan menjimatkan ruang bilik peralatan. Dikuasakan oleh webGUI peringkat-rangkaian, penemuan gentian automatik dan teknologi penggunaan automatik, Huawei OptiXtrans DC908 membolehkan juruteknik IT menggunakan perkhidmatan baharu dalam 8 minit dengan klik tetikus yang mudah. Sementara itu, teknologi AI Huawei mendayakan O&M rangkaian pintar, yang boleh meramalkan secara automatik lebih 60% kegagalan beransur-ansur dan mengurangkan amaran palsu melalui analisis asal usul kegagalan secara automatik.

Produk ini diiktiraf sebagai "Peneraju" dalam Data Center Interconnect: Competitiveness Analysis and Assessment Report 2019 yang dikeluarkan oleh GlobalData, yang mana Huawei mengambil bahagian dalam peraduan ini buat julung kalinya. Menjelang akhir tahun 2019, penyelesaian Huawei DC OptiX telah membantu lebih 120 pelanggan industri utama merentas lebih 60 buah negara menggunakan dengan cekap rangkaian DCI, termasuk Baidu dari China dalam sektor OTT Internet, pelanggan ISP seperti AMS-IX dari Belanda dan peneraju kewangan seperti National Bank of Greece.

Huawei SmartLi UPS Mendigitalkan Kuasa Anda dengan fungsi sentiasa boleh diakses, mudah digunakan dan bernilai tambah

Sangat andal dan sentiasa boleh diakses: Pendigitalan menjamin keandalan hujung-ke-hujung. Peranti tersebut menggunakan sel bateri yang paling selamat dalam industri. UPS, tatasusunan bateri dan pek bateri membentuk sistem pengurusan tiga lapisan bagi menghapuskan titik buta yang dilihat. SmartLi mempunyai modul kawalan keseimbangan arus terbina dalam yang unik bagi mencapai reka bentuk toleransi sesar peringkat-modul bateri dan menghapuskan titik kegagalan tunggal.

Penggunaan atas-permintaan dan mudah digunakan: Pendigitalan mencipta semula pengalaman pengguna yang ringkas dan cekap. O&M kini beroperasi secara proaktif dan bukannya pasif dengan menerima pakai pengurusan pintar iPower. Reka bentuk modular UPS dengan 97% kecekapan yang tertinggi dalam industri membolehkan penggunaan atas-permintaan dan peluasan modul kuasa. SmartLi menyokong penggunaan bercampur bateri lama dan baharu, yang mendayakan penggunaan dan penambahan serentak kapasiti bateri serta UPS.

Pemfasaan Li-ion masuk dan asid-plumbum keluar cipta lebih nilai: Dibandingkan dengan penyelesaian UPS bateri asid-plumbum biasa, SmartLi UPS mempunyai hayat perkhidmatan sehingga 15 tahun dan mengurangkan jejak sistem kuasa sebanyak 70%, memberi lebih ruang untuk peranti IT yang lain. Modul bateri tersebut boleh mengimbangi dengan berkesan penggunaan kuasa antara waktu puncak dan bukan puncak bagi mengurangkan kos kuasa pelanggan dan menjimatkan tenaga, lalu membaa lebih nilai kepada pelanggan.

OceanStor Dorado generasi seterusnya, storan kilat-penuh pintar disyorkan oleh ESG Lab

Storan kilat-penuh pintar OceanStor Dorado generasi seterusnya daripada Huawei, sebagai platform berkelajuan-ultra-tinggi hujung-ke-hujung, mencapai 20 juta IOPS dan kependaman 0.1ms yang utama dalam industri. Seni bina SmartMatrix yang saling terhubung sepenuhnya dan berkeandalan tinggi membolehkan sistem tunggal menanggung kegagalan sehingga tujuh pengawal (daripada lapan), memastikan kelangsungan perkhidmatan perusahaan teras. Pembelajaran mendalam berasaskan AI meningkatkan nisbah kena cache bacaan sebanyak 50% dan AI berasaskan awan membolehkan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) pintar kitaran hayat penuh, bagi menjadikan penyelenggaraan sistem storan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Keputusan ujian yang terkini daripada ESG Lab mendedahkan bahawa OceanStor Dorado generasi seterusnya daripada Huawei memberi kependaman respons 0.081ms yang terpantas, pengimbangan beban 100% dan penjimatan TCO sebanyak 78% dalam tempoh lima tahun. ESG juga mengesyorkan storan kilat-penuh generasi seterusnya sebagai penyelesaian untuk membantu perusahaan meningkatkan prestasi dan mengurangkan TCO dan OceanStor Dorado Huawei merupakan pilihan yang baik. OceanStor Dorado Huawei boleh digunakan secara meluas dalam pangkalan data, virtualisasi dan senario penggunan VDI berskala besar bagi membantu perusahaan menyerlahkan nilai data serta mempercepatkan transformasi digital dan pintar.

Dikuasakan oleh Huawei 5G, AirEngine Wi-Fi 6 menjadi Wi-Fi pertama dalam industri dengan kadar puncak melangkaui 100Gbps

Huawei telah melancarkan siri AirEngine 8700, AirEngine 6700 dan AirEngine 5700 untuk meliputi semua senario aplikasi dalaman dan luaran. Kadar antara muka udara AirEngine 8760 mencecah 10.75 Gbit/s, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada penawaran terbaik yang seterusnya dalam industri. Ini merupakan produk Wi-Fi pertama di dunia yang mempunyai kadar antara muka udara sebanyak lebih 10 Gbit/s, menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi Wi-Fi 6. Produk revolusioner ini boleh meningkatkan dengan ketara pengalaman rangkaian dalam pelbagai senario seperti akses berkepadatan tinggi (cth, pejabat, bilik persidangan, stadium, bangunan terminal dan stesen kereta api), aplikasi video HD (cth. pengajaran VR/AR dan persidangan video 4K/8K), pengeluaran mudah alih kampus (cth. robot AGV), akses tertumpu IoT+Wi-Fi (cth. pusat beli belah, pasar raya dan kampus pintar) serta perkhidmatan rangkaian awam luar (cth. dataran bandar dan jalanan).

Untuk maklumat lanjut mengenai Persidangan Transformasi Digital Perindustrian Huawei, kunjungi: https://e.huawei.com/topic/mwc2020/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2729860-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services