omniture

MAS Singapura Anugerahkan RF Fund Management Status Syarikat Pengurusan Data Berdaftar

Susulan kelulusan status MAS, Dana Ekuiti Persendirian RF Fund Management umum sokongan baharu untuk ekonomi digital yang merangsang inovasi pelaburan global
RF Fund Management
2020-03-03 21:22 890

SINGAPURA, 3 Mac 2020 /PRNewswire/ -- RF Fund Management Singapura, subsidiari RF International Holdings, telahpun mendedahkan bahawa Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) telah meluluskan permohonannya untuk memulakan perniagaan sebagai Syarikat Pengurusan Dana Berdaftar pada 3 Februari 2020.

Pengumuman anugerah ini membuka jalan untuk RF Fund Management meneruskan Dana Ekuiti Persendirian sulung mereka yang bernilai US$50 juta. Dengan tumpuan kukuh terhadap Ekonomi Digital, dana ini akan menyokong peningkatan nilai Singapura sebagai sebuah pusat pengurusan dana antarabangsa di bawah rangka kerja Syarikat-syarikat Modal Boleh Tukar (VCC) MAS yang dilancarkan baru-baru ini.

"Visi kami adalah untuk mencipta kekayaan dan peluang rentas sempadan yang mampan buat semua. Melalui Dana Ekuiti Persendirian, kami akan menggunakan strategi pemodelan inovatif kami, yang menjurus ke arah naik nilai modal yang tinggi, bagi mengenal pasti, memilih dan melabur dalam PKS serta syarikat baharu terpilih. Membantu mereka dan pelabur kami merealisasikan potensi penuh kami adalah selaras dengan Belanjawan Singapura 2020," kata Eric Neo Say Wei, Ketua Eksekutif Kumpulan RF International Holdings dan Pengarah Bukan Eksekutif RF Fund Management.

Kementerian Kewangan Singapura (MoF) telah memperuntukkan S$8.3 bilion sepanjang tiga tahun akan datang untuk mendayakan transformasi dan pertumbuhan. Di samping itu, S$300 juta lagi telah diperuntukkan untuk menyokong syarikat baharu dalam sektor teknologi-mendalam sahaja, melalui skim Kerajaan, Startup SG Equity.

"Apa yang dapat kami lihat ialah tumpuan MoF adalah terhadap masa depan. Dalam 'Menakrifkan Semula Masa Depan' dengan aspirasi kami untuk menerima pakai teknologi Rantaian Blok dalam operasi pengurusan dana kami seperti Teknologi Lejar Teragih dan Kontrak Pintar, kami berhasrat untuk menetapkan penanda aras untuk industri di Singapura," kata Eric.

Singapura merupakan pusat kepada sekitar 3,800 syarikat baharu teknologi. "Walau bagaimanapun, banyak syarikat baharu teknologi mula mengalami kesukaran apabila melibatkan penyumberan pelabur strategik. Kami perlu membawa mereka ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya, namun ia perlu berada dalam cara yang dipercayai, fleksibel dan mampan," tambah Eric.

Memimpin menerusi teladan, syarikat induk RF Fund Management, RF International Holdings, telah menyokong ekosistem syarikat baharu digital Singapura, melebihi sekadar wang dan modal. Sebagai pelabur awal dalam iSTOX yang diwujudkan dan dikendalikan oleh ICHX Tech yang dikawal selia oleh MAS, RF International Holdings melabur secara strategik US$3 juta pada 18 April 2019 dan merupakan pemegang saham luar ICHX yang ketiga selepas Singapore Exchange and Heliconia Capital, sebahagian daripada Temasek.

"Kami terlibat dalam setiap peringkat pertumbuhan. Bermula dengan pemerolehan baharu dan penembusan pasaran, sama ada ia melibatkan China, Jepun, Singapura atau negara-negara ASEAN yang lain, kepada advokasi dan realisasi harga yang lebih tinggi, ekosistem unik kami membolehkan PKS dan syarikat baharu terpilih untuk menjadikan idea mereka mula diusahakan melalui pelaburan, pementoran dan memanfaatkan ekonomi digital. Kami mengundang semua pelabur sealiran untuk menyertai kami bagi mendorong pertumbuhan PKS dan syarikat baharu yang terpilih ini," simpul Eric.

Latar Belakang RF Fund Management: 

RF Fund Management, subsidiari RF International Holdings, ialah Syarikat Pengurusan Dana Berdaftar Pihak Berkuasa Monetari Singapura dengan kesedaran institusi dan kewajipan terhadap generasi masa kini dan akan datang. Etos pemilikan kami mengutamakan institusi lebih daripada individu, menekankan kemampanan dan menyelaraskan perbezaan kakitangan dan pelabur kepada dunia kewangan atau kepentingan komuniti terhadap kitaran ekonomi.

Dengan pasukan kepimpinan pelaburan yang mempunyai lebih 60 tahun pengalaman industri yang digabungkan, kami berharap agar dapat 'Menakrifkan Semula Masa Depan' Ekonomi Digital dalam industri Pengurusan Aset.

RF International Holdings ialah kumpulan kewangan digital bersepadu global dipacu dari segi teknologi yang beribu pejabat di Singapura. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.rf.com.sg/ atau https://www.linkedin.com/company/rf-fund-management/

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733888-1logo?lang=0

Source: RF Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Awards Financial Technology