omniture

CNPC Teruskan Penerokaan Minyak dan Gas Luar Negara Dengan Teratur Meskipun Berdepan Wabak COVID-19

China National Petroleum Corporation
2020-03-07 03:50 891

BEIJING, 7 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Andes Petroleum Ecuador LTD. daripada China National Oil and Gas Exploration and Development Corporation (CNODC), subsidiari milik penuh China National Petroleum Corporation (Shanghai: 601857) (CNPC), telah memproses dua telaga minyak yang baharu di Wilayah Orellana, Ecuador, satu pencapaian penting untuk CNPC dalam bidang penerokaan takungan minyak litologi.

Memandangkan wabak COVID-19 tersebar ke seluruh dunia, CNPC memastikan pengeluaran tanpa gangguan dan pengurusan lancar dalam pelbagai projeknya di luar negara dan dalam masa yang sama memperkenalkan langkah-langkah yang berkesan oleh China bagi mencegah dan mengawal wabak tersebut ke negara-negara lain, rakan-rakan kongsi dan juga kakitangan. Dai Houliang, Pengerusi CNPC, menulis surat khusus kepada rakan-rakan kongsi asing dan mencapai persefahaman serta mendapat sokongan.

Pada 26 Januari, CNODC memulakan respons kecemasan kesihatan awam Tahap 1 dan menghimpunkan kumpulan utama bagi tujuan pencegahan dan kawalan COVID-19. Tugas yang paling penting adalah untuk melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan kawalan serta untuk menjamin agar pengeluaran dan operasi dijalankan dengan cara yang amat teratur.

CNODC kemudiannya memperkenalkan penyelesaian telekerja yang menekankan penggunakan platform komunikasi dan persidangan video yang seragam bagi menyokong kerja yang fleksibel. Syarikat-syarikat dan projek-projek luar negara juga menyediakan program-program pencegahan penyakit serta pelaksanaan kawalan dan pelan kontingensi termasuk perolehan bekalan yang diperlukan dan memberi perhatian penuh pada kesejahteraan kakitangan.

Di samping itu, CNPC aktif melaporkan situasi perjuangan China dalam memerangi wabak ini dan langkah-langkah berorientasi individu oleh CNPC kepada kakitangan asing daripada usaha samanya, masyarakat setempat dan kerajaan serta menyediakan taklimat secara tetap mengenai keadaan kesihatan kakitangan Cinanya.

Syarikat penapisan CNPC di Niger menyiarkan artikel mengenai COVID di laman sesawang rasmi Niger ACTUNIFER dan akhbar nasional Le SAHEL. RAYNATOU MAHAMADOU SALIFOU daripada projek saluran paip minyak mentah Niger-Benin yang ditulis untuk akhbar tempatan mengenai pencegahan dan kawalan COVID-19. Di Brazil, CNPC menghantar lebih daripada 30 pucuk surat kepada rakan-rakan kongsinya serta penduduk-penduduk komuniti.

"CNPC berdiri teguh bersama-sama semua kakitangan dan rakan kongsi kami dalam perjuangan memerangi novel coronavirus ini. Kami komited untuk menyediakan semua bantuan yang diperlukan bagi memastikan semua orang selamat dan sihat di samping mencuba yang terbaik untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara tuan rumah, dengan menjamin pengeluaran minyak dan gas yang berterusan daripada projek-projek luar negara kami," kata Wang Zhongcai, Naib Presiden PetroChina & Pengerusi CNODC.

 

Source: China National Petroleum Corporation
Related Stocks:
NYSE:PTR Shanghai:601857
Keywords: Oil/Energy Utilities