omniture

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Huawei
2020-03-11 15:41 1264

SHENZHEN, China, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Sepanjang 5 hingga 10 tahun akan datang, tenaga boleh diperbaharui akan memainkan peranan yang lebih menonjol sebagai sumber kuasa utama untuk grid kuasa. Kuasa solar khususnya, sebagai bentuk tenaga boleh diperbaharui yang paling patut diberi perhatian, mempunyai masa depan yang sangat cerah. Walau bagaimanapun, memandangkan tenaga boleh diperbaharui membawa proposisi lebih besar pengeluaran tenaga keseluruhan, memastikan keselamatan, keandalan dan keberkesanan kos dalam seluruh aset penjanaan kuasa akan menjadi keutamaan tertinggi.

Menerusi pembangunan pesat teknologi ICT baru muncul, seperti AI, awan, data raya dan 5G serta mengambil kira sepenuhnya trend-trend terkini dalam teknologi elektronik kuasa, Huawei telah berhubung dengan pakar-pakar dalam bidang ini dan menyiarkan 10 trend teknikal baru muncul untuk PV pintar pada tahun 2025. Trend-trend ini merangkumi empat dimensi: kos elektrik terlaras (LCOE) lebih rendah, kemesraan grid kuasa, penumpuan pintar serta sekuriti dan kebolehpercayaan. Trend-trend ini bertujuan untuk memacu industri ini ke arah penyelesaian mesra alam yang pintar dan menyediakan pandangan terhadap inovasi dan melonjakkan pertumbuhan dalam industri tenaga baharu.

Trend 1: Pendigitalan

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Lebih 90% loji PV global akan didigitalkan.

Meskipun pasaran PV global melambung naik, masih terdapat banyak peranti dungu dalam loji PV, bermula dengan penjanaan kuasa kepada komunikasi. Peranti ini tidak dapat dipantau dengan berkesan, dan tidak dapat memberi amaran kegagalan. Dengan pembangunan pesat teknologi digital seperti 5G dan awan, dijangkakan bahawa lebih 90% loji PV akan didigitalkan sepenuhnya menjelang tahun 2025, memungkinkan loji PV untuk menjadi pengurusan yang ringkas, pintar dan cekap.

Trend 2: Penaiktarafan Pintar dipacu-AI

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Lebih 70% loji PV akan mengaplikasikan teknik AI.

Integrasi mendalam antara AI dan PV akan memudahkan penderiaan bersama dan saling sambung antara peranti dan akan meningkatkan penjanaan kuasa serta kecekapan O&M melalui pengoptimuman kolaboratif. Teknik-teknik AI dapat menawarkan laluan baharu yang membawa harapan untuk sistem PV, termasuk: pengenalpastian proaktif dan perlindungan modul PV serta kegagalan peranti dengan algoritma diagnosis AI; pengoptimuman algoritma pengesan dengan data loji yang besar serta pembelajaran kendiri untuk hasil yang lebih tinggi; dan juga sinergi simpanan-solar dibantu AI untuk mengoptimumkan secara automatik laluan loji simpanan-PV. Memandangkan LCOE terus berkurangan dan kerumitan O&M meningkat, teknik-teknik AI akan berkemungkinan tinggi diaplikasikan secara meluas dalam loji PV.

Trend 3: Loji PV Tanpa Manusia

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Lebih 80% kerja-kerja dalam loji PV akan menjadi tanpa manusia.

Dengan kenaikan AI serta Internet Pelbagai Benda (IoT), produk dan perkhidmatan pintar akan memberi kemudahan kepada seluruh penyelesaian PV. Dengan pengalaman pakar bersepadu dan pembelajaran kendiri secara berterusan, AI akan digunakan secara meluas bagi menggantikan pakar O&M dalam banyak fungsi diagnostik dan proses membuat keputusan. Pemeriksaan dron dan O&M automatik berasaskan robot akan mengendalikan kerja-kerja O&M yang berbahaya dan berulang yang memerlukan kadar ketepatan tinggi yang berterusan, untuk produktiviti dan keselamatan yang dipertingkat dalam loji PV. Sebagaimana yang dianggarkan, dijangkakan bahawa loji PV pada masa akan datang akan dikendalikan sepenuhnya tanpa manusia.

Trend 4: Sokongan Proaktif untuk Grid Kuasa

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Loji PV akan beralih daripada loji beradaptasi dengan grid kepada loji sokongan grid

Peningkatan kadar penembusan tenaga antara muka elektronik kuasa akan menjejaskan kekuatan grid kuasa, menghalang aplikasi sistem PV yang lebih luas. Sepanjang 5 tahun akan datang, loji PV perlu berkembang secara berperingkat-peringkat daripada beradaptasi pada grid kuasa, kepada sokongan grid kuasa. Bagi mencapai tujuan ini, penyongsang harus mempunyai keupayaan seperti kebolehsuaian nisbah litar pintas (SCR) yang luas, keupayaan untuk mengawal arus harmonik dalam 1%, arus laluan waktu kehilangan kuasa (ride-through) voltan tinggi/rendah berturut-turut serta pengawalaturan frekuensi yang pantas, yang diperlukan untuk sambungan grid.

Trend 5: Solar + Simpanan

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Proposisi sistem PV digandingkan dengan simpanan tenaga akan melebihi 30%.

Dengan penembusan sumber tenaga baharu yang lebih besar, grid kuasa akan mempunyai keperluan yang semakin ketat bagi pengawalaturan frekuensi dan pengurangan kebergantungan waktu puncak (peak shaving). Sementara itu, kos bateri semakin berkurangan dengan kemajuan teknologi. Diunjurkan bahawa simpanan tenaga akan berfungsi seiring dengan sistem PV dan menjadi komponen kritikal. Unjuran menunjukkan bahawa menjelang tahun 2025, proposisi sistem PV dengan simpanan tenaga akan melebihi 30%.

Trend 6: Loji Kuasa Maya

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Lebih 80% sistem kediaman akan disambungkan kepada rangkaian Loji Kuasa Maya (VPP).

Sepanjang 5 tahun akan datang, teknologi ICT, seperti 5G, rantaian blok dan perkhidmatan awan, akan diaplikasikan secara meluas dalam loji kuasa teragih, membentuk VPP bagi tujuan pengurusan kolaboratif dan mengambil bahagian dalam penjadualan, urus niaga serta perkhidmatan sokongan untuk sistem kuasa. Pembangunan teknologi VPP akan menginspirasikan model perniagaan baharu dan menarik minat pengusaha pasaran baharu dalam senario PV teragih, lalu berperanan sebagai enjin pertumbuhan untuk PV teragih.

Trend 7: Keselamatan Aktif

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Penyampuk litar kegagalan-arka (AFCI) akan menjadi ciri yang harus dimiliki dalam sistem bumbung PV teragih dan akan dimasukkan ke dalam piawaian industri antarabangsa.

Dengan aplikasi PV teragih yang lebih luas, keselamatan bangunan dan kakitangan menjadi kebimbangan utama. Risiko arka PV yang disebabkan oleh hubungan nod yang lemah dalam modul PV, hubungan lemah daripada penyambung PV, atau kabel yang telah lama atau rosak, telah menjadi hal yang mendesak dalam industri ini. Bagi mengurangkan risiko berkenaan, AFCI akan menjadi fungsi standard untuk sistem bumbung PV teragih dan akan dimasukkan ke dalam piawaian industri antarabangsa.

Trend 8: Ketumpatan Kuasa Lebih Tinggi

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Ketumpatan kuasa penyongsang akan meningkat sebanyak lebih 50%.

Dengan trend LCOE solar yang lebih rendah, terdapatnya gesaan keperluan yang lebih tinggi dalam kuasa modul tunggal yang lebih tinggi dan penyelenggaraan penyongsang yang mudah. Bagi mencapai keperluan ini, ketumpatan kuasa yang lebih tinggi diperlukan. Dengan kejayaan besar dalam penyelidikan semikonduktor jurang jalur luas seperti SiC dan GaN, serta algoritma kawalan yang canggih, ketumpatan kuasa penyongsang dijangka meningkat sebanyak lebih 50% dalam 5 tahun akan datang.   

Trend 9: Reka Bentuk Modular

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Komponen utama seperti penyongsang, PCS dan peranti simpanan tenaga akan menerima pakai reka bentuk modular.

Penyongsang, PCS dan peranti simpanan tenaga merupakan komponen penting dalam loji PV, yang sangat mempengaruhi ketersediaan seluruh sitem loji PV. Tatkala kapasiti dan kerumitan loji PV meningkat, pendekatan dipacu pakar yang tradisional untuk penyelenggaraan di tapak akan menjadi sangat mahal. Reka bentuk modular akan menjadi suatu kebiasaan, memandangkan ia membolehkan penggunaan yang fleksibel, peluasan lancar dan penyelenggaraan tanpa pakar, mengurangkan dengan banyak kos O&M serta meningkatkan ketersediaan sistem.

Trend 10: Sekuriti dan Kebolehpercayaan

Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025
Huawei Ramal 10 Trend dalam PV Pintar bagi 2025

Perkara penting: Sekuriti dan Kebolehpercayaan telah menjadi keperluan penting untuk loji PV.

Peningkatan dalam kapasiti kumulatif loji PV global dan kerumitan yang lebih besar terhadap seni bina rangkaian, yang membuatkan risiko sekuriti rangkaian loji PV semakin meningkat. Di samping itu, terdapat keperluan yang lebih ketat untuk privasi pengguna dan sekuriti untuk loji PV teragih. Semua trend ini mencadangkan bahawa loji PV perlu mempunyai keupayaan keselamatan dan kebolehpercayaan dari segi keandalan, ketersediaan, sekuriti, keselamatan, ketahanan dan privasi.

Keinginan bersama kami untuk meneroka sebagai insan biasa, tidak mengenal batasan. Kami sentiasa berusaha untuk melonjak ke tahap tinggi yang baharu, terjun jauh lebih dalam dan mencari kebenaran baharu. Penumpuan 5G, awan dan teknologi AI membentuk dunia yang mana semua benda dikesan, disambung dan pintar pada kelajuan lebih pantas daripada apa yang kita fikirkan. Dengan menyenaraikan 10 trend utama untuk industri PV bagi tahun 2025, Huawei berharap agar dapat memainkan peranannya bagi menginspirasikan pewujudan dunia yang mesra alam dan pintar, yang melaluinya potensi tanpa sempadan bagi penyelesaian tenaga baharu dapat dikongsi secara meluas dalam seluruh masyarakat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-e?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-f?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-g?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-h?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-i?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743935-1-j?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Telecommunications Utilities